Tuesday, October 31, 2017

Pengakhiran yang sungguh tidak ku duga dalam Princess Bikash Nur Idris




Awal pembacaan rasa sedikit kebosanan, ahhh saya fikir, 'ini cerita budak hingusan'. Wordings pun sempoi, latar kejadian kat Melaka kan, jadi ada jugalah sikit-sikit telo orang Melaka dari mulut burung kelicap Ira. ada satu perkataan ni yang saya kurang faham maknanya tapi diguna berkali-kali "Geno". Apa tu?

Cerita Princess karya Bikash Nur Idris, banyaknya adengan lucu yang dibawa Ira dan Izat. Masing-masing nakal, periang, keras kepala, memang kena buku dengan ruas. Ira anak yang dimanjai, kawan yang disayanhi, kasihan juga sebab tak dapat kasih sayang seorang bapa namun misinya untuk menyenangkan semua orang kecuali Izat. Terhibur juga dengan telatah mereka. Lawak juga dengan situasi ibu masing-masing yang komited nak couple kan Ira dan Izat. Akhir cerita, langsung tak disangka. Keputusan Izat untuk menikahi Ira walaupun tahu jodoh mereka di dunia tidak lama, sesuatu yang mengundang pilu di hati. Izat yang dulunya playboy telah tumpas dek panahan cinta seorang gadis periang yang rupanya memendam derita dalam hati. Kuatnya gadis itu. Ira yang semacam sudah diberitahu dengan jelas apa yang akan terjadi pada tanggal 4 September, sempat menulis surat kepada teman karibnya Aiza, ibu tirinya dan suami yang dicintai sepenuh hati. Penerimaan Izat terhadap kesudahan hayat isterinya hanya bertahan 2 tahun sehingga .... Sedihnya...

Harga Sebuah Maruah Azizi Haji Abdullah



Korang jemu asyik baca novel cinta lovey-dovey? Sesekali ingin rasa asah minda dengan baca buku bertema kehidupan orang kampung yang tinggalnya nun di utara tanah Semenanjung yang hidup dan matinya biar bergelumang, berkasih sayang dengan padi? Harga sebuah maruah karya Azizi Haji Abdullah pasti salah sebuah buku yang saya tak reti nak baca sambil lewa, entah kenapa skill skimming saya tak lut dengan buku ni.Bila dah mencecah separuh buku, lagilah... hampir setiap baris menggendong hiba, mendukung geram, menatang sayu. Kata Mak Cak kepada Hijrah pemuda 30an yang dikata orang 'bodoh-bodoh alang, lembik lempam dan kalap itu, "Ini sawah pusaka datuk nenek kita. Mak pinta satu, jangan hendaknya engkau menjadi orang yang terlampau kurang ajar berbicara dengan orang lain, tetapi lakukan kurang ajar jika maruah engkau, maruah sawah kita dicabar".

Kenapa kejamnya kita yang bergelar manusia berakal ini? Bongkak dan buta hati. Padi yang sudah tunduk masak tunggu masa nak dituai juga ingin disodok? Ke mana peri kemanusiaan kita? Habis pokok tebu, rumpun pisang, pegaga yang segar bugar di ranapnya. Apalah celaka si bangsat yang berselindung di sebalik undang-undang (Akta Pengambilan Tanah), kononnya nak buat projek untuk manfaat awam, sebenarnya bukankah poket penuh, untung besar yang jadi tonggak perbuatannya? Orang kampung yang gelap mata dek disogok duit dua tiga ribu serelung? "...buat apa kita susah-susah, ini keputusan pihak berkuasa". Haiii, sedihnya. Dijanji bayar pendahuluan RM5000, sampai tok imam yang dah umur tujuh puluhan tu pun bertukar rentak, ubah fikiran, tak mahu dah mempertahankan sawahnya. Mungkin sudah letih menentang, tak mahu terus dipanggil pembangkang yang menyekat 'pembanggunan'. Buat kata Hijrah, "Tuan-tuan tahukah, RM5000 hangus di pasar malam begitu saja. Tapi sawah tuan-tuan, mana nak cari?".

Di sebalik seriusnya kisah kehidupan insan-insan teraniaya yang diungkap Azizi Haji Abdullah melalui buku Harga Sebuah Maruah, ada begitu banyak pengajaran, ilmu petani yang entah tak tahu di mana lagi boleh kita perolehi. Sungguh saya tidak pasti betul atau fiksyen kisah Tok Kassim tentang kalendar piama yang mana orang dulu-dulu buat sawah bendang, roh sawah, nama-nama bintang yang disesuaikan dengan nama tahun; Cut, Celu, Kan, Thok, Merong, Mesing, Memih, Memia, Wok, Reka, Cor, Kun. ... bahasa yang dari satu tamadun yang pernah bertapak di Utara Semenanjung dan Thailand, "... dari 24 hari bulan 10 hingga 23 hari bulan 11, berbetulan bulan Akrab ialah bulan 12 piama bendang. Bulan ini mula bunyi burung ruak-ruak, alamat sudah akhir piama bendang", ...15 hari bulan 5 dan 15 hari bulan 10, ada atau tidak apabila matahari tegak di atas kepala, ketika rembang,... bayang kau resap dalam badan". Betul atau cuma dongeng nak sedapkan cerita? Penulis mungkin yang paling sesuai menjawab. Adalah juga sedikit rimas bila ayat-ayat atau description yang serupa diulang-ulang sepanjang cerita, namun itu isu ringan teknikal dan mungkin juga sengapa dibuat begitu oleh Azizi Haji Abdullah. Biar menyerap dalam jiwa pembaca.  Apapun, saya fikir buku ini; kandungannya, semangatnya, implementasinya terbaek.

Harga sebuah maruah sangat elok dibaca generasi muda apatah lagi yang tidak kenal rupa sawah bendang, bau selut, semangat padi.

Sunday, October 29, 2017

Apa ada pada Beruk Azizi Abdullah



Tema cerita beruk adalah hubungan manusia dengan beruk dan manusia dengan manusia. Tak menarik? Mungkin sedikit kurang dari sudut keterujaan, maklumlah, siapa nak kesah seorang anak yatim miskin yang harus bekerja untuk menyara kehidupan beliau dan ibu yang lumpuh. Siapa nak ambil pusing kisah seorang anak 10 tahun (atau 11) bernama Alias yang terpaksa mengharapkan beruknya si Pon untuk turunkan kelapa tua, dibayar upah RM15 untuk seratus lebih biji kelapa? Saya baca buku Beruk ni kerana pengarangnya ialah Azizi Haji Abdullah.

Selepas selesai membaca, saya rasa sedikit kesal. Kenapa? Kenapa pendek sangat? Terasa tidak puas membaca kisah Alias. Saya masih ingin menyelami gelojak jiwa Alias. Saya nak tahu apa lagi yang bermain di fikiran Alias tentang ibunya, tentang tanggungjawab yang terpaksa digalasnya, pandangannya terhadap sekolah, kenapa dia tak marah kepada Cikgu Sunan. Terjentik kuat jantung saya baca betapa bangang dan bodohnya Cikgu Sunan yang menampar kuat telinga Alias bila dia diberitahu Alias lewat pergi sekolah sebab mencari beruknya yang hilang. Pendek sungguh ke akal seorang bernama Cikgu Sunan tu? Tak boleh ke siasat dulu, tak boleh ke tanya elok-elok? Alias kan budak baik, Alias kan cerdik Matematik, seorang budak kampung yang pasti sesiapa pun boleh tahu dari keluarga susah, pasti ada sebab kukuh mengapa dia lewat atau tak datang sekolah. Kenapa cikgu berpengalaman seperti Cikgu Sunan tak boleh nak kawal mulut, kawal tangan, kawal marah? Kebanyakan kita pun agaknya singkat akal dan panjang nafsu amarah macam Cikgu Sunan. Sedih kan? Malu lagi lah. Berapa ramai lagi anak sekolah di kawasan pendalaman yang terpaksa lalui pengalaman getir macam Alias?

Penghujung cerita, saya jadi hiba. Sedih dan rasa nak menangis, geram mengenangkan realiti kehidupan orang susah, orang teraniaya, orang baik yang sering kalah dengan orang jahat. Anda pula bagaimana agaknya? Adakah cerita Beruk karya Azizi Abdullah ini akan menyebabkan anda sedih, atau tak cukup untuk hati berdetik geram pun. Cari lah buku Beruk tulisan Azizi Abdullah, kemudian baca dan kongsi pendapat anda.

Buku yang baik macam Beruk, entah kenapa susah benar nak jumpa di kedai buku main stream. KedaiBukuSaduri kedai buku online ada juga menjual novel Beruk oleh Azizi Abdullah tapi kena check dulu bila nak beli, kot kot sudah kehabisan stock.
Boleh juga contact saya melalui private message dekat akaun Instagram Kedaibukusaduri.



Saturday, October 28, 2017

Kasih untuk suami dah kurang? Baca Di Sini Jatuh Cinta

Saya rasa Di sini jatuh cinta sangat awesome.


Sebàbnya; Adda watak wanita yang cool, seharusnya jadi idaman lelaki baik-baik. Walaupun Adda mungkin bukan seorang wanita yang berjiwa besar, pendiriannya kukuh. Sebaik saja mendapat tahu Azman curang terhadapnya, dia nekad untuk minta dilepaskan. Walaupun sayang masih ada untuk Azman yang dinikahi kerana cinta, dia teguh dengan pendirian untuk menutup peluang Azman kembali padanya. Selembut-lembutnya hati seorang Adda, sekali sudah ditipu, dia tak akan mahu ditindas lagi. Adda juga anak yang sangat baik. Rela mengahwini abang tiri untuk tidak menyebabkan secarik kecewa di hati ayah dah ibu tirinya.

Novel Di sini jatuh cinta ini memang tidak sesuai untuk remaja yang belum bernikah, sebab banyak juga adengan SX. Sikap berani Adda menggoda suaminya untuk determine betul atau tidak Huzairi mampu membahagiakan dia sebagai isteri, bagi saya 'braavo'. Adda seorang yang profesional di tempat kerja dan bukan wanita gedik yang konon bertudung bagai tapi dengan lelaki handsome buat jinak-jinak merpati atau malu-malu kucing gersang. Adda hanya menggatal dengan suami yang sah, dan bukan di depan orang pun, hanya di bilik tidur atau tempat yang hanya ada mereka berdua.

Huzairi memang bikin saya bengang awalnya dengan perangai dia yang suka menyakitkan hati Adda dan tanpa sedar melukakan hati ibunya. Namun begitu, Huzairi masih seorang pekerja yang profesional dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan isteri.

Mungkin tak begitu adil untuk tinggikan sangat taraf Adda dan Huzairi, penulis Sarnia Yahya beri muka kat mereka kot? Tapi saya rasa tidak. Kedua-dua Adda dan Huzzairi masih diganggu orang ketiga, tetapi mereka teguh untuk tidak tersasar. Saya rasa keadaan ini logik, ramai di luar yang macam tu. Mungkin didikan mereka elok, mungkin mereka memang tak berniat nak jadi orang jahat, mungkin juga naluri manusia biasa adalah ke arah kebaikan.

Bagi saya novel ni sangat best sebab ia memberi tujahan padu untuk isteri berfikir semula jika dah lama tak melayan suami dengan cara yang sepatutnya dan suami juga ada niat nak buat tak betul menganiaya perasaan isteri. Cinta suami isteri yang berpaksikan kejujuran, kasih untuk ibu bapa dan cinta terhadap Allah sebenarnya jauh lebih indah dan membahagiakan berbanding kisah couple romantik yang bersandarkan rupa paras, harta dan berahi saja.

Satu ayat yang saya rasa sesuai untuk terangkan rasa hati selepas baca novel Di sini jatuh cinta karya Sarnia Yahya: i love you sangat-sangat hubby.

Kedai Buku Saduri online ada banyak lagi novel preloved untuk dijual tau. Saya juga ada novel Acik Lana Akadku yang terakhir. KLIK SINI untuk pm saya kat facebook

RM15 sebuah untuk semua tajuk di bawah:- Pos RM8/RM12

🌷Konspirasi Suami - Maya Iris
🍂Curahan Cìnta Niagara - Maya Iris
🍀M.A.I.D. - Suri Ryana
🏵Dia Semanis Honey - Dila Dyana
🍀Takdir Fitrah Terindah - Hanis Azla
🍂Anugerah Terindah - Sophilea
🥀Misi Cinta Mr Bad Guy
🐛Misi Menantu Mr Bad Guy
🌹Kekasih Halal
🌼Kau, Aku, Kita
💮Demi bahagia ini
🌻Cerita cinta kita

Kalau minat boleh pm Facebook page Kedai Buku Saduri online atau page Instagram KedaiBukuSaduri




Friday, October 27, 2017

Kata Norhayati Berahim... Hujan Pun Menari



Apa pengakhiran kisah Muna Qurban? Adakah Muna akan meneruskan pertunangan dengan Danial kerana tak sampai hati lukakan hati Pak Lang dan Mak Lang yang banyak berjasa pada keluarganya? Qurban pula, adakah akan berkahwin dengan Siti yang pandai menggoda dan berfikiran terbuka?

Novel NB sinonim dengan perwatakan wanita-wanita kuat, bersemangat jitu, berwawasan, disenangi dan berhati lunak. ... Hujan pun menari menawarkan kita Muna yang serba sederhana namun sempurna di mata ayah, umi, temam-teman sepermainannya Qurban dan Dol Azim. Kekuatan Umi mengalir tenang dalam tubuh Muna. Biar dicemuh si Tuminah yang bermula-muka dan berdengki, hati pula seting memberontak marah dan membenci ibu tiri yang sombong, Muna terus tenang melayari hidupnya. Sejak diringgalkan ayah tersayang sewaktu Muna hampir menduduki peperiksaan penting, Muna terus kukuh menjadi dinding buat Uminya bersandar. Saya suka watak Muna.

Aminah si ibu tiri, haiii memang geram betul dengan ustazah yang yang yok ni. Entah disampuk jin apa lah, perangai tak serupa orang waras. Suami yang baik hati, madu yang tak gemar bergaduh dan jenis tak berkira, diasaknya dengan macam-macam tekanan. Memang Aminah watak jahat yang sempurna. Danial pun saya getam juga, tapi watak dia tak berapa menyengat sebagai penjahat, mungkin diselaputi sikap pengecutnya, pandai cakap jer.

Qurban? Beliau teman Muna sejak kecil. Masing-masing menyayangi dan mengambil berat tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kasih dan sayang yang terbina begitu lama bukan bersandarkan rupa, harta atau nafsu, hanya keikhlasan. Betapa luhur dan indah perasaan yang meteka kongsi dalam diam. Badai datang dan pergi, tali sayang yang mengikat Muna dan Qurban telus dan semakin kukuh hingga mereka dewasa.

Saya jadi terkedu membaca sajak yang dinukilkan Qurban kepada Muna dalam buku cantik bergambar rama-rama untuk menyejukkan rawan di hati Muna yang baru kehilangan ayahnya Ustaz Jalil. Sungguh syahdu dan teramat indah bagi saya. Pandainya NB menyulam kata-kata ini sesuai dengan senario;-

"Muna, Allah tidak menjanjikan hari-hari yang kita lalui tanpa diduga. Bahkan kita tahu juga, Allah tidak pernah menjanjikan yang siang mataharinya terus bersinar, bagkan Allah tidak pernah berjanji yang hujan tidak akan turun di siang hari. Tetapi Allah menjanjikan kekuatan dan ketabahan buat kita semua. Allah telah menetapkan segala ganjaran.

Muna...
Kenapa kita menutup mata ketika sedang tidur, ketika kita menangis, ketika kita sedang memikirkan sesuatu? Kerana, hal-hal yang paling indah dalam hidup jarang kelihatan. Memang sesuatu yang manis jarang mahu kita tinggalkan. Orang yang kita sayang jarang kita lepaskan. Melepaskan bukan bermakna kita melupakan. Ianya tetap kekal. Di dalam hati, di dalam sanubari.

Muna...
Sabar dan tabahlah..
Dan setiap kali datangnya siang, setiap kali terbangun... ingatan aku tetap terhadap kau. Tidak ada apa yang dapat kuberi pada kau. Kecuali buku dan pen ini. Aku teringat kata-kata kau satu ketika dahulu. Berceritalah dengan diri sendiri, supaya kesedihan itu dapat diharung.

Muna...
Aku sayangkan kau dan aku selalu berdoa untuk kau..."

How sweet is that from a 17 year old? NB juga dalam Hujan Pun Menari, kongsikan satu lagi world class knowledge untuk kita. Kalau dalam Egois, NB kopek dunia seirang remisier, dalam Hujan Pun Menari, kita disajikan ilmu perniagaan perkapalan. Sambil Pak Lang Muna bercerita mengenai selok belok perniagaan perkapalannya, kita pun dapat ilmu. Sesuatu yang kita mungkin tak akan tahu melainkan memang kita baca buku atau rencana korporat yang khusus pasal commercial shipping.

Dari segi teknikal, rasanya cerita Hujan Pun Menari ni boleh dikurangkan sedikit jumlah mukasuratnya, agak ketara ada pengulangan ayat dan keterangan. Saya juga kurang faham kenapa agak banyak conversations dalam bahasa inggeris. Buat saya fikir, tak sempat nak translate ke? hihi... Namun pesanan yang tersingkap dalam lipatan kisah kehidupan sebuah keluarga yang tak kaya namun tidak miskin, watak utama wanita yang tak jelita namun manis wajahnya, watak utama lelaki yang tak sado (sempat pula NB describe Qurban sebagai 'dah tumbuh jerawat mukanya') namun gagah, "sejuk perut emak yang mengandungkannya", ... Ini bukan buku yanf menjaja cerita murah yang kuat berbunyi macam tin kosong. Hujan pun menari adalah karya yang sangat baik. Novel Hujan Pun Menari harus anda baca jika anda peminat Norhayati Berahim.

Saya ada satu naskah untuk dijual sekarang kalau minat.

Wednesday, October 25, 2017

Novel Norhayati Berahim bertajuk Egois

Egois karya Norhayati Berahim.

Seperti biasa, watak wanita cerita NB adalah seorang yang tidak terlalu jelita namun sedap mata memandang, berjiwa kuat, semangat tinggi, cerdik, berkerjaya baik walaupun bukan orang kaya raya atau anak Datuk ke Tan Sri ke. Saya agak suka watak Atia dalam cerita Egois. Cumanya bila dah nak akhir buku, ada seulas kesal juga.


Seperti biasa juga, NB akan membuka tingkap ilmu bermanfaat yang menarik dalam buku ceritanya. Dalam Egois, NB terangkan mengenai kerjaya seorang remisier. Sangat menarik. Betulkan? Waktu buku ni mula diterbitkan iaitu tahun 2001, berapa kerat sangat orang Melayu yang hebat mengendalikan permintaan pembeli dan penjual saham.  Berapa orang wanita pula yang jadi remisier, lagi-lagi pula wanita Melayu Muslim yang bertudung. Saya suka sangat adengan di mana Atika dengan tenang dan yakin menerangkan kepada Lokman mengapa beliau tidak sepatutnya membabi buta membuat keputusan untuk melabur. Perlu tahu risikonya juga. Hebat NB.

Kisah sebab musabab Atila tak jadi kahwin dengan abang sepupunya, wooow, tragik tu.

Apa yang saya kurang berkenan dengan novel Egois ? Saya tak suka watak Fikri. Dia bagi saya seorang lelaki yang tak layak berganding dengan Atika. Kenapa? Fikri tidak bijak dan tidak gentleman, malah dia macam seorang yang suka mendengus dan pendendam. Pengecut pun ada bagi saya. Dari berpuluh tahun berkawan, dah masak perangai Atila yang tak suka menayangkan rasa kepada orang, lebih cenderung menyimpan pilu atau gembira dalam hati, .... kenapa Fikri masih tak berjaya cari formula terbaik mengikat Atika dengan kaedah kreatif yang romantik? Dia mungkin menyayangi Atika sepenuh hati tapi hatinya bukan jenis yang tenang. Lelaki macam ni ada potensi mendera isteri dan / anak. Tindakan dia menipu Atika dengan buat cerita pasal pertunangan palsu tu, bangang sungguh, saya jatuh benci, nampak sangat merendahkan Atika. Macam Atika tu tak penting untuk dijaga hatinya. Paling saya meluat petang selepas majlis nikah tu, tak suka lah lelaki macam tu.

Kelakuan kurang ajar Fikri di kondonya pun saya tak suka sungguh sungguh. Dan kedua-dua ayah Fikri, lagi-lagi ayah Atika tak betapa nak marah pun dengan Fikri, apasal laaa, tak sukaaaaa. Part ni saya rasa tak kena dan tak patut ada laa.

Apapun, kita rambut mungkin sama hitam tapi hati dan rasa lain-lain kan? Bagi saya cerita Egois tak sehebat cerita Chinta dan Sentuhan Kasih. Namun, novel Egois harus dibaca oleh peminat NB.

■■■■■■
Buku ni saya beli pun preloved copy, buat masa ni masih ada jika ada yang minat nak beli. Saya nak jual RM10 saja tak masuk pos. Kalau minat boleh la komen, atau contact saya melalui FB Messenger.



Tuesday, October 24, 2017

Short stories you can peek on on your way to somewhere

The Coffee Shop Book Club

Thanks Rebecca for buying this book from my online book store.



This is one anthology right? In simpler term, a book of short stories contributed by various writers. Real short the stories, great as a traveling partner I suppose. If you see this red cover on the shelf of the airport bookstore, dont feel guilty to grab the book prior to your checking in. I bet you, the book will be read, hmmmm at least one story from the book will be read during your get away or short stint away from home. Surely you'll be tempted to read the short stories from names such as Jojo Moyes and Jill Mansell.

Right, my review below. Well not a real review though, more like a very brief thoughts sharing after most of the stories. I mafe a point to write on my note pad after completing eavh story. If I don't do that, this makcik will forget huhu

●●●●●●●●●

- From Christmas Getaway: snow, blankness, all flights cancelled & back to love in earnest.

- As the time draws near: snow, air planes stalled in take-off, death too soon. Piper's dad knows he's gonna die one day, he doesn't want to die meekly. The way Piper imagin his dad's dark determination not to steer away from the black bear is dead spot on. I think this is the story I truly can appreciate, reminding me of my own dad who also left us too soon.

- Internet dating: I like this story too, it's fun sort. Ned the bald monkey with expiring time share apartment in Portugal, gosh there must be plenty of Neds out there. Kerry & Sam sound so much like a match made in heaven, and they didn't even work on it.

- The scrapbook: online dating profile, two long lost ex-couple reminiscing the last two decades they missed dearlly and the scrapbook... but OMG, what the heck Amanda???

- The scent of night: was it the ghost of Marthe Lincel who whooshed Sassy out from Penny's little haven with her lavender laced strong perfume?

- Let's be honest: quite a suspense being built up around James, especially the few minutes prior to Mel's big time confession.

- The spirit of summer: Marie Fournes, one of the 20 poor souls murdered along the Canal du Misi, beneath the bridge on the Quai Riquet.... brought smiles back to soothe Naomi's Mom.

- Last year's coat: gosh I dont get it. Did Evie get the coat she's been wanting in the end or not?

- The invitation: Not sure if Helen is attractive but I like Ben already.

- Fruitbat: I don't understand how this one could be the winner of Woman & Home Short Story Competition. It's a story about someone's wife playing hookie with someone's husband.

I have actually not written anything on the first 2 or 3 and the last 2 stories. Read them but I thought nothing much to write.


Saturday, October 21, 2017

Nass Alina Noah I love U Mawar

Sejak 3 tahun lepas, hampir setiap tahun la, lebih kurang time hujung tahun juga rasanya, sibuk saya mencari cara untuk jana extra income. Serious juga menonong baca blog orang yang bagitau dia dah happy atau dah hampir kaya raya sebab join itu ini. Awak pun terkena juga sedas dua. Hati ni nak sangat dipertemukan cara yang membolehkan saya tak perlu mengharapkan gaji bulanan kerja 8 to 5 lagi. So, jumpa tak?



Ada juga lah benda bermanfaat yang saya dapat contohnya promote my gig kat Fiverr dan baru ni selepas tonton webinar sorang mamat yang janji nak explain macam mana nak buat SEO, last last dia lebih seronok info pasal Konker. Jadi awak pun buat lah account Konker pulak. Rasanya nak jadi kaya raya tak lah kot sebab saya yang kurang kemahiran benda-benda internet mechanics ni susah nak hadam, tapi kalau untuk korang yang memang terror bab bab IT sokmo, social media marketing, website builder dan yang sewaktu dengannya, saya rasa sungguh boleh jana income konsisten dengan Konker.

Tak Caya? Tak bayar apax2 kat saya babe, cer tengok dulu apa bendanya Konker tu. Klik sini

======
Ok? malam tadi saya selesai baca novel Mawar karya Nass Alina Noah.  Sebelum tu baca mt first buku by Nass Alina Noah iaitu I love U. Kat bawah ni saya tempek review dua-dua buku I love U dan Mawar Nass Alina Noah.

Saya nak jual buku ni ya, murah jer sebab saya beli dulu pun preloved.

=====
I love you, Nass Alina Noah

Tak pernah baca buku yang gaya macam ni tau, kreatif dan agaknya gila-gila sungguh otak Nass Alina Noah. Ini buku beliau yang pertama saya baca. Pada awal buku, saya pening juga cuba nak hadamkan gaya penceritaan buku I love U. Sungguh pusing dan confuse pun kerap, bukan tak best, malah membaca buku ni buat saya ada kalanya tersengih sorang-sorang. Kalau ikut tema dan senario, ada persamaan dengan siri novel Yoyo karya Liana Afiera Malik; ada orang kaya ada orang biasa.  budak sekolah yang genius tapi nakal. Ragam mereka punyalah memeningkan kepala cikgu dan kawan-kawan. Tetapi dalam buku I love U, lawaknya jauh lebih extreme, ditambah dengan gelaran nama yang gila-gila. Perseteruan Meow Meow dengan Si katak lembik Emelyn memang bikin gempar sekolah selalu, otak saya pun bergegar. Kira okay juga la baca karya macam ni sekali sekala, boleh release tekanan kerja yang menekan jiwa hampir tahap gaban dah ni.


Ada juga moral cerita ni, namun tak pasti cetita yang macam ni masih boleh dihadam atau tak oleh remaja sekolah menengah zaman pasca 2015 ni. Beza mereka dengan remaja 1990an macam langit dengan awan kot.

======
Mawar, Nass Alina Noah

Saya baca buku ni selepas selesai buku I love U juga karya Nass Alina Noah. Mula-mula memang rasa macam bersambung pula buku Mawar ni dengan I love U. Apa taknya, awal-awal lagi dikejutkan dengan adengan Mawar bergaduh dengan seorang budak lelaki dalam bas, siap ditumbuknya mamat yang digelarnya Si Mulut Todak tu. Punyalah hebat masing-masing mencaci masing-masing, sampai akhirnya conductor bas iaitu Pak Mail halau Mawar turun. Kena lah berjalan kaki 3kilometer ke rumah.

Selepas adengan tu, ada juga lagi panggilan macam-macam nama oleh kebanyakan watak utama dalam cerita ni; Mawar gelar Johari Si Cicak Kubing Skrempeng, Johari menggelar Mawar Si Debab, baby beruang.... Apapun, selepas kematian abah Mawar, cerita ni dah mula bernada serious sikit, tapi bukan serious membosan kan tau. In fact, saya rasa kagum juga Mawar walaupun muda keanak-anakan, berfikiran matang, dengan keras demand supaya Datin Maznah dan Johari merahsiakan pernikahannya. Caci maki dan kekejwman ibu tiri dan kakak tirinya, langsung tak mampu menambah kelukaan hatinya yang sudah kosong dek kehilangan abah.

Buku ni rasanya tak berapa sesuai untuk bacaan remaja bawah 18 tahun yer, sebab agak heavy dengan perkataan atau adengan panas... Tapi ini mungkin cara author, selamba giler dengan perkataan untul watak-wataknya. Lagipun, Mawar berumur 16 tahun sewaktu terpaksa bernikah.

Pengakhiran buku ni, betul-betul banyak adengan panas, big surprise malam (yang patutnya jadi) malam pertama Johari-Mawar kat rumah atas pokok (run) yang terbantut dek kemunculan Michelle, Mawar dah transform selepas memendam dendam 3 bulan di kampung, apa yang dibuat oleh Luqmanhaqeem pada malam launching butik Michelle di JW Marriot, baju jenis apa tu yang dihadiahkan oleh Michelle untuk mengaibkan Mawar, dan apa yang berlaku selepas tu, duhhhhh, saya pulak penasaran macam nak pengsan, apa jadik sebenarnya ??? Ada sambungan ke cerita ni?


Friday, October 20, 2017

Highly recommended Wasilah Cinta Weera

Gila senang nak jana passive income sekarang dengan internet ada kat mana-mana jer. Soalnya nak ke tak nak

Salah satu caranya


Novel Rose Harissa, Wasilah Cinta Weera, korang dah baca? Belum?

1. Minat tak karya Rose Harissa?
2. Minat baca novel genre romantika berasaskan hidup di bawah cahaya Islam?
3. Minat novel yang bukan menceceh hal remeh temeh, kisah wanita jelita sombong atau ada ego sikit & berhating & berjual mahal ... last-last menyerahkan jiwa raga body semua kepada jejala kaya tang handsome?

Kalau jawapan korang "iya" untuk satu atau semua soalan di atas, korang mesti tak akan menyesal baca Wasilah Cinta Weera.

Ni review saya yang tak seberapa
■■■■■■■■■

Alhamdulillah rezeki diberi masa dan peluang membaca karya ini. Nasib saya baik juga sebab dapat baca yang terbitan PTS Litera, rupanya Idea Kreatif pun terbitkan juga buku ni? Haiiiiii kenapa???? risaunya....

This is definitely one of the best books yang pernah saya baca. Back to back (semalam skim through Selimut Malam by HF), bezanya bak daun dengan batu. Dua-dua ciptaan Allah, menjunjung tema cinta dan romantika, tetapi satu itu keras kejung dan boleh jadi senjata pembunuh (membunuh potensi taqwa dalam hati remaja dan ketulusan hidup sebagai hamba Allah), yang satu lagi hijau, menyejukkan mata dan memberi ketenangan jiwa meningkatkan tahap kesihatan kalbu.

Wasilah Cinta Weera sangat istimewa kerana membuktikan cinta itu bukan picisan, sepatutnya tidak diletak pada tahap begitu rendah, sentiasa perlu didorongi nafsu yang tidak disulami zikir dalam hati, cinta sesama manusia itu bukan 'rubbish'. Sebab itu saya bengang bila baca novel yang menghidangkan kisah...., ; bukan muhrim yang handsome dengan yang cantik jelita, dengan kaya raya, sentuh sana sini, kendung atas bawah, tarik-tarik tudung, cium sana sini, dua tiga ratus pages asyik cerita keluar masuk bilik, love bites, sayang benci sayang benci, lupa diri buat perangai macam si Firdaus tapi hujung-hujung terus baik macam Ray.... so tak realistik, terlalu fantasi, melalaikan.

Wasilah Cinta Weera pun terlalu banyak adengan romantik, cinta terungkap, kasih menggunung tak terucap, ada orang baik dan ada yang jahat... Namun, membaca novel ini mendekatkan kita dengan Sang Khaliq, menyedarkan kita bahawa seorang manusia hanya boleh jadi baik dan bertaqwa dengan rahmat Allah. "Amat indah jika segalanya kerana Allah".


■■■■■■■■■■
So, korang nak baca tak? Kalau terjumpa kat kedai buku, pastikan beli lah. Tapi rasanya dah takde dah buku ni kat kedai buku main stream macam MPH, Kino, Popular tu semua. Tapi cubalah carik kot kot ada rezeki. Tinggi nilai buku ni. Rugi tak baca.

Kalau korang nak, saya ada beberapa naskah lagi. Meh la check out FB atau Insta page Kedaibukusaduri untuk kita chat pasal buku Wasilah Cinta Weera.

Friday, October 6, 2017

Buku yang perlu dijauhkan daripada remaja Selimut Malam

Dari segi penceritaan memang baguihhh, lovey dovey tahap lori gula terbalik. Main characters hot sokmo. Watak-watak sampingan tak setaraf langsung dengan watak utama. Penyaing Dania iaitu Maya, mungkin cantik (tak ingat dia kot ada disebut dia cantik), tapi dia mewah dan 'pendek'. Tak leh lawan la dengan Dania yang berkali langsing. Watak penyaing Haidar pulak, handsome semua. Hijaz yang stock serba lengkap tu, tak berdaya juga pikat hati Dania yang dah tersimpul kat Haidar. Doktor Adif yang ada rupa ada kerjaya ada iman tu, last last jadi perogol la pulak. Sesuai kot dibaca pasangan muda mudi yang tengah hangat bercinta dan sikeeeet lagi nak tempuh ijab kabul. Kalau untuk yg remaja tengah sekolah tu, harapnya janganlah baca yer. Rasanya layan novel ni seronok dijadikan punca angan-angan indah.... kalau teringin nak rasa mabuk cinta, sesuai juga baca. Alsi, novel ni boleh kot bikin angau terhadap kekasih lebih mendalam, dengan syarat sang kekasih tu handsome/jelita, kaya & takdarasa pun nak tulis cash cheque beratus ribu ringgit, berpangkat besar, dan yang seangkatan dengannya.

Buku saya tak recommend Misi Cinta Mr. Bad Guy

9764348
's review


Oct 06, 2017  ·  edit

did not like it

Satu bintang sebab still boleh baca sampai last page walaupun speed reading. Kenapa baca juga walau tak suka? Saya jual buku so kena tahu kenapa buku ni rating macam tinggi. Ni macam sama style HF punya buku, watak yang boleh sebut nama Allah and at the same time buat perangai tak berapa senonoh; "Kopiah di kepala dibetulkan. Ajar mengaji? Ajar berjudi dia retilah". Ada agaknya dalam masyarakat kita yer ? ... Tok Bilal rela kahwinkan anak perempuannya dengan lelaki berkelakuan macam tu? Parents dari kalangan orang kaya yang tahu anaknya sleep around tapi tak banyak bunyi sebab "...Mama tahu anak Mama tu ligat, tapi Ahqaf takkan semudah itu buntingkan anak dara orang". "Yeah. Lagipun orang macam Ahqaf tu bukannya baru pertama kali jumpa perempuan. Dah banyak kali sangat. Dah cukup terror untuk tahu selok belok sebuah hubungan seks yang selamat" kata Rizqi (papa Ahqaf) selamba. Wowwww. Kalau ramai remaja yang baca buku macam ni (sebab rating dia tinggi dan orang ingatkan ceritanya bagus), ke mana lah arah tujuan generasi anak-anak kita sob sob.... so tak berkenan, sorry yer.


Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...