Friday, November 17, 2017

Aku yang tertewas, saya tak serabut baca


Siapa nak beli novel ni saya nak jual. Boleh pm kat FB atau Instagram Kedaibukusaduri.


□□□□□□□□□
Dalam banyak-banyak novel limited edition Hani Fazuha yang sudah saya baca, Aku Yang Tertewas rasanya yang boleh masuk rasa suka. Pertama watak Luqman bagi saya seorang yang bukan saja matang pada umur tetapi juga peribadinya. Dia penyabar, penyayang, tenang, tak gatal sangat. Cara Luqman tunjukkan cinta pada Elisa sweet sangat, dan saya suka cara Luqman sentiasa tetap pendirian berhubung cinta pada isteri pertama. Cara Luqman menangani Elisa yang stuck up pun bikin saya suka malah jealous juga sikit. Watak wanita cerita kali ini lebih bersemangat dan ada character, keras kepala, cakap lepas dan suka bergaduhnya konsisten dengan abang sendiri, dengan Nurlaily, dengan siapa saja yang sakitkan hati dia. Walaupun saya tak suka watak Elisa, saya tabik HF berjaya cipta watak heroine yang kuat dan bukan harapkan skill menggoda dan kejelitaan semata. Dia seorang accountant yang cekap hingga arwah isteri Luqman pun percaya jabis hingga berwasiat minta dia terus kendalikan akaun syarikat.... dan kahwin dengan suaminya bila dia dah tiada di dunia. Style menggoda macam kucing parsi, terlebih hormone tak reti cover bila tengok lengan sasa, dada bidang dan adengan langsung gigit menggigit buat marks yang mak & nenek boleh nampak, cuba ingat semula dia cerita pasal tahi lalat di dada, cerita pasal baju baju dalam, baju tidur yang sexy (pasal benda ni dalam novel Lelaki Pilihan Terakhir saya paling tak tahan)... watak & situasi yang ini juga ada dalam Aku Yang Tertewas tapi masih dalam suasana realistic dan tak terlebih sangat.

Kali ini watak utama wanita direbut anak dan bapa. Memang kalau nak kira, saya masih terbawa-bawa prejudice dengan karya HF, entah kenapa bila baca kebanyakan buku dia yang saya ada rasa kurang selesa. Sebabnya style watak-watak wanita dia lebih kurang sama, dalam suci dan innocence, mata dia, dalam otak, hati pun suka berfikir yang biru. Jahat saya kan? Macam lah saya baik sangat. Sungguh tidak. Tapi tu lah yang hebatnya HF, dia berjaya buat pembaca novelnya ber-reaksi macam-macam. Iya ke? Mungkin saya saja yang terlebih emo tak tentu fasal. Orang lain selamba saja boleh enjoy karya HF, saya yang kecoh. Mesti saya jealous ni kan? haha.. Anyway, kasihan sungguh dengan Azam dan Noriza. Kira okay la cerita ni.

No comments:

Post a Comment

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...