Mama karya Abdul Rahim Awang. Buku Rare ni
Kisah pilu, sangat menyedihkan hati saya. Satu-satunya elemen yang menyenangkan perasaan saya sebagai perempuan ialah rasa bangga, Mek Nah menggunakan akalnya, bukan emosi untuk memastikan kelangsungan hidup dia, anak-anak dan neneknya. Mek Nah juga wanita yang matang, walau nasib malang menghalangnya dari menggapai SPM, dia tidak pernah berputus asa bergelumang mencari rezeki halal. Dipinggirkan kejian orang, dikeraskan hati untuk nekad berniaga. Dia wanita hebat, pemudi berfikiran jauh, peniaga hebat. Otaknya bergeliga. Skill berniaganya sepatutnya melayakkan dia menerima darjah kebesaran. Strategi pemasarannya kelas antarabangsa. Sayang dia seorang wanita yang pentingkan hubungan keluarga.
Saya benci membaca betapa fitnah terhadapnya berleluasa dan diterima oleh orang kampung yang terlupa dia seorang anak yatim piatu yang sepatutnya dibantu. Saya benci mengenangkan sikap orang kampung yang prejudice kerana Mek Nah anak penari Mak Yong dari Siam. Saya marah membaca butiran fitnah yang dipanjangkan dari Mek Yah kepada anaknya Ramlah dan diteruskan pula kepada Dila. Ini keadaan biasa dalam scenario orang kita kan? Mek Nah bernasib malang dikelilingi lelaki-lelaki lemah, penindas perasaan.
Novel Mama ini memberi pembaca banyak sebab untuk berfikir supaya hidup dapat diteruskan dengan cemerlang tanpa tunduk kepada cabaran kecil besar. Saya bangga adanya wanita cekal, akal cemerlang seperti Mek Nah tetapi semua yang saya banggakan tidak dapat menandingi kecewa terhadap yang lain-lain tu. Sebagai manusia biasa saya harap yang jahat tu menderita namun saya sedar, hanya Allah layak membalas.
No comments:
Post a Comment