Thursday, August 17, 2017

Hujan Pagi karya A. Samad Said

Penemuan sebuah buku karya Sasterawan Negara A. Samad Said dan lagi pula, Hujan Pagi dicatatkan sebagai pemenang hadiah Sastera 86/87. Ini sungguh bukan suatu penemuan yang biasa-biasa. Terjumpa iklannya di instagram seorang teman penjual buku malam Jumaat 30 minit selepas posting, saya dm beliau nyatakan saya berminat. Esok harinya saya minta suami dapatkan buku ini di kedai EduBiz Education. Selepas makan malam terus buku ini mula saya baca, dengan rakus saya kira, kerana lenggok bahasanya bukan yang biasa-biasa, dan kerana esok hari, buku ini perlu saya pos keluar, sudah ada pembelinya.

Berikut serba serbi penemuan saya malah intan permata terjumpai dalam bait-bait A. Samad Said melalui Hujan Pagi. Sebelum pergi jauh, Hujan Pagi adalah nama suratkhabar yang diusahakan oleh watak-watak utama dalam buku ini. Warisan datuknya yang mati dalam tidur, banyak yang sang Datuk juga gidak sempat perturunkan kepada bapa Lokman, Syed Hafidun yang mati lemas. "Hujan Pagi boleh bangun penuh bersemangat kerana dikerjakan sepenuhnya oleh anak tempatan. Tidak oleh sokongan pendukung-pendukung berdarah Arab seperti dalam Al-Imam."

"Awak tahu Zis, apa yang sebenarnya pernah saya idam-idamkan dalam hidup saya semasa remaja dulu? ... Saya ingin jadi pelaut. Ya, saya ingin belayar seperti Munsyi itu. Saya memang suka laut. Cuma... ya ada bezanya. Cuma saya akan belayar denhan kemahuan saya sendiri, panggilan hati... apa? Panggilan jiwa sendiri. Munsyi Abdullah tidak begitu. Itu bezanya. Bukan menjadi orang suruhan Bapa Po Eng sepertinya. Bukan kerana tersepit oleh hutang juga sepertinya. Saya tidak akan terima saja tawaran Po Eng seperti Munsyi Abdullah. Dan ... dan bukan juga belayar dengan sekoci Maggie Lauder kepunyaan orang Inggeris itu... Jangan... jangan ketawakan. Saya ingin belayar sendiri ke Judah. Maksudnya sesudah belayar ke Kelantan dulu. Di situ memang saya ingin contohi Munsyi Abdullah. Bagaimana? Awak tak fikir keinginan atau cita-cita itu baik? Menarik? Atau... ya, atau ganjil?".

"Sejak kepergian Raja Ali Haji, bangsa kita tidak ada yang serba boleh dalam sastera, sejarah dan agama. Awak perhatikanlah betul-betul. Memang tiada. Perhatikan saja "Gurindam Dua Belas' yang melandaskan contoh hidup yang baik. Perjatikan juga 'Syair Siti Shianah' ... bakat besar dan pemikiran tajam dan berseni begitu sudah jarang jarang dapat ditemui. Ini masaalah besar." Bicara Lokman kepada Gajis di kedai sambil minum kopi di kelab pelaut.

"Dia seperti ternampak-nampak Kapal Fame yang terbakar bersama khazanah sastera dan budaya Melayu purba. "

"Jangan jadi kiri dalam penulisan; kanan dalam kehidupan". pesan Lokman kepada adiknya Lajis yang bakal berangkat belajar di luar negeri.

ahh sudah, rupanya Lokman mengerjakan akhbar Sinar Pagi? Jadi Hujan Pagi itu apa? "Barangkali Hujan Pagi itu akhbar khayalannya... dalam dunia tempatnya hidup pada waktu-waktu tertentu..." Gazis kepada Lajis di masjid.

"...Melayu bukan bangsa yang kalah. Kita cuma bangsa yang kurang tahu."

...Ruselu membongkar rahsia ini menyebutkan cuma dua buah karya penting khazanah Melayu ysng terselamat dalam kebakatan The Eagle itu: Hidup Cinta Purba dan Menuju Rahsia Saring.

"Lihat bagaimana budi mematahkan kita. ....Lihat bagaimana Farquhar dan Raffles menyamvung Temenggung Long dan Temenggung sehingga Tengku Ling berpegang-pegang tangan selepas berunding berduaan hanya dengan Raffles. Senjata apa di srbslik semua itu? Tentu saja budi bahasa. ..Bangsa kita juga seperti kudung mendapat cincin. ..tidak sedar tinggi rendahnya tanah yang dipijak. ..Lihat saja bagaimana pemimpun purba kita itu, sementara orang Inggeris bertutur dalam Bajada Melayu, mereka pula beriya-iya benar menjawabnya dalam Bahass Inggeris. Semua terakam dalam sejarah".
Arafah kepada Lokman

Ziya Gok Alp. Kitab Sejarah Batin Melayu... satu-satunya kitab yang terselamat daripada kapal The Eagle yang musnah itu.

"... Lajis pula terfikirkan pula PKM dan PPKKI dan bertanya-tanya apakah benar Jepun mengongkosi pembelian Warta Malaya. Hati nuraninya bertanya nyaring apakah Syed Hussein Alsagoff dan Ibrahim Haji Yaacob sendiri tidak tahu bahawa orang tidak akan memberikan wang tanpa sesuatu maksud, lebih-lebih lagi wang untuk membeli sebuah akhbar yang bakal menjadi suara atau perakam hati nurani sesuatu bangsa".

"... Bekas wakil rakyat lama - sebenarnya dengan ini sudah dua kali dikalahkan  - tidak dapat mengikis tuduhan lama, 'janji tanpa isi' atau 'janji kembong isi kosong'. Bekas wakil rakyat itu terus juga berjanji lebih ghairah. Malah Lajis sendiri pernah dengan Gazis memberitahu dulu: 'Politikus bermula dengan berjanji banyak kepada umum, berakgir dengan mengisi banyak kantung diri dan keluarga sendiri".

"Awak tahu (Munsyi) Abdullah tersepit kerana hutang, lalu sedia mengawani Baba Po Eng untuk melakukan semacam pelayaran mengintip tentang suasana gelora di Kelantan."
"Munsyi Abdullah bawa surat Bonham ke Kelantan..."
"Ya... Baba Bun Tiong sebenarnya yang mengupah.  Abdullah belum pernah belayar, tapi upah lapan puluh ringgit itu memikat... "



No comments:

Post a Comment

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...