Wednesday, November 8, 2017

Kisah satu malam Ahadiat Akashah


Okay, kalau saya kata cerita-cerita dalam buku Kisah Satu Malam ni lucu, korang percaya tak? Kalau hanya berpandukan tajuk, selepas tu korang tengok gambar cover page, jangan baca sinopsis kulit belakang, jangan baca review sesiapa, jangan google... rasa-rasanya korang akan fikir buku ni genre apa? Saya yang kurang exposure ni, mati-mati ingatkan Ahadiat Akashah bagi cerita cinta, yang lebih kurang macam pilot cafe, atau sekurang-kurangnya yang lebih kurang macam cerita Cinderella 98, Snow White 96, Budak Lanun atau kurang-kurang pun macam buku budak-budak rappers Aku, Rhapsody dan Biru. How wrong I was.

Cerita dalam buku Kisah Satu Malam ni watak utama-nya Shaun atau nama penuh Shahrul Hisbi atau nama dalam IC mungkin Shahrul Hasbullah, saya tak pasti. Yang saya pasti Shaun ni chef char kueh teow yang sangat hebat, berniaga di gerai tolak kat tepi jalan. Buku setebal 704 mukasurat ni, cerita pasal adventure Shaun mencari bapa kandungnya Datuk Hasbi yang sakit di penghujung hayat dan sangat ingin berjumpa dengan anak sulung yang diserah kepada orang sejak masih bayi lagi. Honestly, saya memang tak reti nak petik  kisah mana untuk kongsi sini. Hampir semua kisah pelik, menyeramkan, mengerikan, melucukan, membuka minda, memberi pengajaran dalam buku ni saya lihat sebagai unik. Paling saya suka, Shaun yang ketika itu berdua dengan abang lebai 'penyamun' berjumpa dengan pakcik bertopi tarbus penjual akar kayu, batu geliga & ubat tradisional, dan beg ajaibnya. Incident meloyakan tekak banyak tapi satu yang tak boleh lupa ialah description "Jelan mengunyah mi goreng yang panas berasap ...misainya berselepat dengan sayur".... eyewww. Kisah mengerikan lagi lah banyak, yang paling seram bagi saya ialah masa Mat Bengis sakitkan hati perempuan yang disangkanya makcik penjaga pam minyak. "Bukan darah aku tapi darah bini dengan anak kau yang ada dalam perut tu..." then dia mengilai, oh gosh yang tu seram giler.  Korang memang kena baca sendiri untuk tahu apa ceritanya. Mungkin korang yang kurang tahap kesabaran akan kata buku ni mengarut, itupun lalau korang cukup sabar untuk baca sampai tamatlah. Rasa saya mesej paling besar di sebalik semua cerita dalam buku ni, 'dont judge a book by it's cover' huhu

Tuesday, November 7, 2017

Naskah terakhir Laura Isabell bingkisan Anna Lee

Saya tak jangka cerita Naskah terakhir Laura Isabell boleh menandingi atau even setanding dengan Mesej atau Hello. Tapi saya silap. Naskah terakhir, Laura Isabell karya Anna Lee, hebat juga, membacanya kita dibawa belayar ke samudera masa, terbang ke alam nyata zaman purba. Hebat sungguh imaginasi Anna Lee. Pandai pula dia blend cerita digarap dari sejarah dengan kisah pengembaraan Megat Alam dan Laura Isabell.


Tekanan emosi dek konflik yang terjana pun, bukan nada main-main. Boleh terbayang merah saga mata bapa Megat Alam bila diberitahu Megat Alam nak belayar. Boleh terasa juga gigilan Laura Isabell bila ayahnya dapat tahu hubungan sulitnya dengan Megat Alam (ps: hubungan cinta senyap-senyap saja tau walaupun sulit, tiada langsung selingan murah dengan aksi perempuan menggedik atau adengan bilik tidur dalam buku ni. It's just not AL's style). Watak Laura Isabell, Megat Alam, Ara, Dean semua saya suka sangat. Saya fikir cerita ini akan lebih menarik kalau kehidupan Megat Alam di serata dunia selepas berpisah (dan sementara menunggu masa sesuai untuk berjumpa lembali dengan Laura) di ceritakan lebih panjang. Since Megat watak utama, kisah kehebatannya patut diberi lebih fokus. Nasib malang Laura selepas menaiki Titanic menuju New York, rasa macsm abrupt sangat tapi mungkin kena sebab nak dijadikan penyebab kepada naskah terakhir Laura. Pengakhiran kisah percintaan Laura Megat amat menghiris hati. Nasib baik Ara Dean berjaya menggapai bahagia bersama.

Sunday, November 5, 2017

Kompilasi cerpen yang best karya novelist popular Dia Yang Terpilih



Ini review saya yang tak seberapa untuk cerpen-cerpen dalam buku Dia ... yang terpilih, straight from my heart. Cover buku ni cantik kan?  Credit untuk kreativiti tersebut.  Kebanyakan ceritanya kira between average to good. Yang tak paling tak good bagi saya cerita yang last tu. Sorry la yer maybe saya prejudice terhadap karya penulis yang sangat popular itu. Anyway ini pendapat peribadi & spontan saya jer.

Korang kalau nak beli buku ni boleh chat dengan saya di Facebook page atau Instagram Kedai Buku Saduri Sekarang masih ada senaskah. Buku limited edition ni, rasanya dah tiada di kedai buku biasa.

KLIK SINI untuk ke FB page


¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Suami last minute

Kisah cinta tak berapa cliche, in fact terpegun juga dengan perkongsian Ezza Mysara, betapa seorang lelaki yang berhati lembut boleh seromantik itu. Ayat-ayat bergula dia sungguhhhh bergula. Beruntunglah wanita seperti Aisya yang bertuah dicintai lelaki seperti Adan. Dan sahabat berjiwa besar seperti Abid, memang ramai daldm dunia tapi tidak mudah ditemui. Benarkah kata orang bahawa seorang lelaki dan seorang perempuan yang akrab tidak akan sehingga ke akhirnya hanya membawa title SAHABAT?

Pengajaran cerita Suami Last Minute, bila kita dah jadi ibu atau bapa, jagalah tutur & perbuatan supaya tidak meninggalkan trauma atau luka berpanjangan dalam diri anak-anak. Kesannya boleh jadi terlalu mendalam dan tidak adil jika ia bawa kebinasaan kepada orang lain pula.

Indahnya Takdir Kita

Karya Sheena Hamdan mengenai Alea & Azhar, pasangan lovey dovey yang diuji Allah dengan ketiadaan anak selepas lebih tahun berkahwin. Emak Azhar sekejap baik sekejap digoda nafsu tidak sabar menerima ketentuan Allah,   memaksa anak tunggalnya menambah isteri semata-mata untuk dapatkan zuriat. Adalah adengan pujuk, merajuk, dipujuk, akhirnya...

Ramadhan...ya Habib!

Aduhaiii, boleh terjatuh kerusi, nenawannya cerita ringkas Pena Kayu ini. Sweetnya, perjalanan pendek tetapi kejap dengan makna mendalam; cinta bertaut dihati Hafez yabg bermulut laser hanya dari panahan dua mata hijau zamrud Khadijah. Sememangnya ketetapan dan perancangan Allah tepat. Sesungguhnya cinta walau sudah dipupuk 5 tahun boleh melayang dek taufan ego, kasih suci boleh berputik sekelip mata. Ikutkan hati saya yang kelabu asap ni, nak juga kata, 'dah memang Khadijah tu cantik, walau wajah diliputi purdah, mata hijau zamrud dia yang dapat dilihat dek Hafez, membiaskan wajahnya ya bukan biasa-biasa. Cuba kalau Khadijah tiada mata cantik dan wajah sempurna... ' Ahhh, itulah kata hati saya yang jahat. Saya pilih untuk hempok kata hati jahat tu dengan bantal kekabu kepam, saya pilih kata hati yang baik 'Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik'. Terima kasih Pena Kayu untuk cerita Ramadhan ya Habib yang best ni.

Hikayat Cinta Teja & Tuah, Mungkin Bila, Hati Yang Luruh

Ada sikit pening la baca cerita-cerita ni. Bukan tak best, sungguh, malah ada kelainan dan bukan cerita cinta yang biasa-biasa cuma somehow saya tak dapat nak enjoy. Mungkin terlebih kreatif tapi kurang perasa? Ada yang nama-nama watak utamanya hampir terbelit lidah nak sebut ? Irama penulisan hambar dan melompat-lompat? Watak hero tak berapa gentleman? Entahlah, mungkin saya yang slow untuk grasp the over-excitement haha.

Marina by Wawa Taufik

Okay, yang ini serius best best best. Dari ayat pertama sampai ayat penghabisan "'Abah tak lama lagi nak dapat menantu'". Hati Dr Shahril tidak langsung kalut menyukai Marina, yakin dengan getaran jiwanya pabila melihat wanita itu, Marina layak diangkat ke taraf isteri. Aisyah terkorban, dara Marina juga hilang ditelan keliarannya sendiri. Yang pergi tak mungkin kembali namun hidup perlu diteruskan. Marina akhirnya bertemu lelaki yang mencintainya tanpa prejudis.

Untuk Pencinta Cinta

Karangan Farah Hussain pun best bagi saya. Sweet, simple and classy. Fareez pancing jiwa Alma dengan cerita sedih tidak bahagia dengan perkahwinannya. Fareez mahukan Alma tapi untuk cetsilan isterinya, "It's not that easy". Berapa lama Alma harus tunggu? Iddine yang ceria bak mentari menyinari dan membajai taman hati Cinta Alma hingga bunga indah mekar mewangi... "chin up Alabama".  Alma & Iddine couple comel yang sekufu (pinjam expression DS Vida bila bercakap tentang perkahwinannys).

Cerita last dalam buku Dia... Yang Terpilih

Masih style biasa. El yg cantik teraniaya tapi berbanding semua orang El tetap hebat. Jenis yg brutal tapi bab nak bersama suami malam pertama masih malu-malu🙊 Sipi-sipi, tapi tetap ada juga ayat yg berbaur mcm ni😝"...kang tak pasal-pasal saya makan awak", "...kalau tergadai body saya suka je...lebih-lebih lagi body awak". Adengan bilik tidur tak tinggal🤡

Bingkisan manis Pena Kayu, Wawa Taufik, Farah Hussain saya paling enjoy sungguh.

Korang kalau nak beli buku ni boleh chat dengan saya di Facebook page atau Instagram Kedai Buku Saduri Sekarang masih ada senaskah. Buku limited edition ni, rasanya dah tiada di kedai buku biasa.

KLIK SINI untuk ke FB page





Friday, November 3, 2017

Buku tentang Hasmiza Othman ' Ayam Mee '

Pertamanya, saya langsung tak berkenan dengan apa yang saya pernah tengok atau pernah dengar mengenai Dato Seri Dr Vida. Sungguh. Bila anak-anak cerita yang mereka suka tengok video clip I Am Me, 'very bold and colorful' kata ansk suling, saya punyalah panjang membebel. Tak nak sangat la generasi muda terpengaruh untuk pasang cita-cita atau angan-angan jadi macam DSV. Aduhaiiii tolonglah. Pastinya ada ramai lagi icon atau bukan icon yang kaya raya hasil usaha keras dan maju dalam perniagaan tanpa berperangai macam-macam di Malaysia ni. Mungkin tak adil bila kita ambil keputusan untuk meluat dan kekadang mengutuk orang yang kita tak kenal, tapi saya tak mampu nak berkenan. Nak buat macam mana.

Back to buku I Am Me, saya baca sekali harung, buka dan terus baca awal hingga tamat. Macam excited sangat la pulak kan? Actually saya curious nak tahu apa yang nak dikongsi Dato Seri Vida. Kira hebat sebab kejadian yang baru berlaku pada awal tahun 2017 pun disebut ... bermakna express juga buku ini diterbitkan. Iyalah orang biasa sebut ada duit semua boleh buat, namun saya percaya orang sebijak DSV saja yang boleh materialisasikan biografi dalam jangka masa singkat. Pasti dah lama DSV dan rancang buku ini, idea untuk berkongsi pengalaman, kisah hidup disamping ambil kesempatan menjelaskan pelbagai isu panas yang mungkin masih menjadi tanda tanya ramai rakyat yang pernah dengar nama beliau. Kisah zaman kanak-kanak, pencapaian akademik, pekerjaan sebelum jadi pemilik Empire Vida, kegagalan awal sebagai orang business, perkahwinan, tragedi menimpa anak-anak, konflik tentang penajaan pasukan bola sepak Kelantan, video musik I Am Me, ...banyak juga yang saya pertama kali tahu. Perumpamaan 'bawang putih bawang merah' bagi saya agak lucu. Perancangan DSV nak berduet dengan Psy, dan kalau Psy tak sudi dia nak buat lagu menggelak-kan Psy, hmmmm ... benda ni semua hanya DSV saja boleh buat kot. Berbaloi tak duit beli buku ni dengan kandungan? Hmmmm. Lepas baca naturally saya buat google search juga la tentang DSV, rupanya banyak atau mungkim semua yang dikongsi dalam buku I Am Me pernah ditulis dalam laman-laman gossip, blog, berita sensasi dll. Patutnya dimuatkan gambar DSV masa zaman umur belasan tahun tu. Yang comot paksi apron Maggi tu. Kalau ada gambar before and after make up pun ok juga. Baru lah ada elemen telus dan luahan ikhlas.

So berbaloi ke tak untuk keluar duit RM68 beli buku ni? Kalau anda macam saya yang pernah dengar cerita DSV tapi takde masa atau takde hati nak ikuti perkembangan beliau, saya rasa okay lah, berbaloi sebab maklumat yang mungkin dihebohkan di social media bertahun-tahun ada dalam satu buku yang boleh dibaca sekali buka.


Tuesday, October 31, 2017

Pengakhiran yang sungguh tidak ku duga dalam Princess Bikash Nur Idris




Awal pembacaan rasa sedikit kebosanan, ahhh saya fikir, 'ini cerita budak hingusan'. Wordings pun sempoi, latar kejadian kat Melaka kan, jadi ada jugalah sikit-sikit telo orang Melaka dari mulut burung kelicap Ira. ada satu perkataan ni yang saya kurang faham maknanya tapi diguna berkali-kali "Geno". Apa tu?

Cerita Princess karya Bikash Nur Idris, banyaknya adengan lucu yang dibawa Ira dan Izat. Masing-masing nakal, periang, keras kepala, memang kena buku dengan ruas. Ira anak yang dimanjai, kawan yang disayanhi, kasihan juga sebab tak dapat kasih sayang seorang bapa namun misinya untuk menyenangkan semua orang kecuali Izat. Terhibur juga dengan telatah mereka. Lawak juga dengan situasi ibu masing-masing yang komited nak couple kan Ira dan Izat. Akhir cerita, langsung tak disangka. Keputusan Izat untuk menikahi Ira walaupun tahu jodoh mereka di dunia tidak lama, sesuatu yang mengundang pilu di hati. Izat yang dulunya playboy telah tumpas dek panahan cinta seorang gadis periang yang rupanya memendam derita dalam hati. Kuatnya gadis itu. Ira yang semacam sudah diberitahu dengan jelas apa yang akan terjadi pada tanggal 4 September, sempat menulis surat kepada teman karibnya Aiza, ibu tirinya dan suami yang dicintai sepenuh hati. Penerimaan Izat terhadap kesudahan hayat isterinya hanya bertahan 2 tahun sehingga .... Sedihnya...

Harga Sebuah Maruah Azizi Haji Abdullah



Korang jemu asyik baca novel cinta lovey-dovey? Sesekali ingin rasa asah minda dengan baca buku bertema kehidupan orang kampung yang tinggalnya nun di utara tanah Semenanjung yang hidup dan matinya biar bergelumang, berkasih sayang dengan padi? Harga sebuah maruah karya Azizi Haji Abdullah pasti salah sebuah buku yang saya tak reti nak baca sambil lewa, entah kenapa skill skimming saya tak lut dengan buku ni.Bila dah mencecah separuh buku, lagilah... hampir setiap baris menggendong hiba, mendukung geram, menatang sayu. Kata Mak Cak kepada Hijrah pemuda 30an yang dikata orang 'bodoh-bodoh alang, lembik lempam dan kalap itu, "Ini sawah pusaka datuk nenek kita. Mak pinta satu, jangan hendaknya engkau menjadi orang yang terlampau kurang ajar berbicara dengan orang lain, tetapi lakukan kurang ajar jika maruah engkau, maruah sawah kita dicabar".

Kenapa kejamnya kita yang bergelar manusia berakal ini? Bongkak dan buta hati. Padi yang sudah tunduk masak tunggu masa nak dituai juga ingin disodok? Ke mana peri kemanusiaan kita? Habis pokok tebu, rumpun pisang, pegaga yang segar bugar di ranapnya. Apalah celaka si bangsat yang berselindung di sebalik undang-undang (Akta Pengambilan Tanah), kononnya nak buat projek untuk manfaat awam, sebenarnya bukankah poket penuh, untung besar yang jadi tonggak perbuatannya? Orang kampung yang gelap mata dek disogok duit dua tiga ribu serelung? "...buat apa kita susah-susah, ini keputusan pihak berkuasa". Haiii, sedihnya. Dijanji bayar pendahuluan RM5000, sampai tok imam yang dah umur tujuh puluhan tu pun bertukar rentak, ubah fikiran, tak mahu dah mempertahankan sawahnya. Mungkin sudah letih menentang, tak mahu terus dipanggil pembangkang yang menyekat 'pembanggunan'. Buat kata Hijrah, "Tuan-tuan tahukah, RM5000 hangus di pasar malam begitu saja. Tapi sawah tuan-tuan, mana nak cari?".

Di sebalik seriusnya kisah kehidupan insan-insan teraniaya yang diungkap Azizi Haji Abdullah melalui buku Harga Sebuah Maruah, ada begitu banyak pengajaran, ilmu petani yang entah tak tahu di mana lagi boleh kita perolehi. Sungguh saya tidak pasti betul atau fiksyen kisah Tok Kassim tentang kalendar piama yang mana orang dulu-dulu buat sawah bendang, roh sawah, nama-nama bintang yang disesuaikan dengan nama tahun; Cut, Celu, Kan, Thok, Merong, Mesing, Memih, Memia, Wok, Reka, Cor, Kun. ... bahasa yang dari satu tamadun yang pernah bertapak di Utara Semenanjung dan Thailand, "... dari 24 hari bulan 10 hingga 23 hari bulan 11, berbetulan bulan Akrab ialah bulan 12 piama bendang. Bulan ini mula bunyi burung ruak-ruak, alamat sudah akhir piama bendang", ...15 hari bulan 5 dan 15 hari bulan 10, ada atau tidak apabila matahari tegak di atas kepala, ketika rembang,... bayang kau resap dalam badan". Betul atau cuma dongeng nak sedapkan cerita? Penulis mungkin yang paling sesuai menjawab. Adalah juga sedikit rimas bila ayat-ayat atau description yang serupa diulang-ulang sepanjang cerita, namun itu isu ringan teknikal dan mungkin juga sengapa dibuat begitu oleh Azizi Haji Abdullah. Biar menyerap dalam jiwa pembaca.  Apapun, saya fikir buku ini; kandungannya, semangatnya, implementasinya terbaek.

Harga sebuah maruah sangat elok dibaca generasi muda apatah lagi yang tidak kenal rupa sawah bendang, bau selut, semangat padi.

Sunday, October 29, 2017

Apa ada pada Beruk Azizi Abdullah



Tema cerita beruk adalah hubungan manusia dengan beruk dan manusia dengan manusia. Tak menarik? Mungkin sedikit kurang dari sudut keterujaan, maklumlah, siapa nak kesah seorang anak yatim miskin yang harus bekerja untuk menyara kehidupan beliau dan ibu yang lumpuh. Siapa nak ambil pusing kisah seorang anak 10 tahun (atau 11) bernama Alias yang terpaksa mengharapkan beruknya si Pon untuk turunkan kelapa tua, dibayar upah RM15 untuk seratus lebih biji kelapa? Saya baca buku Beruk ni kerana pengarangnya ialah Azizi Haji Abdullah.

Selepas selesai membaca, saya rasa sedikit kesal. Kenapa? Kenapa pendek sangat? Terasa tidak puas membaca kisah Alias. Saya masih ingin menyelami gelojak jiwa Alias. Saya nak tahu apa lagi yang bermain di fikiran Alias tentang ibunya, tentang tanggungjawab yang terpaksa digalasnya, pandangannya terhadap sekolah, kenapa dia tak marah kepada Cikgu Sunan. Terjentik kuat jantung saya baca betapa bangang dan bodohnya Cikgu Sunan yang menampar kuat telinga Alias bila dia diberitahu Alias lewat pergi sekolah sebab mencari beruknya yang hilang. Pendek sungguh ke akal seorang bernama Cikgu Sunan tu? Tak boleh ke siasat dulu, tak boleh ke tanya elok-elok? Alias kan budak baik, Alias kan cerdik Matematik, seorang budak kampung yang pasti sesiapa pun boleh tahu dari keluarga susah, pasti ada sebab kukuh mengapa dia lewat atau tak datang sekolah. Kenapa cikgu berpengalaman seperti Cikgu Sunan tak boleh nak kawal mulut, kawal tangan, kawal marah? Kebanyakan kita pun agaknya singkat akal dan panjang nafsu amarah macam Cikgu Sunan. Sedih kan? Malu lagi lah. Berapa ramai lagi anak sekolah di kawasan pendalaman yang terpaksa lalui pengalaman getir macam Alias?

Penghujung cerita, saya jadi hiba. Sedih dan rasa nak menangis, geram mengenangkan realiti kehidupan orang susah, orang teraniaya, orang baik yang sering kalah dengan orang jahat. Anda pula bagaimana agaknya? Adakah cerita Beruk karya Azizi Abdullah ini akan menyebabkan anda sedih, atau tak cukup untuk hati berdetik geram pun. Cari lah buku Beruk tulisan Azizi Abdullah, kemudian baca dan kongsi pendapat anda.

Buku yang baik macam Beruk, entah kenapa susah benar nak jumpa di kedai buku main stream. KedaiBukuSaduri kedai buku online ada juga menjual novel Beruk oleh Azizi Abdullah tapi kena check dulu bila nak beli, kot kot sudah kehabisan stock.
Boleh juga contact saya melalui private message dekat akaun Instagram Kedaibukusaduri.



Saturday, October 28, 2017

Kasih untuk suami dah kurang? Baca Di Sini Jatuh Cinta

Saya rasa Di sini jatuh cinta sangat awesome.


Sebàbnya; Adda watak wanita yang cool, seharusnya jadi idaman lelaki baik-baik. Walaupun Adda mungkin bukan seorang wanita yang berjiwa besar, pendiriannya kukuh. Sebaik saja mendapat tahu Azman curang terhadapnya, dia nekad untuk minta dilepaskan. Walaupun sayang masih ada untuk Azman yang dinikahi kerana cinta, dia teguh dengan pendirian untuk menutup peluang Azman kembali padanya. Selembut-lembutnya hati seorang Adda, sekali sudah ditipu, dia tak akan mahu ditindas lagi. Adda juga anak yang sangat baik. Rela mengahwini abang tiri untuk tidak menyebabkan secarik kecewa di hati ayah dah ibu tirinya.

Novel Di sini jatuh cinta ini memang tidak sesuai untuk remaja yang belum bernikah, sebab banyak juga adengan SX. Sikap berani Adda menggoda suaminya untuk determine betul atau tidak Huzairi mampu membahagiakan dia sebagai isteri, bagi saya 'braavo'. Adda seorang yang profesional di tempat kerja dan bukan wanita gedik yang konon bertudung bagai tapi dengan lelaki handsome buat jinak-jinak merpati atau malu-malu kucing gersang. Adda hanya menggatal dengan suami yang sah, dan bukan di depan orang pun, hanya di bilik tidur atau tempat yang hanya ada mereka berdua.

Huzairi memang bikin saya bengang awalnya dengan perangai dia yang suka menyakitkan hati Adda dan tanpa sedar melukakan hati ibunya. Namun begitu, Huzairi masih seorang pekerja yang profesional dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan isteri.

Mungkin tak begitu adil untuk tinggikan sangat taraf Adda dan Huzairi, penulis Sarnia Yahya beri muka kat mereka kot? Tapi saya rasa tidak. Kedua-dua Adda dan Huzzairi masih diganggu orang ketiga, tetapi mereka teguh untuk tidak tersasar. Saya rasa keadaan ini logik, ramai di luar yang macam tu. Mungkin didikan mereka elok, mungkin mereka memang tak berniat nak jadi orang jahat, mungkin juga naluri manusia biasa adalah ke arah kebaikan.

Bagi saya novel ni sangat best sebab ia memberi tujahan padu untuk isteri berfikir semula jika dah lama tak melayan suami dengan cara yang sepatutnya dan suami juga ada niat nak buat tak betul menganiaya perasaan isteri. Cinta suami isteri yang berpaksikan kejujuran, kasih untuk ibu bapa dan cinta terhadap Allah sebenarnya jauh lebih indah dan membahagiakan berbanding kisah couple romantik yang bersandarkan rupa paras, harta dan berahi saja.

Satu ayat yang saya rasa sesuai untuk terangkan rasa hati selepas baca novel Di sini jatuh cinta karya Sarnia Yahya: i love you sangat-sangat hubby.

Kedai Buku Saduri online ada banyak lagi novel preloved untuk dijual tau. Saya juga ada novel Acik Lana Akadku yang terakhir. KLIK SINI untuk pm saya kat facebook

RM15 sebuah untuk semua tajuk di bawah:- Pos RM8/RM12

🌷Konspirasi Suami - Maya Iris
🍂Curahan Cìnta Niagara - Maya Iris
🍀M.A.I.D. - Suri Ryana
🏵Dia Semanis Honey - Dila Dyana
🍀Takdir Fitrah Terindah - Hanis Azla
🍂Anugerah Terindah - Sophilea
🥀Misi Cinta Mr Bad Guy
🐛Misi Menantu Mr Bad Guy
🌹Kekasih Halal
🌼Kau, Aku, Kita
💮Demi bahagia ini
🌻Cerita cinta kita

Kalau minat boleh pm Facebook page Kedai Buku Saduri online atau page Instagram KedaiBukuSaduri




Friday, October 27, 2017

Kata Norhayati Berahim... Hujan Pun Menari



Apa pengakhiran kisah Muna Qurban? Adakah Muna akan meneruskan pertunangan dengan Danial kerana tak sampai hati lukakan hati Pak Lang dan Mak Lang yang banyak berjasa pada keluarganya? Qurban pula, adakah akan berkahwin dengan Siti yang pandai menggoda dan berfikiran terbuka?

Novel NB sinonim dengan perwatakan wanita-wanita kuat, bersemangat jitu, berwawasan, disenangi dan berhati lunak. ... Hujan pun menari menawarkan kita Muna yang serba sederhana namun sempurna di mata ayah, umi, temam-teman sepermainannya Qurban dan Dol Azim. Kekuatan Umi mengalir tenang dalam tubuh Muna. Biar dicemuh si Tuminah yang bermula-muka dan berdengki, hati pula seting memberontak marah dan membenci ibu tiri yang sombong, Muna terus tenang melayari hidupnya. Sejak diringgalkan ayah tersayang sewaktu Muna hampir menduduki peperiksaan penting, Muna terus kukuh menjadi dinding buat Uminya bersandar. Saya suka watak Muna.

Aminah si ibu tiri, haiii memang geram betul dengan ustazah yang yang yok ni. Entah disampuk jin apa lah, perangai tak serupa orang waras. Suami yang baik hati, madu yang tak gemar bergaduh dan jenis tak berkira, diasaknya dengan macam-macam tekanan. Memang Aminah watak jahat yang sempurna. Danial pun saya getam juga, tapi watak dia tak berapa menyengat sebagai penjahat, mungkin diselaputi sikap pengecutnya, pandai cakap jer.

Qurban? Beliau teman Muna sejak kecil. Masing-masing menyayangi dan mengambil berat tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kasih dan sayang yang terbina begitu lama bukan bersandarkan rupa, harta atau nafsu, hanya keikhlasan. Betapa luhur dan indah perasaan yang meteka kongsi dalam diam. Badai datang dan pergi, tali sayang yang mengikat Muna dan Qurban telus dan semakin kukuh hingga mereka dewasa.

Saya jadi terkedu membaca sajak yang dinukilkan Qurban kepada Muna dalam buku cantik bergambar rama-rama untuk menyejukkan rawan di hati Muna yang baru kehilangan ayahnya Ustaz Jalil. Sungguh syahdu dan teramat indah bagi saya. Pandainya NB menyulam kata-kata ini sesuai dengan senario;-

"Muna, Allah tidak menjanjikan hari-hari yang kita lalui tanpa diduga. Bahkan kita tahu juga, Allah tidak pernah menjanjikan yang siang mataharinya terus bersinar, bagkan Allah tidak pernah berjanji yang hujan tidak akan turun di siang hari. Tetapi Allah menjanjikan kekuatan dan ketabahan buat kita semua. Allah telah menetapkan segala ganjaran.

Muna...
Kenapa kita menutup mata ketika sedang tidur, ketika kita menangis, ketika kita sedang memikirkan sesuatu? Kerana, hal-hal yang paling indah dalam hidup jarang kelihatan. Memang sesuatu yang manis jarang mahu kita tinggalkan. Orang yang kita sayang jarang kita lepaskan. Melepaskan bukan bermakna kita melupakan. Ianya tetap kekal. Di dalam hati, di dalam sanubari.

Muna...
Sabar dan tabahlah..
Dan setiap kali datangnya siang, setiap kali terbangun... ingatan aku tetap terhadap kau. Tidak ada apa yang dapat kuberi pada kau. Kecuali buku dan pen ini. Aku teringat kata-kata kau satu ketika dahulu. Berceritalah dengan diri sendiri, supaya kesedihan itu dapat diharung.

Muna...
Aku sayangkan kau dan aku selalu berdoa untuk kau..."

How sweet is that from a 17 year old? NB juga dalam Hujan Pun Menari, kongsikan satu lagi world class knowledge untuk kita. Kalau dalam Egois, NB kopek dunia seirang remisier, dalam Hujan Pun Menari, kita disajikan ilmu perniagaan perkapalan. Sambil Pak Lang Muna bercerita mengenai selok belok perniagaan perkapalannya, kita pun dapat ilmu. Sesuatu yang kita mungkin tak akan tahu melainkan memang kita baca buku atau rencana korporat yang khusus pasal commercial shipping.

Dari segi teknikal, rasanya cerita Hujan Pun Menari ni boleh dikurangkan sedikit jumlah mukasuratnya, agak ketara ada pengulangan ayat dan keterangan. Saya juga kurang faham kenapa agak banyak conversations dalam bahasa inggeris. Buat saya fikir, tak sempat nak translate ke? hihi... Namun pesanan yang tersingkap dalam lipatan kisah kehidupan sebuah keluarga yang tak kaya namun tidak miskin, watak utama wanita yang tak jelita namun manis wajahnya, watak utama lelaki yang tak sado (sempat pula NB describe Qurban sebagai 'dah tumbuh jerawat mukanya') namun gagah, "sejuk perut emak yang mengandungkannya", ... Ini bukan buku yanf menjaja cerita murah yang kuat berbunyi macam tin kosong. Hujan pun menari adalah karya yang sangat baik. Novel Hujan Pun Menari harus anda baca jika anda peminat Norhayati Berahim.

Saya ada satu naskah untuk dijual sekarang kalau minat.

Wednesday, October 25, 2017

Novel Norhayati Berahim bertajuk Egois

Egois karya Norhayati Berahim.

Seperti biasa, watak wanita cerita NB adalah seorang yang tidak terlalu jelita namun sedap mata memandang, berjiwa kuat, semangat tinggi, cerdik, berkerjaya baik walaupun bukan orang kaya raya atau anak Datuk ke Tan Sri ke. Saya agak suka watak Atia dalam cerita Egois. Cumanya bila dah nak akhir buku, ada seulas kesal juga.


Seperti biasa juga, NB akan membuka tingkap ilmu bermanfaat yang menarik dalam buku ceritanya. Dalam Egois, NB terangkan mengenai kerjaya seorang remisier. Sangat menarik. Betulkan? Waktu buku ni mula diterbitkan iaitu tahun 2001, berapa kerat sangat orang Melayu yang hebat mengendalikan permintaan pembeli dan penjual saham.  Berapa orang wanita pula yang jadi remisier, lagi-lagi pula wanita Melayu Muslim yang bertudung. Saya suka sangat adengan di mana Atika dengan tenang dan yakin menerangkan kepada Lokman mengapa beliau tidak sepatutnya membabi buta membuat keputusan untuk melabur. Perlu tahu risikonya juga. Hebat NB.

Kisah sebab musabab Atila tak jadi kahwin dengan abang sepupunya, wooow, tragik tu.

Apa yang saya kurang berkenan dengan novel Egois ? Saya tak suka watak Fikri. Dia bagi saya seorang lelaki yang tak layak berganding dengan Atika. Kenapa? Fikri tidak bijak dan tidak gentleman, malah dia macam seorang yang suka mendengus dan pendendam. Pengecut pun ada bagi saya. Dari berpuluh tahun berkawan, dah masak perangai Atila yang tak suka menayangkan rasa kepada orang, lebih cenderung menyimpan pilu atau gembira dalam hati, .... kenapa Fikri masih tak berjaya cari formula terbaik mengikat Atika dengan kaedah kreatif yang romantik? Dia mungkin menyayangi Atika sepenuh hati tapi hatinya bukan jenis yang tenang. Lelaki macam ni ada potensi mendera isteri dan / anak. Tindakan dia menipu Atika dengan buat cerita pasal pertunangan palsu tu, bangang sungguh, saya jatuh benci, nampak sangat merendahkan Atika. Macam Atika tu tak penting untuk dijaga hatinya. Paling saya meluat petang selepas majlis nikah tu, tak suka lah lelaki macam tu.

Kelakuan kurang ajar Fikri di kondonya pun saya tak suka sungguh sungguh. Dan kedua-dua ayah Fikri, lagi-lagi ayah Atika tak betapa nak marah pun dengan Fikri, apasal laaa, tak sukaaaaa. Part ni saya rasa tak kena dan tak patut ada laa.

Apapun, kita rambut mungkin sama hitam tapi hati dan rasa lain-lain kan? Bagi saya cerita Egois tak sehebat cerita Chinta dan Sentuhan Kasih. Namun, novel Egois harus dibaca oleh peminat NB.

■■■■■■
Buku ni saya beli pun preloved copy, buat masa ni masih ada jika ada yang minat nak beli. Saya nak jual RM10 saja tak masuk pos. Kalau minat boleh la komen, atau contact saya melalui FB Messenger.



Tuesday, October 24, 2017

Short stories you can peek on on your way to somewhere

The Coffee Shop Book Club

Thanks Rebecca for buying this book from my online book store.



This is one anthology right? In simpler term, a book of short stories contributed by various writers. Real short the stories, great as a traveling partner I suppose. If you see this red cover on the shelf of the airport bookstore, dont feel guilty to grab the book prior to your checking in. I bet you, the book will be read, hmmmm at least one story from the book will be read during your get away or short stint away from home. Surely you'll be tempted to read the short stories from names such as Jojo Moyes and Jill Mansell.

Right, my review below. Well not a real review though, more like a very brief thoughts sharing after most of the stories. I mafe a point to write on my note pad after completing eavh story. If I don't do that, this makcik will forget huhu

●●●●●●●●●

- From Christmas Getaway: snow, blankness, all flights cancelled & back to love in earnest.

- As the time draws near: snow, air planes stalled in take-off, death too soon. Piper's dad knows he's gonna die one day, he doesn't want to die meekly. The way Piper imagin his dad's dark determination not to steer away from the black bear is dead spot on. I think this is the story I truly can appreciate, reminding me of my own dad who also left us too soon.

- Internet dating: I like this story too, it's fun sort. Ned the bald monkey with expiring time share apartment in Portugal, gosh there must be plenty of Neds out there. Kerry & Sam sound so much like a match made in heaven, and they didn't even work on it.

- The scrapbook: online dating profile, two long lost ex-couple reminiscing the last two decades they missed dearlly and the scrapbook... but OMG, what the heck Amanda???

- The scent of night: was it the ghost of Marthe Lincel who whooshed Sassy out from Penny's little haven with her lavender laced strong perfume?

- Let's be honest: quite a suspense being built up around James, especially the few minutes prior to Mel's big time confession.

- The spirit of summer: Marie Fournes, one of the 20 poor souls murdered along the Canal du Misi, beneath the bridge on the Quai Riquet.... brought smiles back to soothe Naomi's Mom.

- Last year's coat: gosh I dont get it. Did Evie get the coat she's been wanting in the end or not?

- The invitation: Not sure if Helen is attractive but I like Ben already.

- Fruitbat: I don't understand how this one could be the winner of Woman & Home Short Story Competition. It's a story about someone's wife playing hookie with someone's husband.

I have actually not written anything on the first 2 or 3 and the last 2 stories. Read them but I thought nothing much to write.


Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...