Saturday, November 18, 2017

Rupanya Lenakan Tidurnya bukan kisah cinta



Kalau hanga baca tajuk, memang tak akan sangka buku ni pasal khianat orang yang membela saka, berkawan dengan syaitan, berdendam hingga akhir hayat. Lenakan Tidurnya karya Norhayati Berahim bukan novel picisan. Bukan juga novel yang mengkhayalkan pembaca dengan kisah cintan cintun perempuan jelita yang seksi menggida tapi suci baik dengan jejaka kacak siap dengan badan sasa dan poket penuh yang skill dia lipat tengan kemeja hingga ke siku bagi nampak tangan kekar berbulu.

Tidurkan lenanya ?

Cerita yang berisi, banyak pengajaran, mencurah dengan teladan dan ada satu lagi elemen yang unik; unsur makhluk Allah yang terpesong dek kalbu yang sakit, dendam yang jitu, hati yang tenteram hanya apabila melihat orang yang dibenci menderita. Nek Peah berpaling dari rahmat Allah dan bersekongkol dengan syaitan kerana cintanya terhadap Fakar tidak berbalas. Disumpahnya keturunan Fakar biar menderita dan dihantarnya saka dan belaannya hingga isteri anaknya sendiri, Cikgu Maimun tak lena tidur. Banyak sungguh dugaan Cikgu Maimun dan suaminya Musa, tempias juga terkena Hana. Berpegang pada tali Allah dan ketabahan menempuh keseksaan yang jitu, dibantu juga oleh manusia-manusia yang tinggi tahap taqwanya, akhirnya yang batil itu tumpas. Namun, cerita ini panjang, pelakonnya ramai, kisah cinta tak kesampaian, kasih tidak berbalas, kepercayaan dinodai darah daging sendiri, tragedi menimpa tanpa diduga, banyak sungguh .... mesti baca untuk menghargai keunikan Lenakan Tidurnya.

Rahsia Perindu Ramlee Awang Murshid



RAM is right, one who skims this book or skips reading the pages may really not get the story. Well, I did read word by word, more because I know I would enjoy RAM's writing rather than anything else. Always so much knowledge imparted in between the thriller lines. Still, I have questions begging to be answered upon finishing the book haha. The first half of the book done and still I don't know whether Leopard is a man or a woman. Siapa perindu sebenar dan apa yang dirindui? Belaian kasih ibu ? Mengapa sang ibu disakiti? RAM seems to know where our thoughts are going and manipulates the plot twists over and over. The man needless to say is a genius writer.

One word to describe this book from my perspective - "twisted"

Saya nak jual buku buku dalam gambar ... sebab buku dah lama, saya jual RM5 saja sebuah. Kondisi buku kiranya setara dengan harga RM5. Siapa minat beli boleh pm admin di Facebook page Kedai Buku Saduri kedai buku online


Novel terpakai untuk dijual semula;
- Hello Mr. Perfect! Waniey Zakaria
- I love U Nass Alina Noah
- Rahsia Perindu Ramlee Awang Murshid
RM5 sebuah belum masuk pos

Fabulous by Tere Liye; Negeri di Ujung Tanduk


Hands down; the book, the story plot, the characters, the messages, the opening, the ending, phenomenal. One of the best books I've read and definitely in the list for one of the books I'd keep in my home library, repeat reading, recommend for my kids to read. The issues are common, injustice, bribery, white collar criminals, money and power usually win whatever war, conspiracy, raw betrayal, friendship built on trust and respect ... still, how conflicts are perfectly developed around those is brilliant. No lose ends. I understand everything in the end. I am probably not much into Indonesian politics and basis for polemics, but I can appreciate Thomas' ideals and actions. The thrilling chase drama of Thomas with the goons of the bad police, is epic to me. I like Rudi very much, Monster Lee and Maggie too. Kris is also an interesting character. Kris and Thomas not being able to find a single shred on Shinpei on the net draws my intrigue. The author's insertion of humour is also very refreshing, Opa seems to be a cool 65 year old grandpa.  Him wanting to take the fishing boats during his supposed-to-be-hiding period is hillarious. There are so many meaningful lessons from this book, and the one shared by Grandpa Chai through the very last paragraph is the most precious. No matter what race, nationality, beliefs you embrace, this is useful advice. "... Selalulah menjadi anak muda yang peduli, memilih jalan suci penuh kemuliaan. Kau akan menjalani kehidupan ini penuh dengan kehormatan. Kehormatan seorang petarung". Deep. Firm. Wholesome. I totally love this book and having the opportunity to read it is a blessing.

Friday, November 17, 2017

Aku yang tertewas, saya tak serabut baca


Siapa nak beli novel ni saya nak jual. Boleh pm kat FB atau Instagram Kedaibukusaduri.


□□□□□□□□□
Dalam banyak-banyak novel limited edition Hani Fazuha yang sudah saya baca, Aku Yang Tertewas rasanya yang boleh masuk rasa suka. Pertama watak Luqman bagi saya seorang yang bukan saja matang pada umur tetapi juga peribadinya. Dia penyabar, penyayang, tenang, tak gatal sangat. Cara Luqman tunjukkan cinta pada Elisa sweet sangat, dan saya suka cara Luqman sentiasa tetap pendirian berhubung cinta pada isteri pertama. Cara Luqman menangani Elisa yang stuck up pun bikin saya suka malah jealous juga sikit. Watak wanita cerita kali ini lebih bersemangat dan ada character, keras kepala, cakap lepas dan suka bergaduhnya konsisten dengan abang sendiri, dengan Nurlaily, dengan siapa saja yang sakitkan hati dia. Walaupun saya tak suka watak Elisa, saya tabik HF berjaya cipta watak heroine yang kuat dan bukan harapkan skill menggoda dan kejelitaan semata. Dia seorang accountant yang cekap hingga arwah isteri Luqman pun percaya jabis hingga berwasiat minta dia terus kendalikan akaun syarikat.... dan kahwin dengan suaminya bila dia dah tiada di dunia. Style menggoda macam kucing parsi, terlebih hormone tak reti cover bila tengok lengan sasa, dada bidang dan adengan langsung gigit menggigit buat marks yang mak & nenek boleh nampak, cuba ingat semula dia cerita pasal tahi lalat di dada, cerita pasal baju baju dalam, baju tidur yang sexy (pasal benda ni dalam novel Lelaki Pilihan Terakhir saya paling tak tahan)... watak & situasi yang ini juga ada dalam Aku Yang Tertewas tapi masih dalam suasana realistic dan tak terlebih sangat.

Kali ini watak utama wanita direbut anak dan bapa. Memang kalau nak kira, saya masih terbawa-bawa prejudice dengan karya HF, entah kenapa bila baca kebanyakan buku dia yang saya ada rasa kurang selesa. Sebabnya style watak-watak wanita dia lebih kurang sama, dalam suci dan innocence, mata dia, dalam otak, hati pun suka berfikir yang biru. Jahat saya kan? Macam lah saya baik sangat. Sungguh tidak. Tapi tu lah yang hebatnya HF, dia berjaya buat pembaca novelnya ber-reaksi macam-macam. Iya ke? Mungkin saya saja yang terlebih emo tak tentu fasal. Orang lain selamba saja boleh enjoy karya HF, saya yang kecoh. Mesti saya jealous ni kan? haha.. Anyway, kasihan sungguh dengan Azam dan Noriza. Kira okay la cerita ni.

Wednesday, November 15, 2017

Cari dan cari buku ini pasti tidak menyesal baca Gadisku Wan Adnin

Gadisku Wan Adnin


Aduhaiii Kak Su, kenapa tulis novel gaya macam ni? Terseksa saya, hampir setiap barisnya dihiasi bahasa cantik bergermerlapan sampai sering saya rasa tak mahu berhenti baca, ayat yang sama saya nak baca berulang-ulang, suka sangat. Pantun dan madah pendek pun buatkan saya rasa sungguh terpesona untuk menghayati dan cuba nak bayangkan bahawa saya juga sebahagian dari pembawa watak cerita Gadisku Wan Adnin. Novel ini pastinya salah sebuah yang terbaik pernah saya baca setakat ini dah syukur Alhamdulillah ada rezeki saya untuk menghargainya. Kenapa tulis buku macam ni Kak Su?

"Kenapa ya kalau mahu membuat perhimpunan belia Malaysia kita tidak rancang sesuatu yang mempertingkatkan sahsiah .... untuk menyelamat sahsiah anak bangsa ... " Saya sokong 110%. Kenapa ya? Saya nak mencelah, kenapa ya, ramai penulis novel sekarang begitu tegar menulis cerita yang berpotensi menghancurkan sahsiah anak bangsa?

Cerita Gadisku Adnin sarat dengan bahasa indah terukir cantik bertekadkan maklumat tahap orang berilmu tinggi. Bukan calang-calang penulis boleh menggarap kemas cerita orang yang hidup seratus tahun dulu dengan kisah seorang gadis desa yang terperangkap dalam kongkongan neneknya. Surat-surat Wan Yusuf Wan Ahmad kepada Ku Sakinah memberi kita peluang meluaskan pengetahuan tanpa perlu mengorek buku sejarah. Membaca surat pertama, saya teringat karya Azizi Abdullah 'Harga Sebuah Maruah' - ceeita padi piama dan deskripsi bendang di pelbagai musim begitu mengasyikkan. Kisah "tuntung sudah mula mudik ke hulu nak bertelur" menandakan padi sedang berbunga dan berbuah... Mana nak dapat info sebegini kalau tak baca Gadisku Wan Adnin dan Maruah Sebuah Bangsa. Gemersik.

Pantun dan madah yang menghiasi setiap bab nampaknya seperti mudah dan ringkas namun pengertiannya mendalam. Saya fikir sangat hebat bagaimana Kak Su menekad peribadi dan tutur laku Wan Adnin dan "sahabat dunia akhirat" nya Hani, Zie, Sheri, Lila...  Lawak pun tahap yang noleh biat kota senyum penuh beradab. "Sebut fasal pipi merah tu, aku rasa Tok Umi guna aku punya Bobbi Brown". Tengok dia cangkul pakai sampai berlubang pek aku",  bengang si Hani mengadu pada Zie. Patut lah penat dia mencari dalam beg tangan yang besar dan penuh sarat mengalahkan beg sekolah budak darjah satu, pemerah pipi kesayanggannya yang dibeli buah hati kat Los Angeles tu tak jumpa. Begitu lah keletah Hani, Zie, Adnin, mereka sangat berbeza tapi begitu ayu jelita digandingkan.

Baju warna merah seroja untuk akad nikah. Kain les Perancis yang dihias bunga hidup ros warna oren atas dulang tembaga. Kain warna putih beras. Tudung tingkap warna kuning gading hujungnya ikat cekak daripada tekad baldu merah seroja corak bunga kekwa.   Baju kurung warna merah delima.

Bagaikan biduk tanpa malim.... kena cari maknanya. Betul ke DJ Dave pernah tak jadi kahwin dengan Uji Rashid?

Inap desa = homestay

Friday, November 10, 2017

Kompilasi Yang Seperti Dia


Cerita Langit Biru Yang Sama oleh Syeena Hamdan sangat best tapi cerita Yang Seperti Dia Hani Fazuha .... thumbs ke bawah ke bawah ke bawah.


Four point five star untuk cerita Langit Biru Yang Sama by Syeena Hamdan. Ainun yang ceria, mulut laser dan kekadang membebel macam popcorn, yang kekadang sengaja berjalan lemah gemalai menunjalkan asset dia yang melentik bikin lelali yang tengok jadi penasaran, yang hatinya putih bersih, memendam dalam hati saja segala luka, sedih dan pilu dicaci dan dihina, yang tak berapa cantik atau tinggi lampai macam Miss Universe... tapi cukup ayu dan sikapnya yang terbuka, betul-betul tak suka menyusahkan orang, tak reti nak mengada-ngada, kalau dia tak suka dia main cakap lepas, takde nak buat-buat baik, nak berlagak suci. Saya rasa yang paling sweet dan sensible ialah bila Alzam cakap "... dah kau hidang aku tengok jer la... lain kali kalau tak nak lelaki-lelaki macam aku tengok, pakaian tu biarlah sopan sikit", Ainun boleh lesap pergi kedai tukar skirt paras lutut dan blouse dia dengan baju kurung / baju kebaya (saya tak sure dia pakai yang mana).

Alzam juga watak yang saya minat sebab dia bukan jenis yang mengada-ngada mulut cakap lain dalam hati lain. Saya senang membaca cerita ni. Kisah emak Ainun yang pasrah dengan lumpuhnya tapi kemudian sedar bahawa berlapang dada menerima ketentuan Allah adalah yang terbaik. Bagaimana sayangnya Ainun pada emaknya. Kemanjaan Alzam dengan atuknya pun sangat cute dan sangat natural, kita tahu realitinya lebih ramai anak tunggal yang lebih rapat dengan grandparents atas pelbagai sebab.

"The moment when you said that we are looking at the same sky, kau dah berjaya swntuh jati aku". That is so sweet and simple yet deep. Walaupun cerita Langit biru yang sama ada juga scene suami isteri bergurau senda sambil bermesra, ia tak kedengaran lucah atau terlebih. Ainun sedar diri, tahu dia miskin dan setaraf dengan Alzam, dia rela mengundur supaya Alzam dijodohkan dengan Syarifah Syuhaida seperti yang diminta oleh Dato Ariff. Memang betul-betul Ainun buat menjauhi Alzam, takdenya dia buat aksi menggedik cakap lain buat lain. Dah lepas nikah pun bila nak tukar baju Ainun mencicit masuk bilik air, takdenya nak menayang body bagai walaupun Alzam dah tengok semuanya. Gurauan yang natural, heroine yang cheeky suka mengusik suaminya tapi tak langsung ada elemen kegersangan, hero yang ada juga gatalnya sikit-sikit tapi tak melampau. Tak macam cerita yang satu lagi tu.

Memang malas nak komen pasal cerita Asalkan Dia Bahagia ni, tapi geram punya pasal nak coret juga sikit. Part Dira pakai kemeja Haris dalam bilik dekat The Dusun tu saya rasa paling nak-termuntah. "Tiba-tiba aku perasan mata Haris terarah ke dadaku Spontan aku pandang dada sendiri dan spontan tangan naik menutup apa yang terbuka.... Walaupun kameja Haris ni besar berbanding saiz tubuhku, rasa seksi semacam. Maklum saja warnanya putih. Dah la yang dalamnya tak pakai apa..." Iya lah tu malu. And macam biasa, mesti ada watak perempuan ketiga dalam hubungan hero-heroine, dan perempuan tu mesti jahat. Dan ada juga lelaki ketiga berebut heroine dengan si hero, dan lelaki ketiga tu pun mesti akhirnya dijadikan jahat. Yang baik & suci murni si heroine dengan hero handsome & kaya saja. Boleh pulak si Dira tu student kat ukm, isyyy tak sesuaiii la.

Thursday, November 9, 2017

remaja tak patut baca novel Lelaki Pilihan Terakhir


Sengketa adik-beradik kerana seorang perempuan, tak best la bagi saya. Walau mungkin niat Adif baik bila buat keputusan mendadak minta Hud gantikan dia nikahi Airis berdasarkan maklumat doktor yang dia akan lumpuh kaki, saya fikir Adif sebenarnya terburu-buru dan singkat fikiran. Dan kenapa suruh Hud? Padahal sebelumnya Adif sendiri yang kata Hud dah ada girlfriend. Kalau betul dia sayang Airis, kenapa buat keputusan tanpa ambil tempoh bertenang. Bukan saya marahkan Adif, saya marah the person yang bertanggungjawab buat watak Adif jadi lelaki lemah. Sampai Hud boleh kata dengan Adif "...you touch her and I'll kill you"? Macam baguz sangat.  Not fair. Other than that, macam cerita HF yang lain, but this one mungkin ada lebih banyak konflik, even lame conflicts, not well justified or explained. Macam biasa, lelaki selain hero semuanya jahat dan bodoh. Perempuan selain heroine semuanya miang dan bongok. Dirty words, teasings, even something yang konon macam aksi wanita melayu terakhir ... pakai baju kedah singkat tertonggek sapu daun kering, berpusing tapi takut Hud jamu mata tengok benda lain, ... pakai boxer sendat yang boleh nampak segala bentuk.... pakai baju kelawar tidur kaki terangkat ke atas... jenis berbogel bila nak pakai baju.... ??? tak berapa sesuai untuk bacaan umum rasa saya la... sepatutnya dinyatakan dengan jelas, buku untuk bacaan dewasa saja. Pendapat saya la ni, worse sebab sex lurings diselang seli dengan solat, aksi anak & cucu mithali, menangis sebab rasa tak dipeduli....you guys yang dah baca tak rasa macam tu ke? Cer criter.



Anyway, yang saya mengutuk bagai nak rak tapi baca juga dah kenapa kan? Saya pun bongok juga kot🤔 Salah satunya nak cuba selami trend pembacaan, nak cuba faham sungguh, konsep penulisan yang macam mana disukai zaman 2017 ni.

Wednesday, November 8, 2017

Kisah satu malam Ahadiat Akashah


Okay, kalau saya kata cerita-cerita dalam buku Kisah Satu Malam ni lucu, korang percaya tak? Kalau hanya berpandukan tajuk, selepas tu korang tengok gambar cover page, jangan baca sinopsis kulit belakang, jangan baca review sesiapa, jangan google... rasa-rasanya korang akan fikir buku ni genre apa? Saya yang kurang exposure ni, mati-mati ingatkan Ahadiat Akashah bagi cerita cinta, yang lebih kurang macam pilot cafe, atau sekurang-kurangnya yang lebih kurang macam cerita Cinderella 98, Snow White 96, Budak Lanun atau kurang-kurang pun macam buku budak-budak rappers Aku, Rhapsody dan Biru. How wrong I was.

Cerita dalam buku Kisah Satu Malam ni watak utama-nya Shaun atau nama penuh Shahrul Hisbi atau nama dalam IC mungkin Shahrul Hasbullah, saya tak pasti. Yang saya pasti Shaun ni chef char kueh teow yang sangat hebat, berniaga di gerai tolak kat tepi jalan. Buku setebal 704 mukasurat ni, cerita pasal adventure Shaun mencari bapa kandungnya Datuk Hasbi yang sakit di penghujung hayat dan sangat ingin berjumpa dengan anak sulung yang diserah kepada orang sejak masih bayi lagi. Honestly, saya memang tak reti nak petik  kisah mana untuk kongsi sini. Hampir semua kisah pelik, menyeramkan, mengerikan, melucukan, membuka minda, memberi pengajaran dalam buku ni saya lihat sebagai unik. Paling saya suka, Shaun yang ketika itu berdua dengan abang lebai 'penyamun' berjumpa dengan pakcik bertopi tarbus penjual akar kayu, batu geliga & ubat tradisional, dan beg ajaibnya. Incident meloyakan tekak banyak tapi satu yang tak boleh lupa ialah description "Jelan mengunyah mi goreng yang panas berasap ...misainya berselepat dengan sayur".... eyewww. Kisah mengerikan lagi lah banyak, yang paling seram bagi saya ialah masa Mat Bengis sakitkan hati perempuan yang disangkanya makcik penjaga pam minyak. "Bukan darah aku tapi darah bini dengan anak kau yang ada dalam perut tu..." then dia mengilai, oh gosh yang tu seram giler.  Korang memang kena baca sendiri untuk tahu apa ceritanya. Mungkin korang yang kurang tahap kesabaran akan kata buku ni mengarut, itupun lalau korang cukup sabar untuk baca sampai tamatlah. Rasa saya mesej paling besar di sebalik semua cerita dalam buku ni, 'dont judge a book by it's cover' huhu

Tuesday, November 7, 2017

Naskah terakhir Laura Isabell bingkisan Anna Lee

Saya tak jangka cerita Naskah terakhir Laura Isabell boleh menandingi atau even setanding dengan Mesej atau Hello. Tapi saya silap. Naskah terakhir, Laura Isabell karya Anna Lee, hebat juga, membacanya kita dibawa belayar ke samudera masa, terbang ke alam nyata zaman purba. Hebat sungguh imaginasi Anna Lee. Pandai pula dia blend cerita digarap dari sejarah dengan kisah pengembaraan Megat Alam dan Laura Isabell.


Tekanan emosi dek konflik yang terjana pun, bukan nada main-main. Boleh terbayang merah saga mata bapa Megat Alam bila diberitahu Megat Alam nak belayar. Boleh terasa juga gigilan Laura Isabell bila ayahnya dapat tahu hubungan sulitnya dengan Megat Alam (ps: hubungan cinta senyap-senyap saja tau walaupun sulit, tiada langsung selingan murah dengan aksi perempuan menggedik atau adengan bilik tidur dalam buku ni. It's just not AL's style). Watak Laura Isabell, Megat Alam, Ara, Dean semua saya suka sangat. Saya fikir cerita ini akan lebih menarik kalau kehidupan Megat Alam di serata dunia selepas berpisah (dan sementara menunggu masa sesuai untuk berjumpa lembali dengan Laura) di ceritakan lebih panjang. Since Megat watak utama, kisah kehebatannya patut diberi lebih fokus. Nasib malang Laura selepas menaiki Titanic menuju New York, rasa macsm abrupt sangat tapi mungkin kena sebab nak dijadikan penyebab kepada naskah terakhir Laura. Pengakhiran kisah percintaan Laura Megat amat menghiris hati. Nasib baik Ara Dean berjaya menggapai bahagia bersama.

Sunday, November 5, 2017

Kompilasi cerpen yang best karya novelist popular Dia Yang Terpilih



Ini review saya yang tak seberapa untuk cerpen-cerpen dalam buku Dia ... yang terpilih, straight from my heart. Cover buku ni cantik kan?  Credit untuk kreativiti tersebut.  Kebanyakan ceritanya kira between average to good. Yang tak paling tak good bagi saya cerita yang last tu. Sorry la yer maybe saya prejudice terhadap karya penulis yang sangat popular itu. Anyway ini pendapat peribadi & spontan saya jer.

Korang kalau nak beli buku ni boleh chat dengan saya di Facebook page atau Instagram Kedai Buku Saduri Sekarang masih ada senaskah. Buku limited edition ni, rasanya dah tiada di kedai buku biasa.

KLIK SINI untuk ke FB page


¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Suami last minute

Kisah cinta tak berapa cliche, in fact terpegun juga dengan perkongsian Ezza Mysara, betapa seorang lelaki yang berhati lembut boleh seromantik itu. Ayat-ayat bergula dia sungguhhhh bergula. Beruntunglah wanita seperti Aisya yang bertuah dicintai lelaki seperti Adan. Dan sahabat berjiwa besar seperti Abid, memang ramai daldm dunia tapi tidak mudah ditemui. Benarkah kata orang bahawa seorang lelaki dan seorang perempuan yang akrab tidak akan sehingga ke akhirnya hanya membawa title SAHABAT?

Pengajaran cerita Suami Last Minute, bila kita dah jadi ibu atau bapa, jagalah tutur & perbuatan supaya tidak meninggalkan trauma atau luka berpanjangan dalam diri anak-anak. Kesannya boleh jadi terlalu mendalam dan tidak adil jika ia bawa kebinasaan kepada orang lain pula.

Indahnya Takdir Kita

Karya Sheena Hamdan mengenai Alea & Azhar, pasangan lovey dovey yang diuji Allah dengan ketiadaan anak selepas lebih tahun berkahwin. Emak Azhar sekejap baik sekejap digoda nafsu tidak sabar menerima ketentuan Allah,   memaksa anak tunggalnya menambah isteri semata-mata untuk dapatkan zuriat. Adalah adengan pujuk, merajuk, dipujuk, akhirnya...

Ramadhan...ya Habib!

Aduhaiii, boleh terjatuh kerusi, nenawannya cerita ringkas Pena Kayu ini. Sweetnya, perjalanan pendek tetapi kejap dengan makna mendalam; cinta bertaut dihati Hafez yabg bermulut laser hanya dari panahan dua mata hijau zamrud Khadijah. Sememangnya ketetapan dan perancangan Allah tepat. Sesungguhnya cinta walau sudah dipupuk 5 tahun boleh melayang dek taufan ego, kasih suci boleh berputik sekelip mata. Ikutkan hati saya yang kelabu asap ni, nak juga kata, 'dah memang Khadijah tu cantik, walau wajah diliputi purdah, mata hijau zamrud dia yang dapat dilihat dek Hafez, membiaskan wajahnya ya bukan biasa-biasa. Cuba kalau Khadijah tiada mata cantik dan wajah sempurna... ' Ahhh, itulah kata hati saya yang jahat. Saya pilih untuk hempok kata hati jahat tu dengan bantal kekabu kepam, saya pilih kata hati yang baik 'Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik'. Terima kasih Pena Kayu untuk cerita Ramadhan ya Habib yang best ni.

Hikayat Cinta Teja & Tuah, Mungkin Bila, Hati Yang Luruh

Ada sikit pening la baca cerita-cerita ni. Bukan tak best, sungguh, malah ada kelainan dan bukan cerita cinta yang biasa-biasa cuma somehow saya tak dapat nak enjoy. Mungkin terlebih kreatif tapi kurang perasa? Ada yang nama-nama watak utamanya hampir terbelit lidah nak sebut ? Irama penulisan hambar dan melompat-lompat? Watak hero tak berapa gentleman? Entahlah, mungkin saya yang slow untuk grasp the over-excitement haha.

Marina by Wawa Taufik

Okay, yang ini serius best best best. Dari ayat pertama sampai ayat penghabisan "'Abah tak lama lagi nak dapat menantu'". Hati Dr Shahril tidak langsung kalut menyukai Marina, yakin dengan getaran jiwanya pabila melihat wanita itu, Marina layak diangkat ke taraf isteri. Aisyah terkorban, dara Marina juga hilang ditelan keliarannya sendiri. Yang pergi tak mungkin kembali namun hidup perlu diteruskan. Marina akhirnya bertemu lelaki yang mencintainya tanpa prejudis.

Untuk Pencinta Cinta

Karangan Farah Hussain pun best bagi saya. Sweet, simple and classy. Fareez pancing jiwa Alma dengan cerita sedih tidak bahagia dengan perkahwinannya. Fareez mahukan Alma tapi untuk cetsilan isterinya, "It's not that easy". Berapa lama Alma harus tunggu? Iddine yang ceria bak mentari menyinari dan membajai taman hati Cinta Alma hingga bunga indah mekar mewangi... "chin up Alabama".  Alma & Iddine couple comel yang sekufu (pinjam expression DS Vida bila bercakap tentang perkahwinannys).

Cerita last dalam buku Dia... Yang Terpilih

Masih style biasa. El yg cantik teraniaya tapi berbanding semua orang El tetap hebat. Jenis yg brutal tapi bab nak bersama suami malam pertama masih malu-malu🙊 Sipi-sipi, tapi tetap ada juga ayat yg berbaur mcm ni😝"...kang tak pasal-pasal saya makan awak", "...kalau tergadai body saya suka je...lebih-lebih lagi body awak". Adengan bilik tidur tak tinggal🤡

Bingkisan manis Pena Kayu, Wawa Taufik, Farah Hussain saya paling enjoy sungguh.

Korang kalau nak beli buku ni boleh chat dengan saya di Facebook page atau Instagram Kedai Buku Saduri Sekarang masih ada senaskah. Buku limited edition ni, rasanya dah tiada di kedai buku biasa.

KLIK SINI untuk ke FB page





Friday, November 3, 2017

Buku tentang Hasmiza Othman ' Ayam Mee '

Pertamanya, saya langsung tak berkenan dengan apa yang saya pernah tengok atau pernah dengar mengenai Dato Seri Dr Vida. Sungguh. Bila anak-anak cerita yang mereka suka tengok video clip I Am Me, 'very bold and colorful' kata ansk suling, saya punyalah panjang membebel. Tak nak sangat la generasi muda terpengaruh untuk pasang cita-cita atau angan-angan jadi macam DSV. Aduhaiiii tolonglah. Pastinya ada ramai lagi icon atau bukan icon yang kaya raya hasil usaha keras dan maju dalam perniagaan tanpa berperangai macam-macam di Malaysia ni. Mungkin tak adil bila kita ambil keputusan untuk meluat dan kekadang mengutuk orang yang kita tak kenal, tapi saya tak mampu nak berkenan. Nak buat macam mana.

Back to buku I Am Me, saya baca sekali harung, buka dan terus baca awal hingga tamat. Macam excited sangat la pulak kan? Actually saya curious nak tahu apa yang nak dikongsi Dato Seri Vida. Kira hebat sebab kejadian yang baru berlaku pada awal tahun 2017 pun disebut ... bermakna express juga buku ini diterbitkan. Iyalah orang biasa sebut ada duit semua boleh buat, namun saya percaya orang sebijak DSV saja yang boleh materialisasikan biografi dalam jangka masa singkat. Pasti dah lama DSV dan rancang buku ini, idea untuk berkongsi pengalaman, kisah hidup disamping ambil kesempatan menjelaskan pelbagai isu panas yang mungkin masih menjadi tanda tanya ramai rakyat yang pernah dengar nama beliau. Kisah zaman kanak-kanak, pencapaian akademik, pekerjaan sebelum jadi pemilik Empire Vida, kegagalan awal sebagai orang business, perkahwinan, tragedi menimpa anak-anak, konflik tentang penajaan pasukan bola sepak Kelantan, video musik I Am Me, ...banyak juga yang saya pertama kali tahu. Perumpamaan 'bawang putih bawang merah' bagi saya agak lucu. Perancangan DSV nak berduet dengan Psy, dan kalau Psy tak sudi dia nak buat lagu menggelak-kan Psy, hmmmm ... benda ni semua hanya DSV saja boleh buat kot. Berbaloi tak duit beli buku ni dengan kandungan? Hmmmm. Lepas baca naturally saya buat google search juga la tentang DSV, rupanya banyak atau mungkim semua yang dikongsi dalam buku I Am Me pernah ditulis dalam laman-laman gossip, blog, berita sensasi dll. Patutnya dimuatkan gambar DSV masa zaman umur belasan tahun tu. Yang comot paksi apron Maggi tu. Kalau ada gambar before and after make up pun ok juga. Baru lah ada elemen telus dan luahan ikhlas.

So berbaloi ke tak untuk keluar duit RM68 beli buku ni? Kalau anda macam saya yang pernah dengar cerita DSV tapi takde masa atau takde hati nak ikuti perkembangan beliau, saya rasa okay lah, berbaloi sebab maklumat yang mungkin dihebohkan di social media bertahun-tahun ada dalam satu buku yang boleh dibaca sekali buka.


Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...