Karya pertama karangan Rohani Din untuk saya. Walaupun di rumah ada novel Diari Bonda yang kelihatannya begitu rare dan ramai yang mencari, saya tidak boleh mula baca kerana.... saya hanya ada Diari Bonda 1 & 4. Nanti mesti stress sebab selepas DB1 mesti nak tahu apa yang jadi selanjutnya. Justeru, saya masih teruskan hunting dulu Diari Bonda 2 dan Diari Bonda 3.
Novel Lara Di Pinggir Sepi ini diterbitkan 10 tahun selepas Diari Bonda. Saya tidak pasti sama ada kedua-dua buku ini berkait sebab saya belum baca Diari Bonda, atau Lara di Pinggir Sepi mungkin 'summary' dari Tetralogi Diari Bonda. Saya hanya lapangkan minda seperti biasa sebelum mulakan pembacaan, tak mahu baca sinopsis atau review oleh pembaca yang lain.
Sungguh saya boleh faham dilema dialami oleh Rohani B (Anie Din) iaitu watak utama dalam buku ini. Hmmmm, of course, terus saya terfikir, adakah cerita ini sebuah kisah benar kehidupan penulis sendiri? Saya tidak pasti tapi nampak gayanya macam iya. Apapun, saya kasihan dengan watak utama yang perlu bekerja keras ke hulu ke hilir ke merata Singapore untuk mengajar orang mengaji sedangkan suaminya, lebih banyak duduk di rumah. Kerja memandu van jenazah yang dibuat oleh suaminya makin lama makin berkurang jadi banyak masa dihabiskan di rumah. Anak sulung Anie Din & Juhadie, Dini sudah berkahwin, jadi 3 orang anak iaitu Juhainie, Juhaidie dan Siti perlu dibiayai kos persekolahan dan makan minumnya. Itu pun lelah Anie. Tentulah, dia seorang yang berpeluh hari hari, naik bas turun MRT jalan kaki naik taxi.
Bila sudah masuk cerita Anie kerap balik ke Kedah / Penang untuk mengelolakan persatuan alumni sekolahnya dan majlis-majlis pertemuan, saya sudah mula rasa tak berkenan. Saya tidak faham, apasal Anie nak sibuk-sibukkan diri? Adakah ini sebagai satu cara melarikan diri dari kemelut dengan suami? Bila sudah terlalu kerap meninggalkan rumah dan menggunakan telefon rumah untuk urusan menjejak kawan-kawan lama sekolah, saya dah ada rasa bosan. Walaupun kadang kala rasa terhibur juga dengan telatah Anie, kawan-kawan lama dan guru-guru lama, saya rasa macam agak keterlaluan masa yang diluangkan di luar rumah sedangkan ada anak yang masih bersekolah di rumah... kasihan pula dengan Juhadie. Satu lagi, saya tidak pasti jika Anie minta kebenaran suaminya untuk keluar berjumpa macam-macam orang tu. Nampaknya, walaupun kelihatan pemalas untuk cari kerja yang benar-benar dapat meringankan beban isteri dan menyenangkan keluarga, lelaki ini seorang yang tebal sabarnya.
Beberapa mukasurat terakhir, saya betul-betl tak faham apa yang berlaku. Begitu tiba-tiba dan mendatangkan resah "ehhh.... what happen? Why?" Nampaknya macam ada sambungan pada buku ini.
No comments:
Post a Comment