Wednesday, October 25, 2017

Novel Norhayati Berahim bertajuk Egois

Egois karya Norhayati Berahim.

Seperti biasa, watak wanita cerita NB adalah seorang yang tidak terlalu jelita namun sedap mata memandang, berjiwa kuat, semangat tinggi, cerdik, berkerjaya baik walaupun bukan orang kaya raya atau anak Datuk ke Tan Sri ke. Saya agak suka watak Atia dalam cerita Egois. Cumanya bila dah nak akhir buku, ada seulas kesal juga.


Seperti biasa juga, NB akan membuka tingkap ilmu bermanfaat yang menarik dalam buku ceritanya. Dalam Egois, NB terangkan mengenai kerjaya seorang remisier. Sangat menarik. Betulkan? Waktu buku ni mula diterbitkan iaitu tahun 2001, berapa kerat sangat orang Melayu yang hebat mengendalikan permintaan pembeli dan penjual saham.  Berapa orang wanita pula yang jadi remisier, lagi-lagi pula wanita Melayu Muslim yang bertudung. Saya suka sangat adengan di mana Atika dengan tenang dan yakin menerangkan kepada Lokman mengapa beliau tidak sepatutnya membabi buta membuat keputusan untuk melabur. Perlu tahu risikonya juga. Hebat NB.

Kisah sebab musabab Atila tak jadi kahwin dengan abang sepupunya, wooow, tragik tu.

Apa yang saya kurang berkenan dengan novel Egois ? Saya tak suka watak Fikri. Dia bagi saya seorang lelaki yang tak layak berganding dengan Atika. Kenapa? Fikri tidak bijak dan tidak gentleman, malah dia macam seorang yang suka mendengus dan pendendam. Pengecut pun ada bagi saya. Dari berpuluh tahun berkawan, dah masak perangai Atila yang tak suka menayangkan rasa kepada orang, lebih cenderung menyimpan pilu atau gembira dalam hati, .... kenapa Fikri masih tak berjaya cari formula terbaik mengikat Atika dengan kaedah kreatif yang romantik? Dia mungkin menyayangi Atika sepenuh hati tapi hatinya bukan jenis yang tenang. Lelaki macam ni ada potensi mendera isteri dan / anak. Tindakan dia menipu Atika dengan buat cerita pasal pertunangan palsu tu, bangang sungguh, saya jatuh benci, nampak sangat merendahkan Atika. Macam Atika tu tak penting untuk dijaga hatinya. Paling saya meluat petang selepas majlis nikah tu, tak suka lah lelaki macam tu.

Kelakuan kurang ajar Fikri di kondonya pun saya tak suka sungguh sungguh. Dan kedua-dua ayah Fikri, lagi-lagi ayah Atika tak betapa nak marah pun dengan Fikri, apasal laaa, tak sukaaaaa. Part ni saya rasa tak kena dan tak patut ada laa.

Apapun, kita rambut mungkin sama hitam tapi hati dan rasa lain-lain kan? Bagi saya cerita Egois tak sehebat cerita Chinta dan Sentuhan Kasih. Namun, novel Egois harus dibaca oleh peminat NB.

■■■■■■
Buku ni saya beli pun preloved copy, buat masa ni masih ada jika ada yang minat nak beli. Saya nak jual RM10 saja tak masuk pos. Kalau minat boleh la komen, atau contact saya melalui FB Messenger.



No comments:

Post a Comment

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...