Friday, November 10, 2017

Kompilasi Yang Seperti Dia


Cerita Langit Biru Yang Sama oleh Syeena Hamdan sangat best tapi cerita Yang Seperti Dia Hani Fazuha .... thumbs ke bawah ke bawah ke bawah.


Four point five star untuk cerita Langit Biru Yang Sama by Syeena Hamdan. Ainun yang ceria, mulut laser dan kekadang membebel macam popcorn, yang kekadang sengaja berjalan lemah gemalai menunjalkan asset dia yang melentik bikin lelali yang tengok jadi penasaran, yang hatinya putih bersih, memendam dalam hati saja segala luka, sedih dan pilu dicaci dan dihina, yang tak berapa cantik atau tinggi lampai macam Miss Universe... tapi cukup ayu dan sikapnya yang terbuka, betul-betul tak suka menyusahkan orang, tak reti nak mengada-ngada, kalau dia tak suka dia main cakap lepas, takde nak buat-buat baik, nak berlagak suci. Saya rasa yang paling sweet dan sensible ialah bila Alzam cakap "... dah kau hidang aku tengok jer la... lain kali kalau tak nak lelaki-lelaki macam aku tengok, pakaian tu biarlah sopan sikit", Ainun boleh lesap pergi kedai tukar skirt paras lutut dan blouse dia dengan baju kurung / baju kebaya (saya tak sure dia pakai yang mana).

Alzam juga watak yang saya minat sebab dia bukan jenis yang mengada-ngada mulut cakap lain dalam hati lain. Saya senang membaca cerita ni. Kisah emak Ainun yang pasrah dengan lumpuhnya tapi kemudian sedar bahawa berlapang dada menerima ketentuan Allah adalah yang terbaik. Bagaimana sayangnya Ainun pada emaknya. Kemanjaan Alzam dengan atuknya pun sangat cute dan sangat natural, kita tahu realitinya lebih ramai anak tunggal yang lebih rapat dengan grandparents atas pelbagai sebab.

"The moment when you said that we are looking at the same sky, kau dah berjaya swntuh jati aku". That is so sweet and simple yet deep. Walaupun cerita Langit biru yang sama ada juga scene suami isteri bergurau senda sambil bermesra, ia tak kedengaran lucah atau terlebih. Ainun sedar diri, tahu dia miskin dan setaraf dengan Alzam, dia rela mengundur supaya Alzam dijodohkan dengan Syarifah Syuhaida seperti yang diminta oleh Dato Ariff. Memang betul-betul Ainun buat menjauhi Alzam, takdenya dia buat aksi menggedik cakap lain buat lain. Dah lepas nikah pun bila nak tukar baju Ainun mencicit masuk bilik air, takdenya nak menayang body bagai walaupun Alzam dah tengok semuanya. Gurauan yang natural, heroine yang cheeky suka mengusik suaminya tapi tak langsung ada elemen kegersangan, hero yang ada juga gatalnya sikit-sikit tapi tak melampau. Tak macam cerita yang satu lagi tu.

Memang malas nak komen pasal cerita Asalkan Dia Bahagia ni, tapi geram punya pasal nak coret juga sikit. Part Dira pakai kemeja Haris dalam bilik dekat The Dusun tu saya rasa paling nak-termuntah. "Tiba-tiba aku perasan mata Haris terarah ke dadaku Spontan aku pandang dada sendiri dan spontan tangan naik menutup apa yang terbuka.... Walaupun kameja Haris ni besar berbanding saiz tubuhku, rasa seksi semacam. Maklum saja warnanya putih. Dah la yang dalamnya tak pakai apa..." Iya lah tu malu. And macam biasa, mesti ada watak perempuan ketiga dalam hubungan hero-heroine, dan perempuan tu mesti jahat. Dan ada juga lelaki ketiga berebut heroine dengan si hero, dan lelaki ketiga tu pun mesti akhirnya dijadikan jahat. Yang baik & suci murni si heroine dengan hero handsome & kaya saja. Boleh pulak si Dira tu student kat ukm, isyyy tak sesuaiii la.

No comments:

Post a Comment

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...