Saturday, March 19, 2016

Andai itu Takdirnya Siti Rosmizah

Awal pembacaan, benciku pada lelaki bodoh bangang berlagak macam Syed Zairil....akhir buku, respect habis dengan Siti Rosmizah sebab dapat buat cerita yang simpe tanpa terbelit-belit, boleh buat saya benci meroyan kasihan benci balik dan suka sangat dengan watak lelaki dalam cerita ini.
===============


Buku ketiga kubaca karya Siti Rosmizah dalam masa 3 bulan. Andai itu takdirnya. Sewaktu mula membaca, saya tiada expectation yang tinggi, buku pertama Siti Rosmizah yang saya telah baca iaitu 7hari mencintaiku rasa saya dah terbaek. Selepas tu Lafazkan kalimah cinta, buku yang ramai kata merupakan karya SR yang paling best, tapi bagi saya, tak boleh lawan dengan emosi ribut taufan bila baca 7 hari mencintaiku.

Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Andai itu takedih dirnya rupanya menyengat emosi. Hati kering saya yang tak berapa nak sedih baca Lafazkan kalimah cintamu, tak dapat rupanya menahan sayu hiba bila menyelami perasaan Aleya sebagai isteri yang telah didera oleh Syed Zairil. Menyumpah seranah perangai biadab dan binatang Syed Zairil, rasa macam nak cekik dia sampai KO. Sangat suka watak Leya, simple tak banyak cerita, tak suka kecoh, simpan perasaan dan sedia berkorban demi orang lain, dibuang dari hidup ibu dan ayah yang menganggap dia telah memalukan mereka.

Pecah juga lelehan empangan air mata bila baca episod Zril yang benar-benar telah menyesali perbuatan kejamnya terhadap Leya dan redha untuk melepaskan ikatan perkahwinan mereka jika itulah yang dapat mendatangkan kebahagiaan untuk Leya. Pasrah beliau dengan takdir Allah.



Siti Rosmizah kekal dengan teras karyanya, kasih sayang berlandaskan perasaan yang extreme, sedih sangat gembira sangat, pasrah sangat, redha sangat,...best sangat. Syukur ditemukan dengan minat membaca semula dan nukilan Siti Rosmizah berjaya membuah-lebatkan panjat syukur kepada Allah swt atas segala yang telah didatangkan dalam hidup saya. Semuanya berkait dan tiada apa yang berlaku tanpa sebab. Cuma kita sebagai manusia yang berakal harus tabah, sabar, luruskan niat kuruskan buruk sangka...cuba & terus cuba gapai rahmat Allah, usahakan hidup dan mati dalam iman.

No comments:

Post a Comment

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...