Beberapa naskah buku ini ada dalam simpanan saya sejak beberapa tahun yang lepas. Suatu malam, ada pembeli, jadi saya cuma tinggal satu naskah. Cuba cari di book store supplier saya yang biasa, o-oh, semua out of stock. Justeru, saya ambil keputusan membaca buku ini. Nanti kalau ada lagi yang nak membeli, saya akan jual pada harga preloved. Keesokannya, memang benar ada lagi yang nak beli. Oh-Gosh, terpaksalah saya habiskan dalam masa tak sampai 2 hari. Sememangnya amat-amat bertepatan beribu-ribu rating dan review untuk Sang Pemimpi termasuk di Goodreads. Buku ini terbaek!
Kisah diceritakan melalui kaca mata Ikal si penulis, orang Melayu Pulau Belitong. Hidupnya sejak kecil sehingga selepas Sekolah Menangah Atas dicabar liku-liku yang menyedihkan namun dengan adanya Arai si pemimpi dan kawan karibnya yang gila kuda si Jimbron, semuanya berjaya dilalui malah diwarnai pula dengan pelbagai bentuk adventure yang menggelikan hati.
Baca 2 mukasurat, kemudian 20 kemudian 100, terasa seperti saya juga ada dikalangan watak-watak dalam kisah Ikal, Arai dan Jimbron. Pendapat saya, memang buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan terutama remaja yang sedang tercari-cari makna kehidupan atau yang mudah putus asa bila dilanda kesusahan hidup. APa yang diharungi Ikal, Arai dan kawan-kawanya seharusnya menyedarkan kita bahawa hidup ini terlalu berharga, terlalu indah, dan kita sebenarnya telah dikurnai terlalu banyak rahmat justeru layari kehidupan dengan semangat bersemarak terus menerus. Dan, apabila sampai masa kita sememangnya perlu tunduk sedih atau pejam mata tanda marah, lalui saja saat-saat itu...tapi jangan lama, selepas tempoh masa yang sesuai, bangun semula, azamkan untuk mencapai juga impian yang mesti dipasak kuat dalam diri.
“Kita tak kan pernah mendahului nasib!” teriak Arai.
Saya paling suka quote ini
Lelaki pendiam sesungguhnya memiliki rasa kasih sayang yang jauh berlebihan berbanding lelaki yang berlagak disiplin dan merepek sahaja mulutnya. - Mozek 8: 75
No comments:
Post a Comment