Sunday, June 21, 2020

Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri : Detik-detik Diri di Daerah Daif


Detik-Detik Diri Di Daerah Daif
Shahnon Ahmad

Sinopsis
Detik-detik Diri di Daerah Daif menyingkap pengalaman dan liku-liku hidup seorang sasterawan Negara secara jujur dan berterus terang. Sikap hidup masyarakat Banggol Dedap yang daif tetapi kaya dengan semangat bergotong royong membawa suatu nostalgia yang manis dan mengharukan penulis. Autobiografi ini adalah tunjang daya kreativiti Shahnon di mana setiap hasil karyanya dapat di singkap dalam autobiografi ini.

No photo description available.


Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri

Gila. Shahnon Ahmad memang gila. Gila open. Kalau saya tak pernah baca karya Shahnon Ahmad sebelum ini, memang saya akan fikir begitu. Orang tua tu mesti tak betul. Otak mereng. Ada ke manusia yang bau darah dan nanah semacam Indah untuknya, disapu saja lelehan darah dan nanah dari badan Pak Lang Lahuma yang tengah derita membusung tu dengan tangan. Ada ke budak yang dengan mata terbeliak takjub menengok darah membuak dari tenggolok lembu korban? Ada ke penulis dalam autobiography nya tanpa silu bercerita seronoknya menengok ayam jantan dengan ayam betina berlaga, kerbau jantan buat projek dengan kerbau betina, bersama dengan geng kejar budak-budak yang belum bersunat untuk minta.... (apa tu namanya), kotoran yang melekat kat buah pelir budak untuk lap tangan yang dah disengat keli supaya bisa tak terus mengganas sampai ke ketiak. Penulis ni dengan bangganya explain tentang cacing kerawit cacing rambu bisul peliharaannya yang paling prolific di kawasan sekitar dubur, adohyaiii!! Ada ke penulis yang selamba describe kekejaman meloyakan bapak sendiri membunuh burung peliharaannya? Ada ke? Ada laaa. Sahnong lah tu. Dia seorang saja Kat Malaysia ni kot.

Sungguh la. Selepas baca buku Detik-detik Diri di Daerah Daif, saya rasa lebih faham kenapa dia tulis cerita tersohor Ranjau Sepanjang Jalan. Saya ingat lagi, dalam review saya tentang tragedi kematian Lahuma yang diceritakan, saya hairan, mana perginya masyarakat kampung tu? Gila ke apa di biarkan saja orang sakit gitu tanpa ada usaha bawa ke hospital atau sekurang-kurangnya panggil wakil Pejabat kesihatan datang buat kerja. Sekarang dah baca buku Detik-detik diri di daerah daif, saya faham. Faham lebih sikit tentang masyarakat kampung daif Shahnon Ahmad. Rasa macam nak pergi cari lah Kampung dia tapi no point juga kan, sebab dah jadi gemulah, kalau jumpa pun dah jadi zombie kampung tu. Sayang sungguh.

Saya sendiri pun otak tunggang langgang bila menulis selepas membaca kadang-kadang lebih ngok dari budak separuh masak. Shahnon Ahmad yang lalui zaman kanak-kanak nya di daerah seperti Banggul Derdap, dengan watak-watak orang tua sana, patut lah.

Apapun, buku ini saya fikir sangat best. Anda sangat rugi jika tak baca kalau dah terjumpa. Manusia bernama Shahnon Ahmad ada seorang saja. Dan dia ceritakan cerita dia dalam sebuah buku nipis tapi tebal, anda better carilah buku ni. Rasa saya, anda tidak akan menyesal.


No comments:

Post a Comment

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...