Monday, December 18, 2017

Hidup, Cinta, Takdir karya Ismi Fa Ismail

Hidup, Cinta, Takdir karya Ismi Fa Ismail

Novel yang serba lengkap & serba serbi cemerlang; pembukaan, plot, watak, kreativiti, konflik, penyelesaian, matlamat, pengajaran, penutup.... sangat awesome. Rasa segan nak review mengenai cerita-cerita yang disulam begitu cantik dan sempurna, semuanya telah lengkap di akhir kisah. Cara penulis mengaitkan hidup, cinta, takdir, mati, iman semua wataknya, bagi saya sangat istimewa. Bahasa juga mudah, tidak berbelit, smooth transition. Kisah-kisah yang dibangunkan begitu complicated tetapi entah macam mana dapat dijelaskan dengan teliti. Even sesuatu yang nampak remeh seperti keserasian nama-nama watak, Nazril-Najla, Joe-Ara, Nazril-Zulaikha.... cuba you all sebut, semua terjalin begitu indah dengan tali pengikatnya seorang insan bernama Kaseh. Saya rasa 'poetic' jalinan nama-nama tersebut.

Buku-buku seperti ini yang sepatutnya dijadikan bahan bacaan dan simpanan dalam koleksi anak muda malah warga matang macam saya yang suka baca novel cinta. Kita membaca bukan hanya untuk lepaskan batuk di tangga. Kita membaca untuk mencari sesuatu yang hilang. Kita membaca untuk mencari ketenangan, mencari gembira, mencari jalan keluar dari lara, mencari ilmu dunia, mencari jalan mendekati kebahagian akhirat, mencari maklumat, mencari cinta, macam-macam lagi kan? Pasti kita mendambakan buku yang dibaca sukakan kita sebagaimana kita suka buku. Teruskan mencari dan membaca buku-buku yang memberi kita manfaat. Namun mesti ingat, jika kita tidak baca, kita juga tidak tahu sama ada buku itu best atau tidak. Jadi, baca lah.

Cinta itu indah. Ianya pemberian. Mati, walaupun membawa kesedihan dan mungkin kekecewaan kepada yang hidup, percayalah, ia tidak harus dijadikan penyebab untuk hidup derita, pulang ke Rahmat-Allah itu pasti.

No comments:

Post a Comment

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...