Wednesday, May 4, 2016

Pergilah air mata Hanni Ramsul




Saya sangat suka novel ni. Pertama kali baca karya Hanni Ramsul dan saya dah jatuh cinta. Pergilah air mata pastinya novel Melayu paling best untuk saya. Sebab? Kisah Sabrina yang dipaksa oleh Datuk Hamidi utk kahwin dgn anaknya Badrul lepas ditangkap khalwat. Cliche-kan? Nope. Jauh sekali. Malah sangat lain saya rasa berbanding novelx2 yg sebelum ni pernah saya baca. Ceritanya ada konflik yg cukup untuk menimbulkan amarah, kisah pilu bersalut pasrah bersulam hati yg bersih dan niat yg suci lantas berserah seadanya....Reaksi membenci dan berdendam atas lantunan ombak salah faham, walaupun buat saya geram tapi nyata sesuai dengan naluri manusia biasa.

Menjiwai watak-watak dlm Pergilah Air Mata dan membiarkan jiwa berbolak balik dibuai benci dan sayang malah respect, terasa begitu "natural". Ternyata sesebuah kisah tidak perlu terlalu extreme dengan emosi negatif untuk dijiwai sepenuh fikiran. Teringat betapa bengang saya selepas membaca AIT2 karya SR. Right after AIT yg saya suka habis, AIT2 merentap suka tersebut dgn kejam. Saya tak boleh terima bila isteri yg telah dikejami emosinya dan dibelasah sampai membawa kematian dua orang anak sendiri, akhirnya suami tersebut dimaafkan dan diterima semula; jauh dari logik dan kemampuan manusia biasa pada saya. Saya masih respct SR kerana cara bercerita beliau yg awesome cool menggamit minat saya utk terus baca novel, tapi marah sangat sampai tak selera nak review buku AIT2.

Semua (atau hampir semua) fiction berakhir dgn gembira, namun jalan ke arah happy ending tersebut yg membezakan best atau tak bestnya. Pergilah Air Mata sangat best.

Saya biasanya akan tulis review pendek untuk buku & novel yang saya dah baca. Mungkin boleh jadikan serba sedikit panduan sebelum Cik decide buku apa nak baca hujung minggu ni. Tahun ni kena bergegas untukk capai Goodreads challenge 30 buku. Jom lah become my FB friend wink wink

Yang ni preloved copy dah ada kawan beli. Kalau Cik nak baca, boleh beli yang baru. Ada jual di Kedai Buku Saduri. Follow atau PM kami di FB atau whatsapp saya 012-9081772 untuk beli




No comments:

Post a Comment

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...