Platun Harimau: Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah
Lt. Kol. Mohd Radzi Abdul Hamid
Sinopsis
Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan antara pasukan Tentera Darat tertua yang telah terlibat dalam banyak operasi dan amat digeruni pengganas komunis. Namun, sekitar tahun 1980-an, pasukan ini menerima tentangan hebat pengganas komunis. Dalam dua operasi yang dijalankan, 16 orang anggota terbunuh ketika bertempur dengan pasukan khas komunis, Black Jacket. Bagi pasukan Tentera Darat, hanya platun Harimau yang layak menentang Black Jacket demi membela kematian 16 orang perajurit. Laftenan Fauzi dan Platun Harimau mula memburu Black Jacket yang diketuai Chong Woo. Ibarat buku bertemu dengan ruas, hanya pengalaman, kepakaran, kebijaksanaan, kreativiti dan nasib yang menentukan dendam siapa yang berbalas.
Perkongsian di bawah saya kongsikan juga credit untuk blog http://awangdemananakpahang.blogspot.com/2010/11/sekelumit-cerita-tentang-darurat.html
yang nyata mengupas buku dengan menarik disamping ada cadangan di hujung pena.
Di samping itu seorang pegawai tentera,
Lt.Kol. Mohd.Radzi Abd.Hamid juga menghasilkan novel perang
berjudul Platun Harimau: Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah
terbitan DBP(2009) juga menggambarkan kehebatan perjuangan Rejimen
Askar Melayu Diraja(RAMD)memerangi pengganas komunis.
Sejarah mencatatkan Rejimen Askar Melayu Diraja merupakan antara
pasukan Tentera Darat tertua yang telah terlibat dalam banyak operasi
dan amat digeruni pengganas komunis. Namun, sekitar tahun 1980-an,
pasukan ini menerima tentangan hebat pengganas komunis. Dalam dua
operasi yang dijalankan, 16 orang anggota terbunuh ketika bertempur dengan
pasukan khas komunis,Black Jacket. Bagi pasukan Tentera Darat,
hanya Platun Harimau yang layak menentang Black Jacket demi membela
kematian 16 orang perajurit. Leftenan Fauzi dan Platun Harimau
mula memburu Black Jacket yang diketuai Chong Woo. Ibarat buku
bertemu dengan ruas,hanya pengalaman, kepakaran, kebijaksanaan
,kreativiti dan nasib yang menentukan dendam siapa yang berbalas.
Novel Platun Harimau:Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah
menggambarkan secara kreatif operasi menumpaskan pengganas
komunis kumpulan Black Jacket pimpinan Chong Woo.
Di samping itu dalam novel Tenang Dalam Gelora
terbitan Goal Intelligent publishing Sdn.Bhd.(2007) juga ada
digambarkan penglibatan ejen komunis dalam peristiwa
konfrontasi tentera Indonesia di Felda Tenang dan
Kampung Tenang, Segamat, Johor pada era 1960-an.
Daerah Segamat Utara merupakan kawasan hitam dan
tempat berkumpulnya pengganas komunis pada
zaman Darurat dan itulah yang mendorong pencerobohan
tentera Indonesia ketika itu yang menghadapi tentangan hebat
daripada askar Melayu sebelum mereka ditumpaskan sepenuhnya.
Sebenarnya masih banyak kisah-kisah perjuangan gagah
berani memerangi pengganas komunis tidak ditulis oleh para
penulis khususnya bekas tentera, polis atau home guard. Ada baiknya
usaha-usaha menulis kisah itu ditulis dan diterbitkan dalam
bentuk buku atau novel untuk diketahui oleh generasi kini dan
akan datang. Contohnya kisah kekejaman komunis membakar
balai polis Kuala Krau, Pahang belum dibukukan lagi dan kisahnya
sama hebat dengan peristiwa Bukit Kepong di Johor.
Begitu juga novel-novel patriotik seperti yang dibicarakan
di atas wajar dijadikan teks KOMSAS atau teks kesusasteraan.
Tujuannya agar pelajar di peringkat sekolah lagi boleh mengetahui
kekejaman pengganas komunis agar tidak buta sejarah sebagai
persediaan menghadapi suasana hidup yang lebih mencabar
pada masa akan datang.
Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri
Misi Hutang Darah Di Bayar Darah bagi saya bersifat patriotik dan mesra perang komunis, saya suka. Sememangnya ini yang saya cari bila ambil keputusan untuk membaca sebuah novel perang yang berlatarkan era komunis masih berleluasa di Malaysia. Penulis telah sebut di awal buku, semua watak adalah ciptaan belaka cuma semua cerita dalam novel ini benar benar berlaku. Saya degil juga nak cuba bayangkan yang hero nya kot ada rupa macam Tuan penulis. Banyak juga gambar dan keratan akhbar diselit dalam cerita, ini menambah kelebihan buku ini berbanding cerita genre lain.
Tajuk buku pun Platun Harimau, jadi memang patut anggota Platun Harimau yang beraksi hebat berbanding anggota rejimen lain. Heronya walaupun tidak diterangkan sebagai seorang lelaki gagah tinggi kacak oleh penulis, di lihat "handsome juga" oleh Inspektor Baini, Leftenan - Kapten Fauzi. Paling comel saya ingat dalam Bab Harimau Mengganas di Kem Chong Woo, password Sarjan Mansur kepada Prebet Baharuddin "Babi Montel".
Tuan penulis, tidak dijelaskan sampai akhir buku, mengapa dua Nuri terbang rendah atas kem musuh 25minit sebelum H-Hour? Pastinya ada kesilapan arahan atau ketidak patuhan arahan? Mujur anggota Platun Harimau over average. Dalam situasi sebenar di medan pertempuran pasti ada keadaan begini juga. Ngeri memikirkannya. Nyawa boleh melayang begitu mudah dan pantas hanya disebabkan silap sikit sana sini, dan keadaan luar duga. Apapun, pasukan tentera kita taat dan keberaniannya, di screw dengan Sumpah Perajurit, benar jelas. Tak pasti dan tidak dapat bayangkan apa pengisian masa anggota tentera kita yang sedang bekerja dalam keadaan sekarang. Pengganas di hutan nampak macam dah tiada.
Moga novel ini dibaca lebih ramai lagi di kalangan anak bangsa dan dapat dihayati semangat patriotism yang cuba ditebarkan. Saya fikir vibes sayangkan negara perlukan lebih banyak sokongan berupa karya fiksyen sebegini. Mungkin ia dapat jadi pemangkin supaya anak-anak kita lebih gemar membaca dan ambil tahu.
No comments:
Post a Comment