I love to read. I love to write. Access to good books, time to spare to read great books, enjoying the warmth of hundreds of books a year is a blessing. Bacalah semua jenis buku dan novel supaya anda tahu memilih antara karya bernilai dengan karya picisan. Kekadang anda akan berjumpa dengan karya yang rasa macam nak di tong-sampahkan. Sharings on this blog are my very own, honest thoughts on my reads. Saya persembahkan nukilan lensa kreatif kritis Yazlina Saduri.
Monday, January 15, 2018
Biografi Muhammad bin Abdullah
Biografi Muhammad bin Abdullah. Naskah Preloved. Condition-like new.
Kalau ada yang berminat, saya jual buku ini pada harga RM30 (harga kulit RM35). Pos RM9/RM15.
Saya mula baca buku ini 5hb. dan tamat 7hb. Januari 2018. Jujurnya saya turut terkejut dapat membaca begitu laju, maklumlah buku besar & berat mesti dibaca di posisi duduk tegak. Saya tahu ini buku sirah kehidupan insan paling mulia & ia buku sejarah jadi saya jangka ia bahan bacaan berat, rupa-rupanya saya silap. Nada santai, bahasa tidak berbelit-belit mahupun bersifat akademik menjadikan kisah-kisah yang diceritakan dapat difahami dan "appreciated" begitu mudah. Cerita-cerita yang menggambarkan peribadi, sifat Al-Sadiq Al-Amin, penderitaan dan kemelut cabaran berdakwah kepada kafir Quraisy dan kaum-kaum Yahudi, kucar kacir dan semangat juang tentera Islam waktu peperangan yang dipimpin oleh Muhammad SAW.
Yang paling menggetarkan bagi saya ialah kisah surat Nabi kepada Hercules Kaisar Rom, interview Hercules-Abu Sufyan, Peperangan Mu'tah antara 3000 tentera Islam dgn 200 ribu tentera Ghasasinah & Rom. "Jaafar bin Abu Talib menyambar bendera tentera Islam dan terus menyerang tentera Rom... Jaafar dikerumuni sehingga tidak mampu bergerak walaupun setapak kerana dihimpit...Jaafar turun dari kudanya dan berperang di bawah. Mereka berjaya memenggal tangan kanannya. Dia memegang bendera dengan tangan kiri pula. Mereka memenggal tangan kirinya dan dia memegang bendera dgn baki 2 tangan yang terpotong. Dia terbunuh dengan jasad terbelah dua dari bahunya".
Di Pendahuluan buku, saya tertarik dengan kenyataan "Inilah biografi Muhammad bin Abdullah yang menerangkan Islam dan peribadinya. ...Dengan memahami peribadi beliau, individu itu dapat nemahami al-Quran. Ini kerana banyak ayat al-Quran yang tidak dapat difahami nelainkan kita memahami faktor-faktor yang menyebabkan ayat-ayat itu diturunkan. Faktor itu ada pada sejarah hidup Muhammad bin Abdullah."
Buku yang sangat elok dibaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim
Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...
-
Egois karya Norhayati Berahim. Seperti biasa, watak wanita cerita NB adalah seorang yang tidak terlalu jelita namun sedap mata memandang, ...
-
Ini review saya yang tak seberapa untuk cerpen-cerpen dalam buku Dia ... yang terpilih, straight from my heart. Cover buku ni cantik kan...
No comments:
Post a Comment