Friday, December 11, 2015

Kuseru Namamu Kekasih novel best tulisan Maya Iris



Kalau tak silap saya,....dan saya rasa saya tak silap, inilah novel dalam Bahasa Melayu pertama saya habis baca hanya sebab saya nak baca. Kalau dulu masa zaman belajar saya mungkin dimestikan baca novel atau buku dalam bahasa Melayu tapi itu tak sama dengan yang ini. Kali ini saya entah kenapa rasa terpanggil untuk baca; pertama sebab Kedai Buku saduri memang ada jual buku ini.  Kedua, ramai pelanggan kami beritahu buku tulisan Maya Iris memang best.

Masa saya baru baca dua mukasurat, anak dara sulung cakap "Mama, what are you reading?" Bila saya menjuih tunjuk cover buku, dia kata "Really?". Memang dia tu kekadang banyak cekaddak....mungkin ikut perangai Mamanya (masa muda dulu, sekarang dah berumur tak macam tu lagi kot hehe).

Okay, apa pendapat saya mengenai cerita yang dinukilkan oleh penulis amat berbakat dan amat popular Maya Iris dan diterbitkan pada tahun 2008 ini? Yang pasti, saya langsung tak menyesal baca. Memang puas hati. In fact, entah macam mana saya dapat habiskan hanya dalam tempoh beberapa hari.

Saya suka watak-watak utama Rayyan, Hanisa, Zaim dan kemudian Mark. Saya amat suka cara Maya Iris menganyam cerita berselang selit dengan terjemahan ayat A-Quran atau Hadis. Rentak cerita juga "just nice"; tidak terlalu slow dan tidak juga begitu laju. Ramai yang pernah review cerita ni menyatakan ia lebih kepada cerita ugamma dan bukan sangat cerita cinta. Saya setuju bahagian kedua tapi mengenai bab ia lebih kepada buku agama saya kurang setuju. Saya berpendapat ia cerita cinta yang diindahkan lagi, dipadatkan dengan pengajaran dan makna yang dalam.

Ada juga beberapa keadaan dimana saya rasa agak bosan dengan watak Rayyan yang "macam bagus:, terutama bila dia banyak cekkadak dengan Zaim dan banyak bunyi juga dengan Hanisa. Namun perasaan itu hanya sekelumit terdetik saja. Secara keseluruhan saya fikir Maya Iris berjaya meninggikan mmartabat watak Rayyan ke tempat yang dihasratkan. Watak paling saya minat ialah....Osman haha. Dia paling fun. Saya juga suka Hanisa dan Zaim. Memang amat sepadan mereka berdua.

Masa awal sehingga pertengahan buku, saya agak dan semacam berharap bahawa "kekasih" yang dimaksudkan untuk Rayyan ialah Saifullah; kawan sekolah yang telah membuli Rayyan semasa dia dalam darjah tiga; Saifullah yang memberitahu cikgu bahawa dia sanggup bayar duit tabungnya RM30 sebagai ganti rugi kerana mencederakan Rayyan; dan Saifullah yang telah ke Universiti Madinah mengikuti kursus Usuluddin.

Cerita Margaret yang sempat bercerita dengan Rayyan mengenai kekasih yang amat dirinduinya Gary dan memeluk agama Islam sejurus sebelum meninggal memang menarik dan menyayat hati. Selepas dari itu saya dah boleh agak bahawa Mark juga akan memeluk Islam sedangkan sebelumnya ada disebut bahawa dia bercadang (dalam hati) untuk membawa Manisa menganut Kristian.

Kesimpulannya, selepas baca buku ini, saya berniat nak baca lagi buku-buku Maya Iris yang ada dalam simpanan saya atau buku-buku lain yang berlandaskan tarbiyah + cinta yang mungkin akan dijual di Kedai Buku Saduri sebagai buku pre-loved.

Rating saya untuk Kuseru Namamu Kekasih? 4/5


No comments:

Post a Comment

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim

Ranjau rasa keliru Yazlina Saduri Mengenai Buku Budiman tulisan Regina Ibrahim Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Men...