Gadisku Wan Adnin
Aduhaiii Kak Su, kenapa tulis novel gaya macam ni? Terseksa saya, hampir setiap barisnya dihiasi bahasa cantik bergermerlapan sampai sering saya rasa tak mahu berhenti baca, ayat yang sama saya nak baca berulang-ulang, suka sangat. Pantun dan madah pendek pun buatkan saya rasa sungguh terpesona untuk menghayati dan cuba nak bayangkan bahawa saya juga sebahagian dari pembawa watak cerita Gadisku Wan Adnin. Novel ini pastinya salah sebuah yang terbaik pernah saya baca setakat ini dah syukur Alhamdulillah ada rezeki saya untuk menghargainya. Kenapa tulis buku macam ni Kak Su?
"Kenapa ya kalau mahu membuat perhimpunan belia Malaysia kita tidak rancang sesuatu yang mempertingkatkan sahsiah .... untuk menyelamat sahsiah anak bangsa ... " Saya sokong 110%. Kenapa ya? Saya nak mencelah, kenapa ya, ramai penulis novel sekarang begitu tegar menulis cerita yang berpotensi menghancurkan sahsiah anak bangsa?
Cerita Gadisku Adnin sarat dengan bahasa indah terukir cantik bertekadkan maklumat tahap orang berilmu tinggi. Bukan calang-calang penulis boleh menggarap kemas cerita orang yang hidup seratus tahun dulu dengan kisah seorang gadis desa yang terperangkap dalam kongkongan neneknya. Surat-surat Wan Yusuf Wan Ahmad kepada Ku Sakinah memberi kita peluang meluaskan pengetahuan tanpa perlu mengorek buku sejarah. Membaca surat pertama, saya teringat karya Azizi Abdullah 'Harga Sebuah Maruah' - ceeita padi piama dan deskripsi bendang di pelbagai musim begitu mengasyikkan. Kisah "tuntung sudah mula mudik ke hulu nak bertelur" menandakan padi sedang berbunga dan berbuah... Mana nak dapat info sebegini kalau tak baca Gadisku Wan Adnin dan Maruah Sebuah Bangsa. Gemersik.
Pantun dan madah yang menghiasi setiap bab nampaknya seperti mudah dan ringkas namun pengertiannya mendalam. Saya fikir sangat hebat bagaimana Kak Su menekad peribadi dan tutur laku Wan Adnin dan "sahabat dunia akhirat" nya Hani, Zie, Sheri, Lila... Lawak pun tahap yang noleh biat kota senyum penuh beradab. "Sebut fasal pipi merah tu, aku rasa Tok Umi guna aku punya Bobbi Brown". Tengok dia cangkul pakai sampai berlubang pek aku", bengang si Hani mengadu pada Zie. Patut lah penat dia mencari dalam beg tangan yang besar dan penuh sarat mengalahkan beg sekolah budak darjah satu, pemerah pipi kesayanggannya yang dibeli buah hati kat Los Angeles tu tak jumpa. Begitu lah keletah Hani, Zie, Adnin, mereka sangat berbeza tapi begitu ayu jelita digandingkan.
Baju warna merah seroja untuk akad nikah. Kain les Perancis yang dihias bunga hidup ros warna oren atas dulang tembaga. Kain warna putih beras. Tudung tingkap warna kuning gading hujungnya ikat cekak daripada tekad baldu merah seroja corak bunga kekwa. Baju kurung warna merah delima.
Bagaikan biduk tanpa malim.... kena cari maknanya. Betul ke DJ Dave pernah tak jadi kahwin dengan Uji Rashid?
Inap desa = homestay
I love to read. I love to write. Access to good books, time to spare to read great books, enjoying the warmth of hundreds of books a year is a blessing. Bacalah semua jenis buku dan novel supaya anda tahu memilih antara karya bernilai dengan karya picisan. Kekadang anda akan berjumpa dengan karya yang rasa macam nak di tong-sampahkan. Sharings on this blog are my very own, honest thoughts on my reads. Saya persembahkan nukilan lensa kreatif kritis Yazlina Saduri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim
Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...
-
Egois karya Norhayati Berahim. Seperti biasa, watak wanita cerita NB adalah seorang yang tidak terlalu jelita namun sedap mata memandang, ...
-
Ini review saya yang tak seberapa untuk cerpen-cerpen dalam buku Dia ... yang terpilih, straight from my heart. Cover buku ni cantik kan...
No comments:
Post a Comment