Tuesday, June 30, 2020

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim


Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Mengenali Rasulullah SAW tulisan Ustaz Johari Yaman. Hari ini pabila mula menyelusuri halaman Budiman, saya ada rasa.... hmmmmm... tak pasti apa yang saya rasa. Speechless juga. Saya sememangnya kerap baca buku tanpa baca sinopsis kulit belakang atau reviews. Prefer to be surprised. Memang saya surprised, unhappily surprised. Watak Budiman, pandangan saya mengenainya, mixed feelings. Yang pasti, tulisan penulis ini menceritakan perjalanan hidup Budiman, dengan teman-temannya, membuka helaian pemahaman baru buat saya. Ohhh gitu rupanya, ohhh gitu. Nak kata kesian, tak sampai. Nak kata bengang, pun tak sampai. Tak tahu nak kata apa.

Buku limited print Budiman Regina Ibrahim | Shopee Malaysia

Rasanya apa yang dinukilkan, bersandarkan realiti. Saya rasa sedih yang amat, pabila Budiman dan Fairuz terutamanya, yang merupakan couple songsang di luar pandangan mata umum, juga digambarkan sebagai mereka - mereka yang tergolong tinggi IQ, cerdik, petah berkata-kata. Fairuz pula yang merupakan anak kepada pendakwah terkenal, punyai pengetahuan mantap, Ustaz yang namanya agak tersohor. Mereka terus bernafsu melayani nafsu, walaupun setelah berkahwin dan punya anak. Wanita dilihat sebagai cover, dan kilang anak. Sedihnya.

Kalau kita yang tak boleh terima golongan begini terus menerus menidakkan, jadi macam denial. Namun untuk kita galakkan pun tak patut. Perlakuan melakukan seks songsang, lebih-lebih lagi sejak mereka masih di bangku sekolah, amat meresahkan, sesuatu di luar fitrah insan. Tindak balas masyarakat menyokong dan memberi galakan supaya golongan ini, khususnya yang beragama Islam, ada platform untuk melempiaskan nafsu atau beri kemudahan agar mereka dapat terus melayani pujukan serakah itu, bagi saya juga tidak patut. Saya yang pandai-pandai melabelkan tuntutan kemahuan "itu" sebagai nafsu serakah, mungkin juga dilihat sebahagian manusia sebagai tak patut. Iya saya pernah didedahkan pada tajuk perbincangan 'gender and sexuality variations', tapi setakat dengar saja. Saya tak terdorong untuk ikuti perbincangannya. Kita dan pandangan kita lah ya.

Mungkin dengan bertambah-banyaknya 'port' untuk kaum LGBT ni, jadi pemangkin bertambahnya golongan ini. Nanti jadi semacam sesuatu norm. Norma songsang 😢 Dorongan untuk pemuda Muslim yang merasakan beliau harus diberi pilihan, sama ada untuk jadi straight atau untuk jadi non-straight, (dengan macam-macam jenis sexual inclination), rasa saya perlu dipenjarakan. Tak boleh kita condone tapi nak confine, entah lah. Mungkin gejala ini boleh dikawal dari menukar pabila pelaku hubungan songsang di lihat sebagai penjenayah dan didakwa? Ke, kot nanti isu ini dijadikan kes pencabulan hak asasi manusia? Macam mana yer? Saya pastinya bukan dari kalangan ilmuan yang pantas memberi nasihat. Hanya bisa memberi pendapat.

Pengakhiran untuk Budiman... Allah tiba-tiba ...

Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri Mengenali Rasulullah SAW

Mengenali Rasulullah SAW
Ustaz Johari Yaman
28 Jun 2020


Terlaksana... melengkapi satu dari beberapa, bacaan amat bermakna bagi saya tahun ini. Kitab Sirah Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Ditulis oleh Ustaz Johari Yaman, yang ini cetakan ketiga Edisi 2007. 745 mukasurat terbitan Nadi Minda Resources. Alhamdulillah.

No photo description available.


Dapat saya bayangkan kejadian sejak sebelum hijrah dan penulis kemudian ya memperincikan peristiwa-peristiwa utama setiap tahun Hijrah termasuk kesemua peperangan. Peribadi Rasulullah SAW serta para Sahabat juga diceritakan. Walaupun tebal buku ni, sungguh saya rasa tak lelah tak jemu membacanya. Paling mengujakan adalah bila baca mengenai harum nya tubuh Baginda, bentuk tubuh Baginda dan mukjizat-mukjizat Baginda. Tahukah anda, selain AL Quran, mukjizat Rasulullah SAW seperti yang diceritakan melalui riwayat hadis, adalah keluarnya air dari celah-celah Jari Baginda, membolehkan berpuluh lelaki berwuduk dan beratus lagi bisa minum menghilang dahaga? Ini maklumat baru bagi saya.

No photo description available.


Seronok sangat baca. Malah, walaupun sedikit lenguh lengan, sekejap kanan sekejap tukar kiri menampung berat buku sebab menariknya fakta yang disusun menjadi sebuah narrative yang indah (ahh tak seberapa pun beratnya sebenarnya). Mungkin esok atau lusa baru saya akan tulis full review di Goodreads dan blog saya - IQRA. BACA. READ. Tiga hari sebelumnya saya baca kisah 25 Rasul Jilid 1 dan 2. Buku-buku nipis saja sebenarnya lebih sesuai untuk bacaan anak-anak. Tapi saya baca juga untuk tambah pengetahuan, pemahaman dan refresh apa yang saya ketahui tentang para 25 Rasul Allah. Walaupun ringkas, pengisiannya padat berisi dan dengan bahasa yang mudah ingat InsyaAllah. Kawan-kawan, jom baca buku 😊📖📚 Nikmatnya.... Moga Allah limpahkan rahmatNya supaya kita terus merasai kelapangan jiwa dan punya waktu untuk baca, baca, baca buku

No photo description available.



Sunday, June 21, 2020

Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri - Rebab Bertali Tiga

Novel Melayu

Rebab bertali tiga
Aripin Said

Sinopsis
Pak Doman datang dengan memakai jubah Putih, berserban Putih. Janggutnya panjang hingga ke dada, juga berwarna putih. Air mukanya jernih. Dia sentiasa senyum. Dalam mimpinya Itu, Pak Doman mengajar Kudin menggesek rebab dan menyanyikan lagu-lagu zikir. Namun Kudin tidak pernah menceritakan pada sesiapa tentang mimpinya itu. Mengapa?

Sesungguhnya rebab bertali tiga Itu Pak Domanlah yang punya. Diberikannya kepada Kudin ketika hendak berangkat ke Makkah dahulu.

Apa istimewanya rebab bertali tiga Itu kepada Kudin?

Demikian secebis episode daripada cerpen "Rebab Bertali Tiga", salah sebuah cerpen di dalam antologi Rebab Bertali Tiga. Sebanyak 15 buah cerpen di dalam antologi karya Aripin Said ini mengungkapkan pelbagai tema yang sesuai untuk remaja, Dan kesemuanya di gubah mengikut aspirasi remaja Malaysia


48822351. sx318


Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri @ Kedai Buku Saduri

Saya ada beberapa buah buku antologi cerpen yang diterbitkan dan berkemungkinan ditulis sebelum tahun 2000. Jika ada yang buat kajian perbandingan, antara cerpen dalam buku antologi yang ditulis sebelum tahun 2000 dan selepas tahun 2010, rasa saya hasilnya pasti menarik.

Dalam antologi Rebab bertali tiga, cerita Prasangka bagi saya paling 'menangkap'. Cikgu Malim, secara agresif namun berhemah, meniupkan angin perubahan - lebih dekat pada cara hidup dipayungi syariat Islam bagi warga Sekolah Menengah Seri Siantan. Dora, Umi dan dan Zana, juga Sapian, mungkin anak muridnya yang paling terkesan. Menyerbu setitik air mata juga. Aripin Said bijak mengaitkan satu cerita dengan yang lain dengan satu atau dua persamaan.

Contoh, cerita Kuntum-kuntum Kenangan, tentang Cikgu Zali dan anak muridnya Mariam, sama jatuh Cinta dalam diam. Cikgu Zali berkereta Proton Saga Biru Tua. Selepasnya, dalam cerita Panas Tidak Sepanjang Hari, Cikgu Haris watak guru muda lelaki yang berbuat lebih menyelamatkan seorang anak murid gadis manis dan cerdik, Dora, dari tergelincir ke lembah kerja kilang sebelum tamat Sekolah, dek hambatan ekonomi keluarga bapa Dora, Si peneroka FELDA. Kereta Cikgu Haris Proton Saga warna merah.

Rebab Bertali Tiga tentang anak muda Kudin bersahabat baik dengan rebab peninggalan Pak Doman. Sebuah Harta Warisan cerita anak muda Roslan, tertarik dengan gadis Sekolah ya Lina anak lelaki buta Pak Tamin, pemain biola.

Sebuah Warung di Tengah Kota, cerita Si anak muda bernama Nadim yang menjadi sumber aspirasi bapanya, meniaga makanan di tengah sesaknya



Rothschild: Yahudi Kepercayaan Dajjal
Ibnuyaacob

Perkongsian Beberapa Sumber 

Di Senarai Goodreads
Kami cenderung untuk mengatakan bahawa Rothschild adalah berasal dari keturunan Ibn Sayyad atau nama sebenarnya Saff atau Abdullah bin Said. Beliau adalah penduduk Madinah berbangsa Yahudi ketika zaman Rasulullah SAW. Ibn Sayyad pernah hendak dipancung oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika kanak-kanak kerana mengaku sebagai nabi di depan Rasulullah.

Dalam buku kedua kami bertajuk Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal, kami mendedahkan bahawa ungkapan Rothschild itu mempunyai makna tersembunyi yang menunjukkan tanda hubungkaitnya dengan Dajjal. Dan kami percaya bahawa nama itu diberi sendiri oleh Dajjal kepada keturunan cucu-cicit Ibn Sayyad sebagai satu Kod Rahsia agen-agennya di masa depan.

Berdasarkan ketetapan takrifan tersebut, kami menyimpulkan nama ROTHSCHILD sebenarnya bermaksud “Dajjal si anak haram yang berambut kemerahan yang tinggal di dalam sebuah tempat perlindungan.”

Kajian lanjut tentang rahsia nama Rothschild berserta hadith-hadith boleh dilihat pada Bab 22 buku Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal.

"Mana-mana penulis,guru,pensyarah atau ahli politik yang cuba menyembunyikan nama Rothschild boleh dianggap menipu,hipokrit atau melakukan jenayah" (Jeneral Cherep Spiridovich,1926)

======
Sumber: http://fadliakiti.blogspot.com/2012/05/seram-rothschild.html
Buku teori konspirasi ini membawa wacana perkaitan sebuah dinasti keluarga paling bahaya dalam umat dunia sekarang, Rothschild, dari permulaan hidup yang sederhana menjadi keluarga jutawan paling kaya dan terpengaruh sarwa dunia, memberi tekanan kepada setiap pemimpin berkuasa dunia. Hal ini tidak sahaja terikat kerana wang dan kuasa keluarga berkuasa tetapi "di bawah radar" ini tetapi atas perjanjian yang lebih purba dari tawarikh, Dajal Laknatullah sendiri.

Tetapi lebih lama saya menelaah buku ini, lebih menakutkan jadinya, benar, saya tak pernah jadi takut bila membaca buku Stephen King mahupun Tok Awang, tetapi membaca buku ini, pada suatu malam saya seorang, bulu roma saya naik semacam, lagi-lagi apabila memasuki bab ritual syaitan yang dianggap dilakukan oleh keluarga Yahudi berpengaruh ini. Menghabiskan buku ini seakan satu "kengerian" yang tidak pernah saya rasai, seakan merasa pesimis terhadap hidup dan hanya Allah yang dapat memberi jalan penyelesaian terhadap cengkaman Dajjal laknatullah terhadap kita.

Antara bab yang "menakutkan" dan sangat kontroversial adalah bab berkenaan perkaitan perintis Salafi Muhammad bin Abdul Wahhab-Ibn Saud dengan Illuminati/Freemason(!) serta penggerak kaum muda, Syed Jamaludin Afgani sebagai antara Ketua Lodge Freemason(!) yang memaparkan bagaimana bertahun-tahun di Malaysia, orang kaum tua masih bertahan menolak perjuangan "kaum muda" atas sebab-sebab yang mereka sedari bahayanya, termasuk Tok Kenali.


Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri @ Kedai Buku Saduri

Untuk makluman, tiga hari yang lepas saya baru selesai membaca buku Perang 6 hari 1967 Arab Israel. Sewaktu dan setelah selesai, terlalu banyak persoalan dan tidak puas hati. Marah, sangat marah meluap luap. Mengapa? Mengapa? Kenapa bangang sangat sampai senang sangat tanah dijarah dan dirampas sewenang-wenangnya oleh regis Zionis? Kenapa tiada siapa yang berani tunjal kepada Israel, atau sekurang-kurangnya "say NO you cant do that STOP".

Sepanjang dan selepas selesai baca buku Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal, baru lah reda hampir kesemua persoalan di atas. Ia benar, buku ini mungkin lebih teori berbanding buku sejarah, yang mesti ditulis oleh ahli sejarah atau ahli akademik atau penyelidik. Namun, saya puas betul dapat baca buku Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal ni, apalagi beberapa hari selepas saya baca buku (yang ada macam tesis juga rupa dan isinya) yang tajuknya British dan Perang Enam Hari 1967 Arab-Israel Pengarang: Muhamad Hasrul Zakariah

Saya mesti baca sekali lagi buku Rothschild ni. Rasa tak puas kena baca laju-laju. Dan seperti yang disarankan penulis, mesti cuba untuk panjangkan kajian dengan salah satu caranya ialah selidik dan baca semula buku / link rujukan / press write ups dan sebagainya, yang dikongsi oleh penulis. Jadi kita lebih faham, dan mungkin lebih yakin akan teori konspirasi Dajjal-Rothschild-Iluminati. 







Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri - Platun Harimau: Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah

Novel fiksyen perang Malaysia

Platun Harimau: Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah
Lt. Kol. Mohd Radzi Abdul Hamid

Sinopsis
Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan antara pasukan Tentera Darat tertua yang telah terlibat dalam banyak operasi dan amat digeruni pengganas komunis. Namun, sekitar tahun 1980-an, pasukan ini menerima tentangan hebat pengganas komunis. Dalam dua operasi yang dijalankan, 16 orang anggota terbunuh ketika bertempur dengan pasukan khas komunis, Black Jacket. Bagi pasukan Tentera Darat, hanya platun Harimau yang layak menentang Black Jacket demi membela kematian 16 orang perajurit. Laftenan Fauzi dan Platun Harimau mula memburu Black Jacket yang diketuai Chong Woo. Ibarat buku bertemu dengan ruas, hanya pengalaman, kepakaran, kebijaksanaan, kreativiti dan nasib yang menentukan dendam siapa yang berbalas.

Image may contain: 1 person


Perkongsian di bawah saya kongsikan juga credit untuk  blog http://awangdemananakpahang.blogspot.com/2010/11/sekelumit-cerita-tentang-darurat.html
yang nyata mengupas buku dengan menarik disamping ada cadangan di hujung pena.


Di samping itu seorang pegawai tentera,  

Lt.Kol. Mohd.Radzi Abd.Hamid juga menghasilkan novel perang   

berjudul Platun Harimau: Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah   

terbitan DBP(2009) juga menggambarkan kehebatan perjuangan Rejimen   

Askar Melayu Diraja(RAMD)memerangi pengganas komunis.   

Sejarah mencatatkan Rejimen Askar Melayu Diraja merupakan antara   

pasukan Tentera Darat tertua yang telah terlibat dalam banyak operasi   

dan amat digeruni pengganas komunis. Namun, sekitar tahun 1980-an,   

pasukan ini menerima tentangan hebat pengganas komunis. Dalam dua   

operasi yang dijalankan, 16 orang anggota terbunuh ketika bertempur dengan   

pasukan khas komunis,Black Jacket. Bagi pasukan Tentera Darat,   

hanya Platun Harimau yang layak menentang Black Jacket demi membela   

kematian 16 orang perajurit. Leftenan Fauzi dan Platun  Harimau   

mula memburu Black Jacket yang diketuai Chong Woo. Ibarat buku   

bertemu  dengan ruas,hanya pengalaman, kepakaran, kebijaksanaan   

,kreativiti dan nasib  yang menentukan dendam siapa yang berbalas.
   

Novel Platun Harimau:Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah   

menggambarkan secara kreatif operasi menumpaskan  pengganas   

komunis kumpulan Black Jacket pimpinan Chong Woo.    

  
               Di samping itu dalam novel Tenang Dalam Gelora   

terbitan Goal Intelligent publishing Sdn.Bhd.(2007) juga ada   

digambarkan penglibatan ejen komunis dalam peristiwa   

konfrontasi tentera Indonesia di Felda Tenang dan   

Kampung Tenang, Segamat, Johor pada era 1960-an.   

Daerah Segamat Utara merupakan kawasan hitam  dan   

tempat berkumpulnya pengganas komunis pada   

zaman Darurat dan itulah yang  mendorong pencerobohan   

tentera Indonesia ketika itu yang menghadapi tentangan  hebat   

daripada askar Melayu sebelum mereka ditumpaskan sepenuhnya.   

   

                Sebenarnya masih banyak kisah-kisah perjuangan gagah   

berani memerangi pengganas  komunis tidak ditulis oleh para   

penulis khususnya bekas tentera, polis atau  home guard. Ada baiknya   

usaha-usaha menulis kisah itu ditulis dan diterbitkan dalam   

bentuk buku atau novel untuk diketahui oleh generasi kini dan   

akan datang. Contohnya kisah kekejaman komunis membakar   

balai polis Kuala Krau, Pahang belum dibukukan lagi dan kisahnya   

sama hebat dengan peristiwa Bukit Kepong di Johor.   

Begitu juga novel-novel patriotik seperti yang dibicarakan   

di atas wajar dijadikan teks KOMSAS atau teks kesusasteraan.   

Tujuannya agar pelajar di peringkat sekolah lagi boleh mengetahui   

kekejaman pengganas komunis agar tidak  buta sejarah sebagai   

persediaan menghadapi suasana hidup yang lebih mencabar    

pada masa akan datang. 


No photo description available.


Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri


Misi Hutang Darah Di Bayar Darah bagi saya bersifat patriotik dan mesra perang komunis, saya suka. Sememangnya ini yang saya cari bila ambil keputusan untuk membaca sebuah novel perang yang berlatarkan era komunis masih berleluasa di Malaysia. Penulis telah sebut di awal buku, semua watak adalah ciptaan belaka cuma semua cerita dalam novel ini benar benar berlaku. Saya degil juga nak cuba bayangkan yang hero nya kot ada rupa macam Tuan penulis. Banyak juga gambar dan keratan akhbar diselit dalam cerita, ini menambah kelebihan buku ini berbanding cerita genre lain.

Tajuk buku pun Platun Harimau, jadi memang patut anggota Platun Harimau yang beraksi hebat berbanding anggota rejimen lain. Heronya walaupun tidak diterangkan sebagai seorang lelaki gagah tinggi kacak oleh penulis, di lihat "handsome juga" oleh Inspektor Baini, Leftenan - Kapten Fauzi. Paling comel saya ingat dalam Bab Harimau Mengganas di Kem Chong Woo, password Sarjan Mansur kepada Prebet Baharuddin "Babi Montel".

Tuan penulis, tidak dijelaskan sampai akhir buku, mengapa dua Nuri terbang rendah atas kem musuh 25minit sebelum H-Hour? Pastinya ada kesilapan arahan atau ketidak patuhan arahan? Mujur anggota Platun Harimau over average. Dalam situasi sebenar di medan pertempuran pasti ada keadaan begini juga. Ngeri memikirkannya. Nyawa boleh melayang begitu mudah dan pantas hanya disebabkan silap sikit sana sini, dan keadaan luar duga. Apapun, pasukan tentera kita taat dan keberaniannya, di screw dengan Sumpah Perajurit, benar jelas. Tak pasti dan tidak dapat bayangkan apa pengisian masa anggota tentera kita yang sedang bekerja dalam keadaan sekarang. Pengganas di hutan nampak macam dah tiada.

Moga novel ini dibaca lebih ramai lagi di kalangan anak bangsa dan dapat dihayati semangat patriotism yang cuba ditebarkan. Saya fikir vibes sayangkan negara perlukan lebih banyak sokongan berupa karya fiksyen sebegini. Mungkin ia dapat jadi pemangkin supaya anak-anak kita lebih gemar membaca dan ambil tahu.


Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri : Original H.M. Tuah Iskandar

Novel Melayu

Original
H.M. Tuah Iskandar

Sinopsis
Tamsis dan Derra Mandy, kedua-duanya terpisah oleh benua dan lautan. Tetapi di University of Kingdom, Derra Mandy telah menjadi identiti yang mengelirukan, manakala di tempat kelahirannya di Muar, Tamsis turut gagal mengenali dirinya sendiri.

Lebih aneh, Derra Mandy yang telah menganut agama Islam itu ditemui bersama Stevas seorang lelaki Inggeris di sebuah hotel do Glocester. Dia lebih gemar menggunakan nama Derra Mandy daripada Norhayati Abdullah yang diberikan oleh Tamsis, sedangkan antara dia dengan Tamsis bagaikan sinonim meskipun kedua-duanya terpisah jauh.

Mastermind di sebalik semua kekalutan ini bijak tetapi apakah ia cukup kuat untuk berdepan dengan riwayat hidup Tamsis yang dibacakan oleh Liza, seorang Secret admirer untuk memulakan ingatan Tamsis?

Original memang mencabar minda anda untuk mencari siapa dan apa itu original?

Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri

Novel karya Dr H. M. Tuah, Original--amaran 📖 jika baca dengan nada santai, rasa saya lama sudah buku ni tercampak semula ke rak. Berbelit sungguh Iya, tanpa belas memaksa pembaca merungkai misteri who's who and what, what, why. Hampir di pertengahan buku, masih sukar atau tak berjaya buat telahan, siapa Masdor Miskin - Tamsis Ancil -... Satu lagi Nama yang mula dengan huruf "F", saya dah lupa. Tak sangka kan, ada unsur sci-fi sikit. Watak-watak Rose-Liza, dan Zanariah-Rohaiyah, pulak kekadang macam bodoh alang pada hal mereka semuanya cerdik. Geran betul. Ceritanya melompat dari time 15 tahun dulu ke sekarang, dari UK ke Muar.

Tetapi, selepas Liza mula bacakan catatan TAMSIL, mata dan otak saya semacam refreshed. Awesome giler adventure Mamat tu. Disulami pula pengalaman dia sewaktu mula kerja di agenci berita hingga dia jadi wartawan top 5. Cara Manuskrip Tamsil ditulis, very engaging. Berfakta macam catatan sejarah tapi menarik dengan serakan warna pelangi. Very useful and informative notes.

Selesai membaca, saya dah confirm kan diri sendiri sebagai peminat Tamsil. Rasanya buku Enrique Mengundang Jauh dan Stefa Isle berkaitan kot, sebab keduanya ada disebut sekilas dalam cerita Tamsil. Mesti baca lahhh

Image may contain: 1 person

Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri : Detik-detik Diri di Daerah Daif


Detik-Detik Diri Di Daerah Daif
Shahnon Ahmad

Sinopsis
Detik-detik Diri di Daerah Daif menyingkap pengalaman dan liku-liku hidup seorang sasterawan Negara secara jujur dan berterus terang. Sikap hidup masyarakat Banggol Dedap yang daif tetapi kaya dengan semangat bergotong royong membawa suatu nostalgia yang manis dan mengharukan penulis. Autobiografi ini adalah tunjang daya kreativiti Shahnon di mana setiap hasil karyanya dapat di singkap dalam autobiografi ini.

No photo description available.


Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri

Gila. Shahnon Ahmad memang gila. Gila open. Kalau saya tak pernah baca karya Shahnon Ahmad sebelum ini, memang saya akan fikir begitu. Orang tua tu mesti tak betul. Otak mereng. Ada ke manusia yang bau darah dan nanah semacam Indah untuknya, disapu saja lelehan darah dan nanah dari badan Pak Lang Lahuma yang tengah derita membusung tu dengan tangan. Ada ke budak yang dengan mata terbeliak takjub menengok darah membuak dari tenggolok lembu korban? Ada ke penulis dalam autobiography nya tanpa silu bercerita seronoknya menengok ayam jantan dengan ayam betina berlaga, kerbau jantan buat projek dengan kerbau betina, bersama dengan geng kejar budak-budak yang belum bersunat untuk minta.... (apa tu namanya), kotoran yang melekat kat buah pelir budak untuk lap tangan yang dah disengat keli supaya bisa tak terus mengganas sampai ke ketiak. Penulis ni dengan bangganya explain tentang cacing kerawit cacing rambu bisul peliharaannya yang paling prolific di kawasan sekitar dubur, adohyaiii!! Ada ke penulis yang selamba describe kekejaman meloyakan bapak sendiri membunuh burung peliharaannya? Ada ke? Ada laaa. Sahnong lah tu. Dia seorang saja Kat Malaysia ni kot.

Sungguh la. Selepas baca buku Detik-detik Diri di Daerah Daif, saya rasa lebih faham kenapa dia tulis cerita tersohor Ranjau Sepanjang Jalan. Saya ingat lagi, dalam review saya tentang tragedi kematian Lahuma yang diceritakan, saya hairan, mana perginya masyarakat kampung tu? Gila ke apa di biarkan saja orang sakit gitu tanpa ada usaha bawa ke hospital atau sekurang-kurangnya panggil wakil Pejabat kesihatan datang buat kerja. Sekarang dah baca buku Detik-detik diri di daerah daif, saya faham. Faham lebih sikit tentang masyarakat kampung daif Shahnon Ahmad. Rasa macam nak pergi cari lah Kampung dia tapi no point juga kan, sebab dah jadi gemulah, kalau jumpa pun dah jadi zombie kampung tu. Sayang sungguh.

Saya sendiri pun otak tunggang langgang bila menulis selepas membaca kadang-kadang lebih ngok dari budak separuh masak. Shahnon Ahmad yang lalui zaman kanak-kanak nya di daerah seperti Banggul Derdap, dengan watak-watak orang tua sana, patut lah.

Apapun, buku ini saya fikir sangat best. Anda sangat rugi jika tak baca kalau dah terjumpa. Manusia bernama Shahnon Ahmad ada seorang saja. Dan dia ceritakan cerita dia dalam sebuah buku nipis tapi tebal, anda better carilah buku ni. Rasa saya, anda tidak akan menyesal.


Lensa Kreatif Kritis Yazlina Saduri : Dia Lebih Mengerti dan Cinta Jangan Kau Pergi



Sinopsis
Cinta Jangan Kau Pergi



“ENTAHLAH MARIA... sampai bilalah aku mahu menjadi seperti ini? Sampai bilalah aku mahu terperangkap dalam tubuh seorang lelaki yang aku cipta sendiri? Aku dihina kerana fizikal aku. Bahkan kau tahu bukan, orang yang aku sayangi sanggup mencerca dan menjatuhkan air muka aku sampai begitu sekali.”

Sudah bertahun-tahun Maria cuba mengubah Zulfa, namun nyata masih lagi gagal. Zulfa tidak akan berubah dengan paksaan. Dia yakin suatu masa nanti, gadis itu akan menjadi gadis yang sejati. Akan berubah dengan kehendaknya sendiri.

Sungguh cantik papan di Jawa
Disulam dengan daun kencana
Sungguh enak fitnah dibawa
Diri menerima jiwa merana

Disulam dengan daun kencana
Papan di Jawa dibuat peti
Diri menerima jiwa merana
Sampai mati tetap diingati


Sinopsis
Dia Lebih Mengerti
Sesekali bukan tidak diikut akal warasnya, sesekali bukan tidak difikirkan rasa cinta yang masih ada. Namun kenangan silam, cukup membuat seorang Umairah terpaksa mengalah. Diperendah dan dihina, dinista dan hanya mampu mendapat sisa. Umairah akur kehendak takdir. Cinta itu bukan untuknya.


Tetapi lelaki yang bernama Syed Abid tidak mengerti. Terlalu besarkah kesalahannya sehingga Umairah marah? Terlalu banyakkah dosanya sehingga Umairah mengalah. Bagi lelaki ini, cinta yang ditemuinya kali ini, cinta sejati. Bagaimana Umairah marah, bagaimana Umairah mengalah. Tidak semudah itu dia akan menyerah kalah. Cintanya hanya untuk Umairah. Tiada siapa yang boleh menegah. Kerana bagi Syed Abid, cinta yang ada dihatinya, hanya dia sahaja yang mengerti.

No photo description available.


Lensa Kritis Kreatif Yazlina Saduri

Saya baca back to back: Mula-mula Dia Lebih Mengerti, diikuti dengan Cinta Jangan Kau Pergi. Ada persamaan dalam dua cerita ini walaupun tidak berkait.

Qasim dicintai oleh Zulfa semasa belajar di Australia, Qasim Si mangkuk hayun dengan bongkak menghiris hati Zulfa dan sesuka hati memfitnah Zulfa dengan tuduhan keji. Dalam buku Dia Lebih Mengerti, Syed Abid mencintai Amy tetapi dia dilukai perempuan tak cukup kain tersebut dan tak cukup ilmu tu akibat motivasi songsang daripada ibunya. Apalah punya 'blur' muka Syed Abid agaknya semasa ditempelak oleh Amy kali terakhir mereka bersemuka di kampus.

Dalam cerita Cinta Jangan Kau Pergi, Zulfa yang membawa diri ke Cameron Highlands seronok bekerja dengan Dato' Lim dan bekas isterinya Datin Rosie. Tugasnya, Zulfa sendiri pun bila ditanya tidak pasti apa kerjanya. Yang pasti dia gembira dan sentiasa rasa cukup dan teruja dikelilingi haruman dan warna-warna bunga. Pendapatan pun boleh tahan besar. Jauh beza dengan Qasim yang beriya-iya menjalankan jarum dengan boss untuk pastikan dia dapat naik pangkat. Kecoh saja lebih si Qasim tu. Mulut bukan main puaka. Sesuai sangat lah dia dengan Nabila.

Tragedi kemalangan yang meragut nyawa isteri dan anak-anak Doktor Sofyan .... Pengajaran besar untuk kita ; jika kasih mesti nyatakan, jika sayang mesti tunjukkan. Menyesal kemudian tiada gunanya. Zulfa akhirnya jadi rebutan adik beradik Qasim dan Doktor Sufyan. Saya sangat suka pilihan Zulfa. Dan saya suka ilmu tentang penanaman bunga Ros yang dibentangkan oleh penulis. Anda pernah dengar atau kenal pokok 'Rose hip'?

Persamaan dalam buku-buku Cinta Jangan Kau Pergi dan Dia Lebih Mengerti tulisan Norhayati Berahim,
- ada cerita antara adik beradik yang berkrisis dalam kedua-dua buku
- ada cerita lelaki / wanita mencintai seorang lelaki / wanita dan dikecewakan
- ada cerita watak utama lelaki / wanita belajar di luar negara dan pabila balik ke Malaysia bina semula kekuatan dan perolehi semula kebahagiaan yang hilang
- watak utama wanita terlibat dalam projek penanaman berskala besar; Zulfa dengan ladang bunga ros di Cameron Highlands dan Umairah dengan ladang anggur di Johor

Kesudahan, 
Dia lebih Mengerti
Syed Abid jatuh Cinta dengan Umairah adik Amy. Comel la Si Syed Abid ni pura-pura poyo dan poket nipis jadi Mat Despatch tinggal berkongsi di rumah sewa, sebab nak uji hati Umairah. Nekad sungguh dia ikut Umairah dari airport selepas tu buat keputusan terus nak jalankan projek. Pengakhirannya manis buat Syed Abid namun agak tragis untuk Umairah yang kehilangan ibunya. Watak ayah Umairah, antara yang paling lemah dalam ramai watak-watak ciptaan Norhayati Berahim melalui novel-novelnya.

Dia Lebih Mengerti
Adik beradik Doktor Sufyan dan Qasim bertelagah juga walaupun sebelumnya regu kumpul duit banyak-banyak hasil didikan ibu dan ayah di kampung. Kedua mereka jatuh cinta tanpa dirancang dengan Zulfa. Saya amat suka menerima ilmu dan perkongsian keseronokan yang dibutirkan oleh penulis tentang projek penanaman anggur secara besar-besaran. Bayangkan saja berpuluh ribu pokok dengan buah anggur bergantungan dari dahan, alangkah indahnya.




Lensa Kritis Kreatif Yazlina Saduri - British dan perang enam hari 1967 Arab-Israel

British dan perang enam hari 1967 Arab-Israel
Muhamad Hasrul Zakariah

Lensa Kritis Kreatif Yazlina Saduri

Dalam Tinta Prakata, penulis mencatatkan bahawa buku ini berjaya diterbitkan dengan sumbangan yang tebal dan jitu daripada beberapa pihak khusus nya para guru dan mentor beliau di UKM, USM, UTM. Antara yang disebutkan namanya adalah Allahyarham Prof Dato' Dr Nik Anuar Nik Mahmud (saya catat yang ini saja ya sebab saya alumni dan kini bekerja di UKM 😊). Penyelidikan untuk menyiapkan buku ini dibuat antaranya ketika penulis menjalankan penyelidikan selama 18 bulan di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London. Penulis juga berjaya mengumpul kan data sewaktu bekerja di beberapa institusi terkemuka termasuk di St Anthony's College, University of Oxford. Benar saya juga salute, Nota kaki dan rujukan ibid yang di senaraikan dalam buku ini, bukan calang - calang. Pendek kata, saya setuju (sebagai orang biasa yang bukan dari kalangan penyelidik atau ahli akademik), bahawa buku ini merupakan sebuah hasil penulisan yang terperinci dan berfakta.

Sebagai orang biasa yang niatnya ingin menambah pemahaman berhubung konflik Timur Tengah khususnya yang berkaitan dengan perebutan Bailtulmuqadis, penghalauan rakyat Palestine dari tanah air mereka sendiri dan berleluasanya keganasan oleh tentera Zionis, hampir di setiap selang 4 atau 5 mukasurat waktu membaca buku ini, saya diserang helaan nafas tidak puas hati / geram / marah / tersangat marah, adakalanya rasa meremang bulu tengkuk dan sisi kiri kepala ada rasa sakit kerana berasa teramat amat marah. Antara yang begitu menekan emosi saya ;

- Mengapa pemerintah politik mahupun diraja negara-negara Arab ada yang boleh tidur lena menjadi boneka British?

- Tidak adakah pemerintah negara - negara Arab yang cukup bijak menangani kelicikan diplomasi British menjalankan jarumnya demi menjaga kepentingan ekonomi dan strategi politik, disamping menjunjung kedaulatan Israel? Tak ada ke orang Arab yang benar-benar jujur dan yang bijak, lebih bijak dari laknatullah Zionis dan wakil-wakil negara Britain ni? Setelah berpuluh tahun, masih tiada peningkatan yang boleh dibanggakan sehingga dapat sekelumit pun menakutkan Israel?

- Kalau orang Arab tiada yang cukup bergeliga, bagaimana dengan warga negara lain? Mengapa terus saja dibiarkan Israel dapat apa yang dia mahu? Apa kelebihan exclusive dia? Apa rahsia mereka? Malah semakin lama, Israel semakin besar kepala, bongkak, langsung tidak terkesan dengan apapun atau sesiapa pun hatta PBB. Takkan lah di badan dunia seperti PBB pun tiada yang lebih cerdik dari Israelis & macai-macainya?

Dalam buku ini, seingat saya tidak langsung disebut mengenai teori konspirasi. Memang ada dinyatakan bahawa bangunan parliament pertama Israel Knesset dibina dengan wang yang didermakan oleh Rothschild dan isterinya melalui Rothschild fund. Ini fakta. So fine. Tapi kita yang pernah baca tentang teori Iluminati mungkin ingat, peranan Rothschild dalam membina empayar Zionist. Rothschild the bloodline of Dajjal (Antichrist). Saya pun bukan nak baca tentang teori mori. Sebagai sebuah penulisan akademik, sememangnya setiap ayat mesti disokong bukti dan fakta, dan yang di ulang sebut sangat banyak kali adalah, British sebenarnya tidak mengamalkan dasar bebas, berkecuali dan seimbang dalam menangani situasi di Timur Tengah dan berhubung krisis yang membawa kepada Perang 6hari mahupun selepas ya.... sehingga sekarang. Saya rasa yang ini semua orang pun sudah tahu cuma credit kepada penulis kerana mengumpul kan begitu banyak fakta dan bahan rujuk menyokong kenyataan tersebut.

Mungkin, ada lagi nanti penulis yang mengupas pula secara akademik, mengapa pemerintah dan negara negara Arab / Tebing Barat / Timur Tengah bersikap seperti yang kita tahu, suam suam kuku bila membangkang, tidak konsisten, tidak bersatu... Mengapa? Apa penyebab dari sudut sejarah, politik, sosio ekonomi dan sebagainya.

Apapun, saya bertuah dapat menyelesaikan karya ini, British dan Perang Enam Hari 1967 Arab Israel.


Image may contain: ‎text that says "‎BRITISH DAN PERANG ENAM HARI 1967 ARAB-ISRAEL a.a הורנ MUHAMAD HASRUL ZAKARIAH‎"‎



Tuesday, January 16, 2018

Atheis by Achdiat K. Mihardja


Atheis by

Baca 3 Disember 2017



Pesan saya untuk diri sendiri, pertamanya, buku ini mesti dibaca sampai tamat, jika berhenti dipertengahan, bimbang terpesong. Sebabnya, hujah-hujah Rusli dan Anwar, sepertinya boleh meyakinkan ramai orang, terutamanya golongan bijak pandai yang fikirnya semua perkara perlu dijelaskan dengan kata-kata, perlu dibuktikan dengan sains, tidak cenderung mahu percaya kepada cerita yang asasnya ghaib, tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Cinta itu kan buta dan sering membutakan. Cinta kepada seseorang, harta kekayaan, rasa bahagia dalam hidup.... Kejadian dan cerita bersama Anwar di kampung Hasan penting menerangkan betapa mudahnya pegangan agama seorang yang berhati lembut bisa digoyahkan. Setelah lebih separuh buku ini ditelaah dengan nafas turun naik, saya jadi bina harapan yang tinggi untuk ketahui apa sebenarnya pengakhiran untuk konflik dalam diri Hasan. Iya betul, tahu nanti Hasan akan mati, tapi matinya sebab apa? Saya kecewa. Terasa macam ceritanya masih tergantung. Iya saya orang Malaysia mungkin tidak dapat baca between the lines, saya faham apa yang saya baca saja. Mungkin saya sendiri yang baca tetapi tidak mengerti. Apa jadi pada Kartini. Kenapa mesti Anwar yang dicari Kartini selepas rumah tangganya ditiup ribut. Rusli kenapa tidak lagi menjadi pelindung Kartini. Anwar masih bebas dengan kepura-puraan? Apapun, buku ini bagus untuk saya sedikit faham keadaan sosio kehidupan orang Indonesia khususnya di Bandung waktu pergolakan tahun 1940an.

Nota, kalau ada masa kena kaji, info yang saya baca dari review readers lain, Rusli si komunis dan Anwar si Nihilis.

Malam Ini Kita Semua Menangis Ahadiat Akasyah


12 January 2018




Buku ini sebenarnya not bad jika nak bandingkan dengan beberapa buku nipis yang temanya lebih gila-gila karya Ahadiat. In fact, buku ini ada kekuatan atau mungkin juga serius dengan sulaman kisah suka duka percintaan 2 couple; Johan-Dewi dan Roy-Sari. Pasangan pertama umpama dua insan bercinta di landasan penuh syahdu, kesetiaan menggunung, emphaty Dewi terhadap hasrat ibu Johan, down-to-earth parents Dewi menerima Johan walaupun jurang social class mereka begitu jauh... Desakan ibu Johan supaya dia mengahwini kawan sepermainan, Sari yang tidak membantah kerana tidak mahu lukakan hati parents dia, Dewi yang sanggup berpura-pura kerana tidak mahu meletakkan Johan dalam keadaan mendethaka krpada ibunya... ini semua membuat saya enjoy karya kali ini.

Unfortunately, saya lebih terkesan dibalut hati bengang dengan unloyalty dan ke-mata duitan Roy. Sebab harta dia berpaling malah mencemuh Sari selepas madunya dihisap. Saya lebih turned off dengan sikap Sari selepas dirayu semula oleh Roy. How could she? Kisah couple ini berdasarkan nafsu; nafsu berahi, nafsu amarah, nafsu duit. Menyakitkan hati tapi rasanya memang keadaan ini realistik. Marah tapi emotional roller hurricane inilah membuat buku ini 'meaty'.

Apapun, Malam Ini Kita Semua Menangis bagi saya antara karya yang berkaliber gabungan AA & Nir Erny Othman.

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...