Thursday, November 9, 2017

remaja tak patut baca novel Lelaki Pilihan Terakhir


Sengketa adik-beradik kerana seorang perempuan, tak best la bagi saya. Walau mungkin niat Adif baik bila buat keputusan mendadak minta Hud gantikan dia nikahi Airis berdasarkan maklumat doktor yang dia akan lumpuh kaki, saya fikir Adif sebenarnya terburu-buru dan singkat fikiran. Dan kenapa suruh Hud? Padahal sebelumnya Adif sendiri yang kata Hud dah ada girlfriend. Kalau betul dia sayang Airis, kenapa buat keputusan tanpa ambil tempoh bertenang. Bukan saya marahkan Adif, saya marah the person yang bertanggungjawab buat watak Adif jadi lelaki lemah. Sampai Hud boleh kata dengan Adif "...you touch her and I'll kill you"? Macam baguz sangat.  Not fair. Other than that, macam cerita HF yang lain, but this one mungkin ada lebih banyak konflik, even lame conflicts, not well justified or explained. Macam biasa, lelaki selain hero semuanya jahat dan bodoh. Perempuan selain heroine semuanya miang dan bongok. Dirty words, teasings, even something yang konon macam aksi wanita melayu terakhir ... pakai baju kedah singkat tertonggek sapu daun kering, berpusing tapi takut Hud jamu mata tengok benda lain, ... pakai boxer sendat yang boleh nampak segala bentuk.... pakai baju kelawar tidur kaki terangkat ke atas... jenis berbogel bila nak pakai baju.... ??? tak berapa sesuai untuk bacaan umum rasa saya la... sepatutnya dinyatakan dengan jelas, buku untuk bacaan dewasa saja. Pendapat saya la ni, worse sebab sex lurings diselang seli dengan solat, aksi anak & cucu mithali, menangis sebab rasa tak dipeduli....you guys yang dah baca tak rasa macam tu ke? Cer criter.



Anyway, yang saya mengutuk bagai nak rak tapi baca juga dah kenapa kan? Saya pun bongok juga kot🤔 Salah satunya nak cuba selami trend pembacaan, nak cuba faham sungguh, konsep penulisan yang macam mana disukai zaman 2017 ni.

No comments:

Post a Comment

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...