Jom beli buku Guy Next Door atau Serasi di hati (limited edition) karya Rose Harissa dari Kedai Buku Saduri. Macam mana nak beli? Mudah je ....PM kami kat sini
Guy Next Door
This is really a splendid Saturday read after a hectic work week. The main characters Kris and Adam, they are simply awesome. Cerita bersandarkan kisah yang sebenarnya biasa saja, jejaka baik hati yang simple tak suka berlagak jatuh cinta dengan anak dara jirannya yang ego sikit besar; maklumlah anak tunggal yang ada boyfriend anak Datuk. Namun, cara Rose Harissa melakarkan senario dengan watak-watak yang sangat kejap peribadinya, sungguh memeranjatkan. Entah apa yang saya harapkan pabila mula membaca pagi tadi, lagi-lagi tengok cover yang sah beri hint yang cerita ni kisah cinta anak muda. Sekali lagi saya terkejut burung enggang, lantas lima bintang untuk buku ni bagi saya "well deserved". Berdasarkan novel ini Rose Harissa di mata saya bagaikan bintang yang bersinar amat mengagumkan di kalangan novelis Melayu.
Berpotensi besar sebagai novelist yang boleh mencipta nama di peringkat antarabangsa. Sejak lebih 15 novel yang saya baca dalam masa 3-4 bulan ni, rasanya karya yang ini adalah top 3 yang saya rasa puas hati baca. Gaya bahasa, pengajaran yang sarat bersulam dengan kisah cinta muda mudi twenty plus, saya macam terbayang Rose Harissa seorang bijak pandai yang bukan dari spesies menggedik bagai. Banyak pula disisipkan adengan kasih membawa ke syurga antara ibu dan anak. Ada pula bait kata yang dalam maksudnya diucapkan oleh sang ibu kepadda anak kesayangan sebelum tragedi ...."Don't look for a soul mate my dear. Make one out of the complex fabric of the human being already with you". Pasti tidak mudah mencipta dan menzahirkan watak yang cukup berkaliber hingga boleh mengeluarkan ayat macam tu. Kris yang blur dan sentiasa ketinggalan dengan berita-berita sensasi sebab malas nak ambil tahu hal sekeliling, dipadankan dengan Adam anak bongsu manja super berbakat kreatif overachiever sampai ditawarkan kerja oleh syarikat gergasi California, sangat ngam. Tau-tau habis dah bukunya dengan ending yang super sweet.
Bercinta selepas kahwin.... kalau saya nak percaya bulat-bulat kepada buku ni, pasti sangat best dan berbaloi. Apa lagi siap ada lirik lagu evergreen favourite saya "Can't take my eyes of you". Tak sabar nak baca lagi novel karya Rose Harissa.
Nak baca buku Guy Next Door karya Rose Harissa? Boleh beli dari Kedai Buku Saduri.
Mudah je nak beli....PM kami kat sini
No comments:
Post a Comment