Friday, March 11, 2016

I love you stupid Melur Jelita


Semoga Allah swt sentiasa hadirkan dalam diri kita perasaan berdosa dan sentiasa ingin baiki diri InsyaAllah. Ok...5 bintang untuk I Love You Stupid & Melur Jelita.



Alhamdulillah....lepas hampir seminggu, selesai satu lagi karya novelis tempatan yang awesome. Buku pertama MJ yang saya baca. Memang terkesan. Paling tebal seumur hidup saya, 1389 mukasurat, namun langsung tidak menyesal. Sejak beberapa mukasurat awal berkenalan dengan Iris & the divas, saya sudah pasakkan niat untuk habiskan, saya perlu tahu kesudahannya. Tak sangka antara awal cerita sehingga ke happy ending, ... memang best baca buku ni!

Sebenarnya saya kurang berkenan dengan watak Inspektor Ebrahim, mungkin sebab saya tak berapa minat polis trafik, paling dominan dalam pemikiran saya ialah polis trafik lebih suka memilih jalan mudah menahan kereta atau motor di laluan kecemasan sedangkan lori pasir lori tanah berselirat atas city road waktu peak-hours, bas express yang laju menggila memotong kiri kanan di highway, tak dihiraukan. Jadi saya amat senang hati apabila tiba-tiba Inspektor Ebrahim hilang selepas Iris graduate. Nama Ebrahim tu pun bunyi macam Bangla, tak kira betapa macho beliau digambarkan, langsung tak berkenan :-)   Apabila sampai ke cerita Iris di Cambodia, saya dah jadi kemaruk nak baca dan terus baca....amat banyak yang menarik, perkongsian mengenai fakta yang pertama kali saya tahu, diselitkan juga perkembangan politik semasa Malaysia (ada satu yang paling saya suka dan masih ingat mukasuratnya 1008).

Kisah Iris yang naughty-perasan-seksi-dan-cantik-but-she-can-feel-that-way-because-she's-a-beauty.... tahap extreme, kisah duka dan penderitaan anak kecil dan keluarga daif Melayu Campa, kisah kasih seorang ibu dan adik, kisah Ahmad 5 tahun anak syurga, kematiannya menyedihkan, pilu dan sebak saya membaca, hampir sama semasa saya baca mengenai kisah dan kematian sikecil Buntat dalam cerita 7Hari MencintaiKu....terlalu banyak kalau nak sebut. Yang pasti, saya amat "respect" kebolehan Melur Jelita yang begitu tetap tangan dan otaknya menganyam cerita seorang yang bernama Iris, Firman, Aidan dengan perwatakan yang konsisten, walaupun ada deruan angin kencang naik turun, dibingitkan dengan lawan mulut Iris dan Firman, kemudian ditenangkan dengan perkongsian nurani, jiwa dua insan yang memang "made for each other", deruan kasih sayang yang terbit hasil pengalaman tinggal, makan, minum, mandi bersama dengan mereka yang miskin tapi kaya adab dan iman, setenang aliran sungai Mekong yang macam teh tarik tapi boleh jerneh bila diletak tawas, selepas itu diombakkan lagi .....superb excellent.

Elemen suspense dalam buku ni pun boleh tahan, saya pun macam Firman, tak boleh agak dengan tepat apa sebenarnya yang disembunyikan oleh Iris. Agakan kami salah...

Sebaik saja selesai ke mukasurat terakhir, saya tersentak lagi apabila membaca Citra Penulis "Penulis Melur Jelita merupakan lulusan Usuluddin di Universiti Malaya pada tahun 1992. Beliau merupakan bekas pensyarah, kaunselor, warden dan penasihat badan pelajar Islam dan badan disiplin serta tatatertib.." Woow...not bad ehh

No comments:

Post a Comment

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...