Tuesday, January 16, 2018

Atheis by Achdiat K. Mihardja


Atheis by

Baca 3 Disember 2017



Pesan saya untuk diri sendiri, pertamanya, buku ini mesti dibaca sampai tamat, jika berhenti dipertengahan, bimbang terpesong. Sebabnya, hujah-hujah Rusli dan Anwar, sepertinya boleh meyakinkan ramai orang, terutamanya golongan bijak pandai yang fikirnya semua perkara perlu dijelaskan dengan kata-kata, perlu dibuktikan dengan sains, tidak cenderung mahu percaya kepada cerita yang asasnya ghaib, tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Cinta itu kan buta dan sering membutakan. Cinta kepada seseorang, harta kekayaan, rasa bahagia dalam hidup.... Kejadian dan cerita bersama Anwar di kampung Hasan penting menerangkan betapa mudahnya pegangan agama seorang yang berhati lembut bisa digoyahkan. Setelah lebih separuh buku ini ditelaah dengan nafas turun naik, saya jadi bina harapan yang tinggi untuk ketahui apa sebenarnya pengakhiran untuk konflik dalam diri Hasan. Iya betul, tahu nanti Hasan akan mati, tapi matinya sebab apa? Saya kecewa. Terasa macam ceritanya masih tergantung. Iya saya orang Malaysia mungkin tidak dapat baca between the lines, saya faham apa yang saya baca saja. Mungkin saya sendiri yang baca tetapi tidak mengerti. Apa jadi pada Kartini. Kenapa mesti Anwar yang dicari Kartini selepas rumah tangganya ditiup ribut. Rusli kenapa tidak lagi menjadi pelindung Kartini. Anwar masih bebas dengan kepura-puraan? Apapun, buku ini bagus untuk saya sedikit faham keadaan sosio kehidupan orang Indonesia khususnya di Bandung waktu pergolakan tahun 1940an.

Nota, kalau ada masa kena kaji, info yang saya baca dari review readers lain, Rusli si komunis dan Anwar si Nihilis.

Malam Ini Kita Semua Menangis Ahadiat Akasyah


12 January 2018




Buku ini sebenarnya not bad jika nak bandingkan dengan beberapa buku nipis yang temanya lebih gila-gila karya Ahadiat. In fact, buku ini ada kekuatan atau mungkin juga serius dengan sulaman kisah suka duka percintaan 2 couple; Johan-Dewi dan Roy-Sari. Pasangan pertama umpama dua insan bercinta di landasan penuh syahdu, kesetiaan menggunung, emphaty Dewi terhadap hasrat ibu Johan, down-to-earth parents Dewi menerima Johan walaupun jurang social class mereka begitu jauh... Desakan ibu Johan supaya dia mengahwini kawan sepermainan, Sari yang tidak membantah kerana tidak mahu lukakan hati parents dia, Dewi yang sanggup berpura-pura kerana tidak mahu meletakkan Johan dalam keadaan mendethaka krpada ibunya... ini semua membuat saya enjoy karya kali ini.

Unfortunately, saya lebih terkesan dibalut hati bengang dengan unloyalty dan ke-mata duitan Roy. Sebab harta dia berpaling malah mencemuh Sari selepas madunya dihisap. Saya lebih turned off dengan sikap Sari selepas dirayu semula oleh Roy. How could she? Kisah couple ini berdasarkan nafsu; nafsu berahi, nafsu amarah, nafsu duit. Menyakitkan hati tapi rasanya memang keadaan ini realistik. Marah tapi emotional roller hurricane inilah membuat buku ini 'meaty'.

Apapun, Malam Ini Kita Semua Menangis bagi saya antara karya yang berkaliber gabungan AA & Nir Erny Othman.


Mama karya Abdul Rahim Awang. Buku Rare ni


Kisah pilu, sangat menyedihkan hati saya. Satu-satunya elemen yang menyenangkan perasaan saya sebagai perempuan ialah rasa bangga, Mek Nah menggunakan akalnya, bukan emosi untuk memastikan kelangsungan hidup dia, anak-anak dan neneknya. Mek Nah juga wanita yang matang, walau nasib malang menghalangnya dari menggapai SPM, dia tidak pernah berputus asa bergelumang mencari rezeki halal. Dipinggirkan kejian orang, dikeraskan hati untuk nekad berniaga. Dia wanita hebat, pemudi berfikiran jauh, peniaga hebat. Otaknya bergeliga. Skill berniaganya sepatutnya melayakkan dia menerima darjah kebesaran. Strategi pemasarannya kelas antarabangsa. Sayang dia seorang wanita yang pentingkan hubungan keluarga.

Saya benci membaca betapa fitnah terhadapnya berleluasa dan diterima oleh orang kampung yang terlupa dia seorang anak yatim piatu yang sepatutnya dibantu. Saya benci mengenangkan sikap orang kampung yang prejudice kerana Mek Nah anak penari Mak Yong dari Siam. Saya marah membaca butiran fitnah yang dipanjangkan dari Mek Yah kepada anaknya Ramlah dan diteruskan pula kepada Dila. Ini keadaan biasa dalam scenario orang kita kan? Mek Nah bernasib malang dikelilingi lelaki-lelaki lemah, penindas perasaan.

Novel Mama ini memberi pembaca banyak sebab untuk berfikir supaya hidup dapat diteruskan dengan cemerlang tanpa tunduk kepada cabaran kecil besar. Saya bangga adanya wanita cekal, akal cemerlang seperti Mek Nah tetapi semua yang saya banggakan tidak dapat menandingi kecewa terhadap yang lain-lain tu. Sebagai manusia biasa saya harap yang jahat tu menderita namun saya sedar, hanya Allah layak membalas.


Lara Di Pinggir Sepi Rohani Din


Karya pertama karangan Rohani Din untuk saya. Walaupun di rumah ada novel Diari Bonda yang kelihatannya begitu rare dan ramai yang mencari, saya tidak boleh mula baca kerana.... saya hanya ada Diari Bonda 1 & 4. Nanti mesti stress sebab selepas DB1 mesti nak tahu apa yang jadi selanjutnya. Justeru, saya masih teruskan hunting dulu Diari Bonda 2 dan Diari Bonda 3.


Novel Lara Di Pinggir Sepi ini diterbitkan 10 tahun selepas Diari Bonda. Saya tidak pasti sama ada kedua-dua buku ini berkait sebab saya belum baca Diari Bonda, atau Lara di Pinggir Sepi mungkin 'summary' dari Tetralogi Diari Bonda. Saya hanya lapangkan minda seperti biasa sebelum mulakan pembacaan, tak mahu baca sinopsis atau review oleh pembaca yang lain.



Sungguh saya boleh faham dilema dialami oleh Rohani B (Anie Din) iaitu watak utama dalam buku ini. Hmmmm, of course, terus saya terfikir, adakah cerita ini sebuah kisah benar kehidupan penulis sendiri? Saya tidak pasti tapi nampak gayanya macam iya. Apapun, saya kasihan dengan watak utama yang perlu bekerja keras ke hulu ke hilir ke merata Singapore untuk mengajar orang mengaji sedangkan suaminya, lebih banyak duduk di rumah. Kerja memandu van jenazah yang dibuat oleh suaminya makin lama makin berkurang jadi banyak masa dihabiskan di rumah. Anak sulung Anie Din & Juhadie, Dini sudah berkahwin, jadi 3 orang anak iaitu Juhainie, Juhaidie dan Siti perlu dibiayai kos persekolahan dan makan minumnya. Itu pun lelah Anie. Tentulah, dia seorang yang berpeluh hari hari, naik bas turun MRT jalan kaki naik taxi.

Bila sudah masuk cerita Anie kerap balik ke Kedah / Penang untuk mengelolakan persatuan alumni sekolahnya dan majlis-majlis pertemuan, saya sudah mula rasa tak berkenan. Saya tidak faham, apasal Anie nak sibuk-sibukkan diri? Adakah ini sebagai satu cara melarikan diri dari kemelut dengan suami? Bila sudah terlalu kerap meninggalkan rumah dan menggunakan telefon rumah untuk urusan menjejak kawan-kawan lama sekolah, saya dah ada rasa bosan. Walaupun kadang kala rasa terhibur juga dengan telatah Anie, kawan-kawan lama dan guru-guru lama, saya rasa macam agak keterlaluan masa yang diluangkan di luar rumah sedangkan ada anak yang masih bersekolah di rumah... kasihan pula dengan Juhadie. Satu lagi, saya tidak pasti jika Anie minta kebenaran suaminya untuk keluar berjumpa macam-macam orang tu. Nampaknya, walaupun kelihatan pemalas untuk cari kerja yang benar-benar dapat meringankan beban isteri dan menyenangkan keluarga, lelaki ini seorang yang tebal sabarnya.

Beberapa mukasurat terakhir, saya betul-betl tak faham apa yang berlaku. Begitu tiba-tiba dan mendatangkan resah "ehhh.... what happen? Why?" Nampaknya macam ada sambungan pada buku ini.

Monday, January 15, 2018

Buku Teme Penulis Jalanan


Teme Abdullah's Penulis Jalanan


Yazlina's Short review

Best cerita santai ini puas hati dan bersyukur dipertemukan penulis cerdik bernama - samaran Teme. Walaupun ringkas dan diceritakan secara joking joking, saya fikir pengajaran yang diselitkan begitu mantap. Betapa kesukaran hidup seorang pelajar jauh di perantauan yang nekad, tidak mahu menyusahkan ibubapa malah dengan kawan rapat pun dirahsiakan kesulitannya... besar sungguh jiwa Teme. Elok sangat karya penulis-penulis seperti Teme diwar-warkan dan dipromosikan secara gegak gempita biar semua remaja dapat menghayati. Biar anak muda Malaysia lebih jitu semanhat juangnya, lebih luas fikiran walau hanya belajar dalam negara. Biar berfikiran panjang dan tidak mudah melatah biarpun diasak emosi dengan mainan muslihat dan kepura-puraan musuh dlm selimut seperti Orange.

Yang mencuit hati saya banyak, salah satunya appreciation terhadap Tun melata di dunia. Mukasurat 154 dlm buku PELUKIS JALANAN by TEME, venue: tebing River Thames. Lelaki Mat Salleh yg 'awed' dgn sketch Teme "...Saling bertukar-tukar cerita dan berkenalan ringkas. Lebih mengejutkan, lelaki tersebut mengenali individu yg bernama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan agak mendalam walaupun bukannya kenalan peribadi. Teme sangkakan Malaysia hanyalah sebuah negara yang terpencil dan tidak beberapa dikenali di mata dunia, tetapi tanggapannya berubah apabila berbual dengan jejaka ini".

Cinta Hilang Kata: Love You in Silence Lily Haslina Nasir


Cinta Hilang Kata: Love You in Silence

Kalaulah peristiwa dalam hidup ini boleh didelete, pause, rewind fast forward - NURUL MASMIN
Cara terbaik untuk jatuh cinta adalah mencintai seolah-olah aku belum pernah terluka sebelumnya. - RAIN AKHTAR

Hidup sengsara dirantai hutang, terasa nyawa terapung di awan. - AMIRUL

Perangai gedik tersudu-sudu, wajah indah jiwa celaka. Hak orang kalau kumahu, mencaras mencincang aku sanggup! - SABIRAH

ZAILI - Lagak gaya sejijik gagak, katanya propa, atmanya papa.

JAH GAYAH - Perempuan kejam menggenggam dendam, jiwa membusung busuk sezaman.

MAHYUN - Matanya liar berkesumat sihir, api neraka anggun di dada.
========
Yazlina's Short Review

Sangat puas hati membaca karya tebal Lily Haslina Nasir Cinta Hilang Kata. No doubt tebal bukan sebarang tebal, padat dengan ilmu yang bermacam; ilmu dunia, ilmu akhirat, ilmu resepi, ilmu berblog, ilmu beraksi di media sosial, ilmu menangani sihir, ilmu menulis, ilmu bercinta sudah tentu dan banyak lagi. Watak-wataknya semua power dan mempunyai peranan yang besar menjayakan kisah kehidupan yang penuh liku, duka, nista, fitnah, kasih suci, dendam kesumat, benci, iri .... banyak sungguh tak dannn nak senaraikan. Yang pasti buku ini sangat memberi pengajaran dan InsyaAllah akan memberi kesan positif baik kepada kami pembaca novel mahupun golongan penulis juga. Kekejian perbuatan orang-orang yang dirasuk amarah, iri dan dendam yang melampau, menyedihkan tapi tak dapat dinafikan, apalagi dengan kupasan serba jelas dan extensive oleh Lily melalui watak-wataknya. Pada pendapat saya juga buku ini amat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.

Lawak komen cyber warriors panjang lebar, topik problem hutang lah, AKPK lah, apa nak buat kalau jadik muflis lah, komen readers terhadap novel meletop dan novel tahap buang ke laut la, gossip bermacam tema lah.... pun boleh jadik peluru cerita ni. Gila banyak isu dan cabaran dalam bidang penulisan novel kat Malaysia saya dapat belajar. Kreatif betul, tak pernah saya baca buku yang macam ni. Percayalah, tak rugi spend masa baca buku Cinta Hilang Kata.

Yang paling saya suka ialah watak Ustaz Arif, dia cool dan awesome, tak perlu Lily describe dia punya kemacho-an pun. Apa yang dia buat dan cara dia bercakap saja cukup memberikan dia aura seorang lelaki sejati. Watak-watak utama dalam cerita ni ramai; Nurul, Ezah, Rain, Deens, Amirul, Wanie, Sabirah, Zaili, Kak Mun, Jah Gayah, Mahyun, Kak Melah... ramai kan? Semua ni bukan watak tunggul tau. Hebat sungguh Lily garap semuanya dalam sebuah cerita.

Mesti sebut, tabik spring utk Lily, speech melamar Rain Akhtar, sweet sangat tapi jitu hanya pencinta berilmu di dada dan di otak saja boleh sebut. "...I choose to love you in silence, for in silence I find no rejection. I chose to love you in your loneliness, for in your loneliness no one owns you, but me...". Kalau watak-wataknya berilmu, penulisnya apa lagi. Saya betul respect dan doakan dakwah Puan Lily diberkati terus dan mendorong banyak kebaikan dunia dan akhirat untuk Puan penulis.
 




Biografi Muhammad bin Abdullah


Biografi Muhammad bin Abdullah. Naskah Preloved. Condition-like new.
Kalau ada yang berminat, saya jual buku ini pada harga RM30 (harga kulit RM35). Pos RM9/RM15.



Saya mula baca buku ini 5hb. dan tamat 7hb. Januari 2018. Jujurnya saya turut terkejut dapat membaca begitu laju, maklumlah buku besar & berat mesti dibaca di posisi duduk tegak. Saya tahu ini buku sirah kehidupan insan paling mulia & ia buku sejarah jadi saya jangka ia bahan bacaan berat, rupa-rupanya saya silap. Nada santai, bahasa tidak berbelit-belit mahupun bersifat akademik menjadikan kisah-kisah yang diceritakan dapat difahami dan "appreciated" begitu mudah. Cerita-cerita yang menggambarkan peribadi, sifat Al-Sadiq Al-Amin, penderitaan dan kemelut cabaran berdakwah kepada kafir Quraisy dan kaum-kaum Yahudi, kucar kacir dan semangat juang tentera Islam waktu peperangan yang dipimpin oleh Muhammad SAW.

Yang paling menggetarkan bagi saya ialah kisah surat Nabi kepada Hercules Kaisar Rom, interview Hercules-Abu Sufyan, Peperangan Mu'tah antara 3000 tentera Islam dgn 200 ribu tentera Ghasasinah & Rom. "Jaafar bin Abu Talib menyambar bendera tentera Islam dan terus menyerang tentera Rom... Jaafar dikerumuni sehingga tidak mampu bergerak walaupun setapak kerana dihimpit...Jaafar turun dari kudanya dan berperang di bawah. Mereka berjaya memenggal tangan kanannya. Dia memegang bendera dengan tangan kiri pula. Mereka memenggal tangan kirinya dan dia memegang bendera dgn baki 2 tangan yang terpotong. Dia terbunuh dengan jasad terbelah dua dari bahunya".

Di Pendahuluan buku, saya tertarik dengan kenyataan "Inilah biografi Muhammad bin Abdullah yang menerangkan Islam dan peribadinya. ...Dengan memahami peribadi beliau, individu itu dapat nemahami al-Quran. Ini kerana banyak ayat al-Quran yang tidak dapat difahami nelainkan kita memahami faktor-faktor yang menyebabkan ayat-ayat itu diturunkan. Faktor itu ada pada sejarah hidup Muhammad bin Abdullah."

Buku yang sangat elok dibaca.

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...