Sunday, October 29, 2017

Apa ada pada Beruk Azizi Abdullah



Tema cerita beruk adalah hubungan manusia dengan beruk dan manusia dengan manusia. Tak menarik? Mungkin sedikit kurang dari sudut keterujaan, maklumlah, siapa nak kesah seorang anak yatim miskin yang harus bekerja untuk menyara kehidupan beliau dan ibu yang lumpuh. Siapa nak ambil pusing kisah seorang anak 10 tahun (atau 11) bernama Alias yang terpaksa mengharapkan beruknya si Pon untuk turunkan kelapa tua, dibayar upah RM15 untuk seratus lebih biji kelapa? Saya baca buku Beruk ni kerana pengarangnya ialah Azizi Haji Abdullah.

Selepas selesai membaca, saya rasa sedikit kesal. Kenapa? Kenapa pendek sangat? Terasa tidak puas membaca kisah Alias. Saya masih ingin menyelami gelojak jiwa Alias. Saya nak tahu apa lagi yang bermain di fikiran Alias tentang ibunya, tentang tanggungjawab yang terpaksa digalasnya, pandangannya terhadap sekolah, kenapa dia tak marah kepada Cikgu Sunan. Terjentik kuat jantung saya baca betapa bangang dan bodohnya Cikgu Sunan yang menampar kuat telinga Alias bila dia diberitahu Alias lewat pergi sekolah sebab mencari beruknya yang hilang. Pendek sungguh ke akal seorang bernama Cikgu Sunan tu? Tak boleh ke siasat dulu, tak boleh ke tanya elok-elok? Alias kan budak baik, Alias kan cerdik Matematik, seorang budak kampung yang pasti sesiapa pun boleh tahu dari keluarga susah, pasti ada sebab kukuh mengapa dia lewat atau tak datang sekolah. Kenapa cikgu berpengalaman seperti Cikgu Sunan tak boleh nak kawal mulut, kawal tangan, kawal marah? Kebanyakan kita pun agaknya singkat akal dan panjang nafsu amarah macam Cikgu Sunan. Sedih kan? Malu lagi lah. Berapa ramai lagi anak sekolah di kawasan pendalaman yang terpaksa lalui pengalaman getir macam Alias?

Penghujung cerita, saya jadi hiba. Sedih dan rasa nak menangis, geram mengenangkan realiti kehidupan orang susah, orang teraniaya, orang baik yang sering kalah dengan orang jahat. Anda pula bagaimana agaknya? Adakah cerita Beruk karya Azizi Abdullah ini akan menyebabkan anda sedih, atau tak cukup untuk hati berdetik geram pun. Cari lah buku Beruk tulisan Azizi Abdullah, kemudian baca dan kongsi pendapat anda.

Buku yang baik macam Beruk, entah kenapa susah benar nak jumpa di kedai buku main stream. KedaiBukuSaduri kedai buku online ada juga menjual novel Beruk oleh Azizi Abdullah tapi kena check dulu bila nak beli, kot kot sudah kehabisan stock.
Boleh juga contact saya melalui private message dekat akaun Instagram Kedaibukusaduri.



No comments:

Post a Comment

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...