Monday, May 23, 2016

Curahan Cinta Niagara Maya Iris

Curahan Cinta Niagara oleh Maya Iris
Get your copy from Kedai Buku Saduri


Klik sini untuk ke FB page KedaiBukuSaduri

Another bestseller read Curahan Cinta Niagara by Maya Iris. Totally heart warming, soothing, worth my every minute. My 2nd Maya Iris after Kuseru Namamu Kekasih, this one is more intense, gripping with subtle suspense, endearing with very likeable leading characters, absolutely romantic....Very funny is the way Farhan tolerates Mira's craving for all sorts of food during her first few weeks of pregnancy; Bakhlava, Basbousa, jeruk mangga asam boi, sambal ijau, sambal bajak..♡♡Baba Rozwan Abdul Majid.. .Mama pun terasa nak makan ni juga la 😍😍 Boleh ke tolong carilah esok lusa ni 😁.

I truly feel close to my heart Mira's mantra "Aku dekat, Kau dekat". What this means? 
Read the book to know ☆☆☆☆☆

Nak beli tak buku Curahan cinta Niagara karya Maya Iris? 



Saya ada stock (setakat hari ini).
Boleh contact Kedai Buku Saduri melalui FB di sini




Saturday, May 21, 2016

Guy next door Rose Harissa



Jom beli buku Guy Next Door atau Serasi di hati (limited edition) karya Rose Harissa dari Kedai Buku Saduri. Macam mana nak beli?  Mudah je ....PM kami kat sini










Guy Next Door

This is really a splendid Saturday read after a hectic work week. The main characters Kris and Adam, they are simply awesome. Cerita bersandarkan kisah yang sebenarnya biasa saja, jejaka baik hati yang simple tak suka berlagak jatuh cinta dengan anak dara jirannya yang ego sikit besar; maklumlah anak tunggal yang ada boyfriend anak Datuk. Namun, cara Rose Harissa melakarkan senario dengan watak-watak yang sangat kejap peribadinya, sungguh memeranjatkan. Entah apa yang saya harapkan pabila mula membaca pagi tadi, lagi-lagi tengok cover yang sah beri hint yang cerita ni kisah cinta anak muda. Sekali lagi saya terkejut burung enggang, lantas lima bintang untuk buku ni bagi saya "well deserved". Berdasarkan novel ini Rose Harissa di mata saya bagaikan bintang yang bersinar amat mengagumkan di kalangan novelis Melayu.



Berpotensi besar sebagai novelist yang boleh mencipta nama di peringkat antarabangsa. Sejak lebih 15 novel yang saya baca dalam masa 3-4 bulan ni, rasanya karya yang ini adalah top 3 yang saya rasa puas hati baca. Gaya bahasa, pengajaran yang sarat bersulam dengan kisah cinta muda mudi twenty plus, saya macam terbayang Rose Harissa seorang bijak pandai yang bukan dari spesies menggedik bagai. Banyak pula disisipkan adengan kasih membawa ke syurga antara ibu dan anak. Ada pula bait kata yang dalam maksudnya diucapkan oleh sang ibu kepadda anak kesayangan sebelum tragedi ...."Don't look for a soul mate my dear. Make one out of the complex fabric of the human being already with you". Pasti tidak mudah mencipta dan menzahirkan watak yang cukup berkaliber hingga boleh mengeluarkan ayat macam tu. Kris yang blur dan sentiasa ketinggalan dengan berita-berita sensasi sebab malas nak ambil tahu hal sekeliling, dipadankan dengan Adam anak bongsu manja super berbakat kreatif overachiever sampai ditawarkan kerja oleh syarikat gergasi California, sangat ngam. Tau-tau habis dah bukunya dengan ending yang super sweet.




Bercinta selepas kahwin.... kalau saya nak percaya bulat-bulat kepada buku ni, pasti sangat best dan berbaloi. Apa lagi siap ada lirik lagu evergreen favourite saya "Can't take my eyes of you". Tak sabar nak baca lagi novel karya Rose Harissa.

Nak baca buku Guy Next Door karya Rose Harissa? Boleh beli dari Kedai Buku Saduri.
Mudah je nak beli....PM kami kat sini






Saturday, May 7, 2016

Novel Cinta Romantis Takdir itu Milik Aku Siti Rosmizah




Sejak semalam baca ni pulak...Takdir itu Milik aku. Haiiii siapa hati keras memang mesti tertekan baca buku ni. Sangat menyengat dengan watak Dian Zara yg hidupnya sangat daif dan naif lagi namun amat ceria lawak; saya sayang sangat denga Dian. Lagi? Rasa tertekan emosi, benci marah bengang dan geram sangat dengan si lelaki berlagak bagus Kapten Zarif Adha. Tapi tu lah satu saya tak suka nak baca buku tulisan Siti Rosmizah, bila dah mula memang susah sangat-sangat nak stop, rasa tak nak lepas biarpun jam mlm tadi dah dekat pukul 2a.m.



Ni dah sampai three quarter, memang tak langsung menyesal baca. Best giler. SR ni memang truly terror tulis buku yg boleh buat org nangis. Dalam sangat derita Dian. Marina Abdul...you dah baca yg ni lum? ☺ Padan padan padan muka si Zarif dengan maknya yang tak berhati perut mendera Dian. Lepas ni tak pastilah whether I'd be happy with the book and it's ending anymore. Maklumlah, si Zarif yang dah hampir mati dalam kemalangan dah menyesal bla bla bla. Tapi really, mana mungkin saya stop sekarang. Nak tahu juga what happen. Terpaksa habiskan juga buku ni.
=====================

4 hours later.......

Dah selesai baca Takdir itu Milik Aku malam tadi pukul 2.15am. Kiranya ini buku Siti Rosmizah yang ke-5 ku baca selepas 7 Hari Mencintaiku, Lafazkan Kalimah Cintamu, Andai itu Takdirnya 1, Andai itu Takdirnya 2. Yup, suka juga buku ni; the characters so well defined, the conversations and scenes had such amazing flow I couldn't stop reading hoping & hoping that the wife in this story would really finally get her divorce and marry someone else and leave the husband crying his heart till the end of his miserable life. Hasn't he paid enough for being such an awful #@# towards his wife and son? Nope, not to me.

======================

Ok, siapa nak beli buku ni saya nak jual preloved. Whatsapp untuk check harga 0129081772. Atau boleh juga like FB page Kedai Buku Saduri untuk tengok apa lagi novel best seller sekarang.

###############################################################################

Anda ni peminat novel cinta romantis ya? Nak beli buku online tak? MUDAH. MURAH. CEPAT DAPAT. 

Agaknya minat tak baca buku ni? Nak baca sinopsis? Klik sini jer 


Kalau nak beli Dreamcatcher karya Maya Adira online boleh klik sini. Nanti terus transfer payment online dan tunggu buku dihantar depan pintu.







Wednesday, May 4, 2016

Semangat Hutan Ramlee Awang Murshid


Satu lagi buku karya novelist terkenal Malaysia siap ku baca. Semangat Hutan tulisan Ramlee Awang Murshid....dapat kufaham mengapa ia menjadi antara buku bestseller pada zaman kegemilangannya...(watak utama seorang penulis untuk akhbar BACARIA) :-)



RAM sememangnya seorang penulis yang bukan main-main. Bukunya tergolong dalam genre fiction thriller tetapi kisah nukilannya sangat "realistic" dan watak-watak yang dibangunkan juga membawa sifat, naluri dan perasaan manusia biasa yang bukan sempurna atau persis malaikat. Ramlee Awang Murshid ni bagi saya penulis yang benar-benar kreatif tapi juga benar-benar komited untuk menghasilkan tulisan berkualiti, bukunya disemak amat teliti, entah macam mana saya tak ingat ternampak typo error atau penggunaan bahasa yang tak kena. Can't say the same about quite a few Malay novels I've previously read. My impression on his work after this read, kalau nak baca cerita bunga-bunga, nak dibuai dengan kisah yg membawa happy ending siap pula disimpulkan dengan episod kurang logik tapi bikin hati berlagu riang, jangan baca buku RAM ... rasa saya lahhh.

Lepas ni nak baca pula Tombiruo Terakhir.

Anda juga peminat ramlee Awang Murshid?
Jom beli buku RAM online.....CEPAT SAMPAI, MUDAH, TAK lah MAHAL pun :-)

Tak biasa beli online? Boleh jer beli dari Kedai Buku Saduri. Kadang-kadang kami beri diskaun atau hadiah buku percuma. Jom follow !!!!





Pergilah air mata Hanni Ramsul




Saya sangat suka novel ni. Pertama kali baca karya Hanni Ramsul dan saya dah jatuh cinta. Pergilah air mata pastinya novel Melayu paling best untuk saya. Sebab? Kisah Sabrina yang dipaksa oleh Datuk Hamidi utk kahwin dgn anaknya Badrul lepas ditangkap khalwat. Cliche-kan? Nope. Jauh sekali. Malah sangat lain saya rasa berbanding novelx2 yg sebelum ni pernah saya baca. Ceritanya ada konflik yg cukup untuk menimbulkan amarah, kisah pilu bersalut pasrah bersulam hati yg bersih dan niat yg suci lantas berserah seadanya....Reaksi membenci dan berdendam atas lantunan ombak salah faham, walaupun buat saya geram tapi nyata sesuai dengan naluri manusia biasa.

Menjiwai watak-watak dlm Pergilah Air Mata dan membiarkan jiwa berbolak balik dibuai benci dan sayang malah respect, terasa begitu "natural". Ternyata sesebuah kisah tidak perlu terlalu extreme dengan emosi negatif untuk dijiwai sepenuh fikiran. Teringat betapa bengang saya selepas membaca AIT2 karya SR. Right after AIT yg saya suka habis, AIT2 merentap suka tersebut dgn kejam. Saya tak boleh terima bila isteri yg telah dikejami emosinya dan dibelasah sampai membawa kematian dua orang anak sendiri, akhirnya suami tersebut dimaafkan dan diterima semula; jauh dari logik dan kemampuan manusia biasa pada saya. Saya masih respct SR kerana cara bercerita beliau yg awesome cool menggamit minat saya utk terus baca novel, tapi marah sangat sampai tak selera nak review buku AIT2.

Semua (atau hampir semua) fiction berakhir dgn gembira, namun jalan ke arah happy ending tersebut yg membezakan best atau tak bestnya. Pergilah Air Mata sangat best.

Saya biasanya akan tulis review pendek untuk buku & novel yang saya dah baca. Mungkin boleh jadikan serba sedikit panduan sebelum Cik decide buku apa nak baca hujung minggu ni. Tahun ni kena bergegas untukk capai Goodreads challenge 30 buku. Jom lah become my FB friend wink wink

Yang ni preloved copy dah ada kawan beli. Kalau Cik nak baca, boleh beli yang baru. Ada jual di Kedai Buku Saduri. Follow atau PM kami di FB atau whatsapp saya 012-9081772 untuk beli




Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...