British dan perang enam hari 1967 Arab-Israel
Muhamad Hasrul Zakariah
Lensa Kritis Kreatif Yazlina Saduri
Dalam Tinta Prakata, penulis mencatatkan bahawa buku ini berjaya diterbitkan dengan sumbangan yang tebal dan jitu daripada beberapa pihak khusus nya para guru dan mentor beliau di UKM, USM, UTM. Antara yang disebutkan namanya adalah Allahyarham Prof Dato' Dr Nik Anuar Nik Mahmud (saya catat yang ini saja ya sebab saya alumni dan kini bekerja di UKM 😊). Penyelidikan untuk menyiapkan buku ini dibuat antaranya ketika penulis menjalankan penyelidikan selama 18 bulan di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London. Penulis juga berjaya mengumpul kan data sewaktu bekerja di beberapa institusi terkemuka termasuk di St Anthony's College, University of Oxford. Benar saya juga salute, Nota kaki dan rujukan ibid yang di senaraikan dalam buku ini, bukan calang - calang. Pendek kata, saya setuju (sebagai orang biasa yang bukan dari kalangan penyelidik atau ahli akademik), bahawa buku ini merupakan sebuah hasil penulisan yang terperinci dan berfakta.
Sebagai orang biasa yang niatnya ingin menambah pemahaman berhubung konflik Timur Tengah khususnya yang berkaitan dengan perebutan Bailtulmuqadis, penghalauan rakyat Palestine dari tanah air mereka sendiri dan berleluasanya keganasan oleh tentera Zionis, hampir di setiap selang 4 atau 5 mukasurat waktu membaca buku ini, saya diserang helaan nafas tidak puas hati / geram / marah / tersangat marah, adakalanya rasa meremang bulu tengkuk dan sisi kiri kepala ada rasa sakit kerana berasa teramat amat marah. Antara yang begitu menekan emosi saya ;
- Mengapa pemerintah politik mahupun diraja negara-negara Arab ada yang boleh tidur lena menjadi boneka British?
- Tidak adakah pemerintah negara - negara Arab yang cukup bijak menangani kelicikan diplomasi British menjalankan jarumnya demi menjaga kepentingan ekonomi dan strategi politik, disamping menjunjung kedaulatan Israel? Tak ada ke orang Arab yang benar-benar jujur dan yang bijak, lebih bijak dari laknatullah Zionis dan wakil-wakil negara Britain ni? Setelah berpuluh tahun, masih tiada peningkatan yang boleh dibanggakan sehingga dapat sekelumit pun menakutkan Israel?
- Kalau orang Arab tiada yang cukup bergeliga, bagaimana dengan warga negara lain? Mengapa terus saja dibiarkan Israel dapat apa yang dia mahu? Apa kelebihan exclusive dia? Apa rahsia mereka? Malah semakin lama, Israel semakin besar kepala, bongkak, langsung tidak terkesan dengan apapun atau sesiapa pun hatta PBB. Takkan lah di badan dunia seperti PBB pun tiada yang lebih cerdik dari Israelis & macai-macainya?
Dalam buku ini, seingat saya tidak langsung disebut mengenai teori konspirasi. Memang ada dinyatakan bahawa bangunan parliament pertama Israel Knesset dibina dengan wang yang didermakan oleh Rothschild dan isterinya melalui Rothschild fund. Ini fakta. So fine. Tapi kita yang pernah baca tentang teori Iluminati mungkin ingat, peranan Rothschild dalam membina empayar Zionist. Rothschild the bloodline of Dajjal (Antichrist). Saya pun bukan nak baca tentang teori mori. Sebagai sebuah penulisan akademik, sememangnya setiap ayat mesti disokong bukti dan fakta, dan yang di ulang sebut sangat banyak kali adalah, British sebenarnya tidak mengamalkan dasar bebas, berkecuali dan seimbang dalam menangani situasi di Timur Tengah dan berhubung krisis yang membawa kepada Perang 6hari mahupun selepas ya.... sehingga sekarang. Saya rasa yang ini semua orang pun sudah tahu cuma credit kepada penulis kerana mengumpul kan begitu banyak fakta dan bahan rujuk menyokong kenyataan tersebut.
Mungkin, ada lagi nanti penulis yang mengupas pula secara akademik, mengapa pemerintah dan negara negara Arab / Tebing Barat / Timur Tengah bersikap seperti yang kita tahu, suam suam kuku bila membangkang, tidak konsisten, tidak bersatu... Mengapa? Apa penyebab dari sudut sejarah, politik, sosio ekonomi dan sebagainya.
Apapun, saya bertuah dapat menyelesaikan karya ini, British dan Perang Enam Hari 1967 Arab Israel.
I love to read. I love to write. Access to good books, time to spare to read great books, enjoying the warmth of hundreds of books a year is a blessing. Bacalah semua jenis buku dan novel supaya anda tahu memilih antara karya bernilai dengan karya picisan. Kekadang anda akan berjumpa dengan karya yang rasa macam nak di tong-sampahkan. Sharings on this blog are my very own, honest thoughts on my reads. Saya persembahkan nukilan lensa kreatif kritis Yazlina Saduri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim
Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...
-
Egois karya Norhayati Berahim. Seperti biasa, watak wanita cerita NB adalah seorang yang tidak terlalu jelita namun sedap mata memandang, ...
-
Novel fiksyen perang Malaysia Platun Harimau: Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah Lt. Kol. Mohd Radzi Abdul Hamid Sinopsis Rejimen A...
No comments:
Post a Comment