Ada juga lah benda bermanfaat yang saya dapat contohnya promote my gig kat Fiverr dan baru ni selepas tonton webinar sorang mamat yang janji nak explain macam mana nak buat SEO, last last dia lebih seronok info pasal Konker. Jadi awak pun buat lah account Konker pulak. Rasanya nak jadi kaya raya tak lah kot sebab saya yang kurang kemahiran benda-benda internet mechanics ni susah nak hadam, tapi kalau untuk korang yang memang terror bab bab IT sokmo, social media marketing, website builder dan yang sewaktu dengannya, saya rasa sungguh boleh jana income konsisten dengan Konker.
Tak Caya? Tak bayar apax2 kat saya babe, cer tengok dulu apa bendanya Konker tu. Klik sini
======
Ok? malam tadi saya selesai baca novel Mawar karya Nass Alina Noah. Sebelum tu baca mt first buku by Nass Alina Noah iaitu I love U. Kat bawah ni saya tempek review dua-dua buku I love U dan Mawar Nass Alina Noah.
Saya nak jual buku ni ya, murah jer sebab saya beli dulu pun preloved.
=====
I love you, Nass Alina Noah
Tak pernah baca buku yang gaya macam ni tau, kreatif dan agaknya gila-gila sungguh otak Nass Alina Noah. Ini buku beliau yang pertama saya baca. Pada awal buku, saya pening juga cuba nak hadamkan gaya penceritaan buku I love U. Sungguh pusing dan confuse pun kerap, bukan tak best, malah membaca buku ni buat saya ada kalanya tersengih sorang-sorang. Kalau ikut tema dan senario, ada persamaan dengan siri novel Yoyo karya Liana Afiera Malik; ada orang kaya ada orang biasa. budak sekolah yang genius tapi nakal. Ragam mereka punyalah memeningkan kepala cikgu dan kawan-kawan. Tetapi dalam buku I love U, lawaknya jauh lebih extreme, ditambah dengan gelaran nama yang gila-gila. Perseteruan Meow Meow dengan Si katak lembik Emelyn memang bikin gempar sekolah selalu, otak saya pun bergegar. Kira okay juga la baca karya macam ni sekali sekala, boleh release tekanan kerja yang menekan jiwa hampir tahap gaban dah ni.
Ada juga moral cerita ni, namun tak pasti cetita yang macam ni masih boleh dihadam atau tak oleh remaja sekolah menengah zaman pasca 2015 ni. Beza mereka dengan remaja 1990an macam langit dengan awan kot.
======
Mawar, Nass Alina Noah
Saya baca buku ni selepas selesai buku I love U juga karya Nass Alina Noah. Mula-mula memang rasa macam bersambung pula buku Mawar ni dengan I love U. Apa taknya, awal-awal lagi dikejutkan dengan adengan Mawar bergaduh dengan seorang budak lelaki dalam bas, siap ditumbuknya mamat yang digelarnya Si Mulut Todak tu. Punyalah hebat masing-masing mencaci masing-masing, sampai akhirnya conductor bas iaitu Pak Mail halau Mawar turun. Kena lah berjalan kaki 3kilometer ke rumah.
Selepas adengan tu, ada juga lagi panggilan macam-macam nama oleh kebanyakan watak utama dalam cerita ni; Mawar gelar Johari Si Cicak Kubing Skrempeng, Johari menggelar Mawar Si Debab, baby beruang.... Apapun, selepas kematian abah Mawar, cerita ni dah mula bernada serious sikit, tapi bukan serious membosan kan tau. In fact, saya rasa kagum juga Mawar walaupun muda keanak-anakan, berfikiran matang, dengan keras demand supaya Datin Maznah dan Johari merahsiakan pernikahannya. Caci maki dan kekejwman ibu tiri dan kakak tirinya, langsung tak mampu menambah kelukaan hatinya yang sudah kosong dek kehilangan abah. Buku ni rasanya tak berapa sesuai untuk bacaan remaja bawah 18 tahun yer, sebab agak heavy dengan perkataan atau adengan panas... Tapi ini mungkin cara author, selamba giler dengan perkataan untul watak-wataknya. Lagipun, Mawar berumur 16 tahun sewaktu terpaksa bernikah. Pengakhiran buku ni, betul-betul banyak adengan panas, big surprise malam (yang patutnya jadi) malam pertama Johari-Mawar kat rumah atas pokok (run) yang terbantut dek kemunculan Michelle, Mawar dah transform selepas memendam dendam 3 bulan di kampung, apa yang dibuat oleh Luqmanhaqeem pada malam launching butik Michelle di JW Marriot, baju jenis apa tu yang dihadiahkan oleh Michelle untuk mengaibkan Mawar, dan apa yang berlaku selepas tu, duhhhhh, saya pulak penasaran macam nak pengsan, apa jadik sebenarnya ??? Ada sambungan ke cerita ni? | ||
No comments:
Post a Comment